Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Being a Degree Student at Universiti Malaya.

So this is going to be an update about me studying at UM until now. Of course lah panjang postnya haha. Okay, so far it’s been good, kinda tiring because of busy with classes, and assignments. Recently I went to a lot of projek kolej punya interview, I registered dalam tujuh lah but dropped tiga, atas sebab sebab tertentu like isu kewangan (some projects even required me to pay thousands and I bukan orang kaya fosho lah cannot afford), komitmen, and all, so yeah. Alright, in terms of makan, emm not too many choices lah since Food Court UM dah tutup and replaced with parking lot, but still ada je banyak other places to eat. For breakfast and lunch, memang no problem since you can always go to fakulti lain, and tapau. Usually tapau dekat Fakulti Pendidikan, and Fakulti Sastera & Sains Sosial sebab dekat dengan kelas lol. Dinner on the other hand is umm, a little bit payah. Yes some faculties got their own café, but mostly tak open until night so bila malam have to depend on café dekat kolej kediaman (KK). Now, of course lah different KKs, different kinds of cafés. Like my KK, got three cafés, dua masakan Mamak/India and satu lagi masakan Melayu. For masakan Melayu, okay je sedap je but nak tunggu order tu siap memang sangat lama. For masakan Mamak/India, I only tried twice, hmmm boleh lah sedap jugak lah. Setakat ni dah try makan dekat KK1, KK4, KK7, KK10, and KK12. KK7 and KK12 memang got more choices of food lah rather than my KK. KK3 baru je open their own café so later nak try KK3 pulak, ihikz my old residential college.

OK next, kita cakap pulak pasal bagaimana rasanya jadi degree student dekat UM and a little bit update on studying EA Studies. Honestly, I do feel a bit insecure with all the other degree students. Why? Okay let me tell you eh, mostly freshies UM ni from PASUM (Pusat Asasi Sains UM) or Asasi lain, Kolej Matrikulasi, and STPM. Yang lain tu ada juga from STAM and Diploma, dua ni rasanya kuantiti tak banyak sangat compared to the rest tu. What I notice was, STAM and Diploma macam minority sikit. During orientasi lagi perasan dah bila ada taklimat ke apa, the host will ask,

“Siapa kat sini from (insert level of education)?!”

They will only ask whether you’re from Asasi, Matriks, and STPM je. Yang lain semua jarang ask. Sama lah bila orang tanya kita ni lepasan mana. Mesti diorang akan guess selain daripada Diploma. Tak lah rasa kecewa, cuma rasa macam hey my level of education tak recognized ke kat sini. So bila freshies mostly lepasan tiga ni, of course lah diorang younger than me. Asasi, and Matriks mesti lah umur diorang 19. For STPM or STAM pulak, 20. Diploma students, ada umur 20, or 21 which is my age. Ni cakap pasal yang jenis sambung study terus lah, ada je freshies older than me, yang jenis sambung belajar lambat. Macam aku pun, study lambat setahun, sebab dah graduate last year, this year baru sambung. So back to rasa insecure tu. Okay rasa insecure lah sebab diorang younger than me dah dapat sambung degree. Aku 21 baru nak sambung, late by 2 years if ikut standard Asasi, and 1 year if ikut standard STPM. Also, rasa insecure with diorang punya pandai. PASUM/Asasi/Matriks dah confirm confirm mostly lepasan SPM with straight As, plus Bs je dalam result. The rest pula, like STPM/STAM/Diploma, pointer semua tinggi tinggi. I’m not saying I’m stupid but rasa macam wow I feel small compared to them. Tapi bila fikir fikir balik, it doesn’t matter sebab setiap orang pandai dia lain lain. Lagi lagi bila dah jadi Degree student kat sini, semuanya tak kira lah pandai ke kurang pandai ke, automatically jadi equal balik. Mungkin kau pandai, mungkin aku kurang pandai, tapi in the end kita dua sama je jadi degree student jugak dekat sini. Kau layak sambung sini, aku pun layak sambung sini. Now kita dua ada same goal, nak graduate as a Degree student of UM.

Then kita move on pulak kepada topik seterusnya, studying BA in East Asia Studies. Memang tak dapat dinafikan yang course ni agak minor jugak, tak ramai yang tahu. Aduh sudah lah lepasan Diploma ni minor, tambah lagi dengan study course yang minor jugak hahaha. Okay, bila orang tanya aku study apa, mostly will be like,

"Haa? Study pasal apa tu?"

Dia punya reaction tu tak macam bila kita kata kita ni study Business ke, Sains ke, Media ke, sebab tiga ni course yang mostly orang dah tahu tau study pasal apa and akan jadi apa. Okay so far study East Asia ni ada mixed feelings lah haha. Can be boring sometimes, can be fun sometimes. Yang aku tahu, kelas aku paling enjoy sekali, kelas Bahasa Jepun. Seronok belajar new language, lagi lagi aku sendiri memang minat dengan bahasa ni, so memang rasa motivated. Yang lain pulak dia rasa macam can be boring, can be okay. This semester aku banyak belajar sejarah tentang tamadun di negara Asia Timur ni. Sejarah je mesti nak kata boring kan? Hahaha, tak jugak. Depends lah on what chapter yang kita belajar. Lecturer pun memainkan peranan yang penting tau, if cara dia mengajar tu passive, boleh jadi bosan jugak. Ye, aku ada lecturer yang cara mengajar dia sangat bosan, asyik rasa nak tidur je dalam kelas. But over all, I enjoy this course!


Now, set goal dalam kepala, nak genggam Ijazah Sarjana Muda with Honours bila graduate nanti. Tak kira lah kau study apa pun, semua orang ada satu goal kan which is to graduate with excellent result. Alright that's all. All the best for my 3.5 years at Universiti Malaya! ;)

Minggu Haluansiswa Universiti Malaya 2016/2017.

Hai, aku nak cerita pengalaman aku attend Minggu Haluansiswa Universiti Malaya 2016/2017. It’s gonna be a very long one, for sure. OK, so malam sebelum aku pergi mendaftar tu aku memang tidur lambat. Around 3 AM sebab ada BBQ Party by my friends, diorang buat kat aku kengkonon nya macam farewell gittew, and congratulating me also.

Dalam 6.50 AM dah gerak ke UM, memang tak cukup tidur lah, agak penat. Aku datang awal, sebab Azma, kawan aku yang dulunya satu group Ouch Krikk Krikk (now 2nd Year) bagitahu, datang awal supaya tak ada masalah habis saiz baju nanti. Dia merupakan Pemudahcara Mahasiswa or PM (basically macam fasilitator lah) untuk Kolej Kediaman Ketiga tahun ni, so dia share lah few tips. Aku pun datang awal, dalam 7.30 AM macam tu aku sampai di Padang Kawad Palapes then, naik bas from there gerak lah ke Kolej Kediaman Kelapan or also known as Kolej Kediaman Kinabalu. Kolej aku kali ni memang atas sikit daripada KK3 dulu, jauh di atas bukit (sesuai lah dengan nama lol). Dalam 8 AM siap dah mendaftar bilik. Masuk bilik, then PM bagitahu kitorang ada free time until 11 AM untuk kemas stuff dalam bilik. Parents pula kena turun dewan dalam pukul 9.50 AM untuk hadiri taklimat. Aku ambil katil bawah, tetapi terpaksa pindah katil atas sebab dapat roommate plus size. Katil single pula khas buat senior sahaja.

Then, bila dah settle semua, parents dah balik, bermula lah minggu orientasi. First day lagi aku dah sakit kepala sebab jadual aktiviti tersangat lah pack. Hanya balik bilik untuk mandi dan tidur sahaja. Selebihnya buat aktiviti seperti di kolej, Dewan Tunku Canselor (DTC), and berjalan ke Fakulti untuk sesi explore UM. Sepanjang MHSUM1617 ni, pelajar KK dibahagikan kepada cell or sel. Basically it’s like a group lah. Aku ditempatkan dalam Sel 9. Ada dalam 24 members tak silap. 10 lelaki, 14 perempuan. Lelaki tu dalam 7 orang Melayu, 3 orang Cina.

Pada mulanya aku rasa macam ah fuck gila lah semua aktiviti ni! Aku penat, aku nak tidur. Bila diajar pula cheers, dan choreography lagu tema MHSUM1617, which is Masih Di Sini by Bunkface btw, aku rasa macam malas sangat. Aku rasa apa diorang ajar ni tersangat lah cringy dan lame af. Setiap hari tidur lambat, dalam 2 jam je. Aktiviti habis paling awal dalam 12.30 AM, paling lambat dalam 1 AM. Then kena bangun at 4.30 AM dan mesti dah ada kat dewan tepat at 5 AM. Memang tiring gila. Disebabkan aku malas nak mandi pagi nanti, malam tu aku mandi kaw kaw. So bangun nanti tinggal sarung baju je and blah.

Cheers dan choreography ni memang menyampah nak learn pada mulanya, tetapi lama kelamaan aku jadi rasa suka pula nak belajar semua tu lebih lebih lagi lepas pergi DTC untuk sesi taklimat pasal macam macam topik lah. Bila sampai DTC, setiap KK akan show their own cheers, so bila dah berkumpul dalam tu, masing masing fight cheers siapa lagi gempak. Aku pun daripada rasa malas nak ambil kisah, jadi tercabar pula. So aku learn betul betul then fight cheers tu as semangat as I could masa di DTC. Memang seronok. Selain tu, DTC also equals to peluang curi/topup tidur haha. Disebabkan pelajar ramai tak cukup tidur, diorang memang ramai tersengguk sengguk dalam DTC tu. Aku banyak kali tidur, so ada sekali tu memang sepanjang taklimat tu aku tidur. Bangun je taklimat dah habis and I missed important information.

Moments aku paling suka sekali sepanjang minggu ni are; Majlis Perasmian Minggu Haluansiswa, Malam Ambang Kemerdekaan, which disambut di DTC AND Kolej Kediaman pada waktu malam before 31st August. KK kitorang semua segak berbaju tradisional masing masing. Only KK8 and KK10 je kot aku perasan pakai baju tradisional. Malam tu memang gempak, macam macam persembahan bertemakan kemerdekaan ada. Aku dengan kawan baru aku semua menggila melolong jerit excited. Memang sangat cantik view dalam DTC malam tu, bila ada performance semua keluarkan flashlight, ada juga letak flashlight dalam cawan plastik berwarna, or suluh flashlight dekat balloon. So nampak macam flashlight berwarna warni lah dalam DTC tu.

After that pulang lah ke KK8 untuk aktiviti di KK masing masing. KK kitorang buat Fashion Show, and Dede (Dee-dee), cellmate aku which is a Chinese guy, dia joined. Kitorang wakilkan dia, tapi dia tak ada baju tradisional dia sendiri so aku pinjamkan dia Baju Melayu aku. OK lah, dapat lah score 7-7-7 by judges. OK what, hit the jackpot tu! Lepas tu ada fireworks, kitorang tengok fireworks di langit sambil nyanyikan lagu kemerdekaan. Next, mesti lah Malam Penutup Minggu Haluansiswa. Malam ni lah malam pengakhir kepada minggu orientasi ni. Malam ni juga semua KK akan fight cheers secara habis habisan untuk tunjuk siapa punya cheers paling gempak. In the end KK1 menang. Setiap KK memang gempak cheers dia tapi yang paling aku suka is KK1 dan KK5 sebab diorang punya cheers ada shoutout dekat semua KK yang ada dalam UM ni. So memang gempak gila lah! Habis je malam ni, semua pulang ke KK untuk sesi terakhir bersama PM. Kitorang makan kek ramai ramai then ada sesi selfie. It was fun!

Selepas selesai menyambut Malam Ambang Kemerdekaan
di Kolej Kediaman Kelapan. #Sel9

Selepas selesai menyambut Malam Penutup
Minggu Haluansiswa. #Sel9

Now it’s over, I had a really cool experience. Sekali je tau kau experience benda ni sebab bukannya kau nak sambung Degree banyak kali kan? Lebih lebih lagi di UM.

Of Medical Check-up and Cuci Gigi.

Hey! Takde pape pun. Ni saje nak write random post about apa aku buat harini.

So today is the day where my Mom kena buat monthly medical check-up dia sebab dia ada diabetes. I was like, eh alang alang tu why not aku buat medical check-up aku je terus, untuk kemasukan Degree Ahad next week (28/8). OK so we all went lah to Klinik Kesihatan Sungai Buloh, then masa kat kaunter tu my Mom asked the receptionist boleh ke anak nak guna Kad Pesara of my Dad (my Dad bekas tentera) untuk you know, dapat diskaun lol. Then receptionist tu kata cannot, but she told me to pergi this bilik, tanya staff kat situ regarding buat medical check-up. So bila pergi, ada this doctor minta nak check my borang then she asked,

"X-Ray nak buat sekali ke? Sebab dalam borang ni kata X-Ray ni for international students only."

I replied, "Emm entah... lah... tu tak pasti pulak, tapi biasa check-up memang akan include X-Ray sekali kan?"

"Ha'ah, biasa student memang akan buat X-Ray sekali. Kalau nak buat, kena buat appointment lah. Adik akan diletak dalam list, and by 30/8 baru boleh buat X-Ray." kata doctor tersebut huhu.

I was like, 30?! GURL I pergi mendaftar 28 kot. Tu pun 30 tu baru buat X-Ray je, film dia tu mesti nak kena tunggu lagi pula kan kutip bila. So lagi lambat process dia. So my Mom cakap takpe lah pergi buat dekat Hospital/Klinik Swasta je lah. So my medical check-up tu cancel sudah disitu. Buat dekat private je. Then, while waiting for my Mom's turn nak check-up, dia kata dia nak cabut gigi pula. Pergi lah ke bahagian Dental, which kebetulan lah buka harini.

OK now aku nak cerita pasal service Dental Department kat sini lah hehe.
I think the last time I went here was, when I was 11 kot. Cabut gigi. Klinik Gigi kat sini dia buka hari Selasa dan Khamis for Pesakit Luar. So my Mom pun pergi register nak cabut gigi, aku pun gedik gedik register nak buat scaling haha. Dua dua mendaftar as pesakit baru so kena charge RM1. My Dad pun nak scaling juga tapi dia dah pernah pergi sini dulu untuk cabut gigi so dia tak payah buat pendaftaran pesakit baru lah. After mendaftar tu macam biasa lah tunggu turn. But my Mom went in first tapi free of charge sebab dia pakai Kad Pesara my Dad. I guess kad tu can be used by suami isteri je kot lol idk. Lepas je my Mom settle cabut gigi dia pergi terus tunggu turn check-up dia. After tu my Dad punya turn pulak (he went to Room 4) tapi unfortunately mesin kat bilik my Dad supposed to buat tu rosak. So dia kena buat appointment, hari lain nanti baru pergi scaling. Me? I waited for 40 minutes. Lama juga lah tapi while waiting, I read this manga called, Kounodori. Kurang lah sikit rasa menunggu tu. Then my turn came (I went to Room 2), pergi lah buat scaling. Masa nak scaling tu, dentist tu tegur,

"Alahai bersih sangat gigi adik ni, takde pape sangat pun. Tapi kita cuci cuci sikit lah ye."

Tak sampai 10 minutes pun, I think dalam 5-7 mins settle dah. Wow quite fast juga. It was all good, takde sakit apa semua, ngilu sikit. Then pergi lah kaunter, bayar. Total scaling, RM3. WOW! Murah hahaha.

RM2 for scaling, RM1 for registration.

Compared to last year (October) aku buat scaling dekat Klinik Pergigian Rohaya Kota Damansara, a private clinic, RM80 seorang. Also pernah teman my friend, Aimi scaling kat situ juga. So I was like apa bezanya ek compared to private dengan government yang aku buat ni. Beza dia, of course lah price kan. Yang private tu RM80 while government ni RM3. Kira lah berapa dah jimat. Then... I guess, service kot. Kat private tu, tube nak sedut air tu staff dia yang tolong buat kan. While kat klinik government aku pergi ni, tube tu aku sendiri kena pegang. Disebabkan aku sendiri tak nampak mana air tu bertakung, aku tertelan sikit. Puihhh pahit! Apa lagi nak compare hmm... OHH private tu include polishing (liquid yang dentist guna untuk polishing tu en rasa orange hihi) while tadi cuma scaling sahaja. And air kumur kat private tu dia macam minty, while government ni air kosong je hahahaha. Takde masalah pun tapi nak compare punya pasal lol.

So after I'm done with scaling, my Mom done with her check-up, pergi lah ke klinik swasta untuk buat MY medical check-up. OK kita kembali ke topic medical check-up aku. Pergi klinik yang first ni, price dia semua total to RM280. WTF mahal gila, plus X-Ray dia akan bagi dalam disc, dia tak cuci. Lagi lah wtf, nak cuci X-Ray tu lagi dah tambah kos dah. Then pergi klinik lain pulak, lagi mencanak price dia, RM300++. My Dad cakap semua ni mengarut lol. Aku pun garu kepala dah, then check balik borang check-up tu. Ikut kan borang tu, local student kena buat Urine Test je. Tu je. Yang lain lain tu semua for international student only. Aku pun call UM nak make sure and diorang kata yes takyah buat, cuma buat Urine Test je. Saje call nak make sure sebab, memang biasa nya student buat X-Ray tapi UM dah kata camtu, takyah lah then. Jimat sikit. So esok lah kot pergi buat Urine Test hihi, dekat government juga lah kot.

All right, das all. Almost a week left before aku bergelar as undergraduate student at Universiti Malaya. Am I nervous for Minggu Haluansiswa? DEFINITELY. Apa apa pun I'll do my best eeeeeek.

xx

Funny.

Hahahaha, talk about giving false hopes. Good game, UKM. Not only you're good with your reputation, apparently you're good at playing with other people's feelings too! Aku honestly tak tahu apa function kau bagi tawaran sementara tu. UKM should just stop with that, seriously. I thought I was the only one yang dapat tawaran sementara tapi end up tak dapat official tawaran, rupanya yang lain pun ada juga. Most of them semua kecewa sebab UKM bagi harapan palsu. Pfftt, fuck that tawaran sementara lah! Baik tak payah bagi tawaran sementara apa apa pun, sebab dia bagi harapan palsu dekat applicants. I think aku jadi berharap gila sebab masa keluar je tawaran sementara tu memang kecoh dekat Twitter. I followed this one account nama dia Twt Campus. Admin masa minggu tu (which also a UKM student) tweet yang katanya kalau ada tandatangan Naib Canselor dekat surat tawaran sementara tu maknanya, "Welcome to UKM!". Sebab tu lah semua macam convinced lah diorang dah boleh masuk UKM. Tapi last last hampeh LOL! So tak ada lah peluang nak study di UKM, it's okay Faiz. You've tried.

But my opinion on tawaran sementara ni is, ianya sangat unnecessary. Baik announce dekat UPU je, biar lah tunggu lama sikit pun. Nak buat camni macam buang masa plus buat orang jadi lagi berharap.
I am sad, I am upset, I am pissed.

No luck I guess...

But worry not... because I've got another offer!

Hahaha, guess I'm back at Universiti Malaya huh?
Yes, look at the course yang dia offer. Pengajian Asia Timur, aka East Asian Studies. Actually, this course was my first choice last year masa first time apply degree dekat Universiti Malaya but instead I got English. I know I know, you might be wondering, what the hell is this course all about?

I don't know much either. All I know is I have to study about countries in East Asia. If I'm not mistaken, ada tiga choices yang UM offer; Japan, Korea and China. But I asked few of my friends yang already studying this course at UM and they told me that this course will teach you about culture, geography, politics, and even language of the country you pick tu. So... I pick Japan lah for sure nanti. Plus, I'll earn new language skill! I'm still wondering  about the career prospect of this course tho. Anyways, asked my parents and they said,
"Takpe lah, ambil je lah."

Alright, guess I'll be back at Universiti Malaya huh? Hahaha and my kolej pun located tak berapa jauh daripada my faculty AND my old residential college that I used to stay, back in my Diploma. Eeeek I'm so nervous and excited at the same time. But I'll update more regarding this course, like lepas habis satu atau dua semester ke.

Later! xx




P.S: Aku ni memeningkan kan? For those yang pernah baca my old posts (but I highly doubt anyone actually ever did lol) mesti be like, mamat ni minat apa sebenarnya? Haritu dapat offer English Studies dia kata dia tak minat kononnya nak pergi dunia Media or Marketing. Then tup tap tup tap, dia tak minat Marketing pulak katanya lebih minat kepada Media so dia nak further in Media Studies. Now lagi mengarut, dapat East Asian Studies pulak?! What the t0oooowtttt! Kengkadang aku terfikir juga, aku ni memang sembang kencang lah. Plan itu ini semua. Tapi tu lah, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Memang frust gak lah, sebab dalam life aku ni aku rasa anything aku plan mesti semua tak jadi. Sedih gila.

P.S.S: On 10th of August, I paid dah Yuran Kemasukan UM, RM910. Pagi tu pergi bank in dah. Then, malam tu I received a call from 'UKM'. Personal number yang call, at 8PM. Dia kenalkan diri dia as Prof. Madya something something ~, aku tak ingat nama dia. Dia tanya aku dapat Tawaran Sementara kan and I said yes. Dia nak inform yang aku actually dapat the offer from UKM sebab dia kata my video was one of the videos yang dapat high score. Tapi dia sendiri pelik why UPU kata aku tak dapat and maybe it was an error. I was like ALAAAAAA WHYYYYY, I ALREADY PAID FOR UM YOU KNOW. Memang kabut juga lah malam tu sebab why lambat inform kalau awal awal kau inform aku dah pilih UKM dah. Tapi lepas fikir punya fikir, aku suspicious juga dengan caller tu. Is it a scam or what? I asked my relative yang kebetulan work as a lecturer at UKM. Dia kata tunggu surat tawaran yang official, if dapat then betul lah UKM panggil. Tapi lepas tu aku fikir masak masak, fikir betul betul, aku chose to go with UM. Mungkin rezeki aku bersama UM? If betul lah UKM yang call aku, aku just nak cakap management korang sucks lol. Ada ke patut inform lambat, and boleh pula dia kata sistem UPU error like idk man pening lah???? Time aku dah bayar yuran kemasukan, baru nak call kata dapat this and that so aku macam whatever lah lol.

Tawaran Awal or Sementara from UKM.

Temporary Offer from UKM

Alhamdulillah, I didn't expect to get this offer from Universiti Kebangsaan Malaysia or National University of Malaysia.

I know this is just an early/temporary offer from UKM but still, I'm so glad. Can't be happy yet as I don't know the final result. Hopefully I'll make it through UPU, Amin, InsyaAllah.

Okay okay ready ni, kita nak cerita panjang.

So after half a year I graduated from Diploma in Business Management at University of Malaya, aku dah fikir masak masak yang aku taknak take Business path. Bila tengok course outline for course seperti Marketing, Business Administration, ada banyak subject yang involve calculation. Accounts, Economics, Business Maths and banyak lagi lah. Me, since primary school lagi, subject yang related to calculation, aku memang lemah. I am more of a theory kinda person. Looking back at my result transcript, mana mana subject that involved calculation (Principles of Economics, Principles of Accounting, Accounting and Financial Management etc.) mesti dapat C+ or B- at least haha. So it got me thinking la, do I really wanna take the Business path? I asked myself banyak kali. Try to discover my weakness.

Lepas fikir punya fikir, I decided to study Media Communications/Media related subject. NOT because it's easy, because I think it suits me. So I'm planning to take journalism path. Paling tak suka persepsi orang yang kata, "Oh Masscomm je pun, kacang ah course tu." Honey, no. Each course ada susah and senang dia. I think the difficulty of the course depends to the individual itself. Orang tu boleh bawa, senang lah. Tak boleh bawa, jadi susah lah. Back to the story, well before sambung UM pun, I was gonna take English Communication at KPM so masa tu memang dah dream dah nak jadi journalist. Then parents told me to sambung UM yadda yadda yadda I did.

Okay now how I applied for UKM pula.

Through UPU la lol! So I put UKM as my first choice sebab ada interview. For degree kena apply 8 courses right, so the rest I applied Media related course juga AND I sorted my choices by rank Universiti. Memang masa apply tu cuak sangat sebab ye lah kena pergi interview kot, tak ke scary. I was like apa lah soalan yang dia akan tanya masa interview nanti haha. Ada juga fikir dalam hati, dengan result aku ni, layak ke nak apply dekat UKM. Sebab masa tengok requirements tu, pointer memang lepas tapi masih lagi rasa rendah diri. But takpe lah, kita cuba kita cuba. So, I applied dalam bulan Februari tak silap, then tunggu je lah. Then I saw on Twitter that boleh semak dah tawaran temuduga, so I checked. First I checked UiTM dulu, sadly tak dapat. Rasa disappointed sikit masa tu. Then I checked UKM, dapat. YES! Happy sangat bila dapat offer interview. Then rasa macam pelik sikit sebab interview dia bukan face-to-face but instead, video resume. I was like, huh?

Guides for the Video Resume

After I read all the requirements, terus cepat cepat draft script for my video. I did a lot of research about tokoh tokoh yang inspirational. Tengok juga video resumes yang past year punya, saje tengok untuk tips and motivational purpose. Bukan tu je, sebab nak faham lagi few stuff about my course tu, I read my younger sister punya textbook. Last year she studied Diploma in Communication at Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, also known as KUIS. But halfway je sebab dia kata, "Aku tak minat ah course ni." So I finished this textbook in one night called,

Kewartawanan Malaysia: Praktis & Cabaran dalam Era Revolusi Digital by Saiful Nujaimi Abdul Rahman.

This book really gave me a lot of insight about journalism. I knew a lot from reading this book. Alhamdulillah. Ada juga go through my sis punya slides yang mana mana related to journalism/media. Memang stress juga lah, sebab tempoh yang diberikan memang singkat tau. Maybe UKM nak tengok how well we can do our work in such a short amount of time. Of course video resume aku tu aku tak buat sorang. I asked Helmi, my bestfriend, which kebetulan is studying Diploma in Mass Communication at SEGi University. He helped me a lot in terms of recording the video (dia cameraman okay!) and editing the video. I also asked him what he studied so far, what he learned, why choose that course untuk tambah lagi info pasal course yang boleh disumbat dalam kepala otak aku ni hahaha!

Drafts after drafts, finally dapat pun final script. Then plan dengan Helmi and Syamim kat mana nak shoot video resume. Helmi jadi cameraman, Syamim as a person yang drive ke location. Thank you so much to both of you, without your help memang tak dapat lah nak buat video resume tu, even temporary offer ni pun memang takkan dapat haha. Akhirnya after all the hard works, maka terhasil lah video ini.

It is certainly not the best video resume compared to other video resumes out there but at least I tried. It took two days to shoot the video, sebab first day hujan so can shoot separuh je. The rest sambung esok, awal awal pagi shoot to avoid background noise yang teruk in case akan hujan ke. But still, background noise masih boleh dengar lagi despite dah letak background music pun haha. Helmi kata video ni nampak very advertisement-ish sangat LOL! My other friends ada comment, yang I look like I'm out of breath, WELL NO SHIT! Duration video 3 minutes je kot, and I have a lot to tell UKM why I deserved to study there haha. Memang every words counts!

So yeah that is all. Ni baru temporary offer, hopefully dapat lah final offer masa UPU announce result nanti. I really want to further my study at UKM, so bad! Now I just have to wait for the final decision this August. Eeeekkk so anxious thinking about it!

Bye! xx

19 ✕. 20 ✓.

Happy 20th Birthday, Faiz.

Goodbye number one on my age, welcome number two.
I hate growing up. I'm not ready yet.

Update (26/11/2015, 4:33AM):
So I went to Curve @ Mutiara Damansara to celebrate it with Imaginators (trio consist of me, Farah Diyana and Aimi Zafirah). They're like my ultimate bestfriend (since 2008), the one who's okay with how crazy and weird I am. Anyway, it was just a really really simple celebration. We ate at Tappers Cafe then we watched Mockingjay Part 2, which is a must watch on my birthday. Mockingjay was good, a bit emotional tho I didn't cry. Now the series finally ended. Been watching it on my birthday since Catching Fire. Gah I'm sure gonna miss all the moments. I still remember in 2013 I had to watch it alone, while 2014 I watched with Ouch Krikk Krikk, and this year I watched it with Imaginators. I'm sure gonna treasure all the memories created.

Farah, Aimi, thanks boo for spending your time with me on my birthday. Love xx.
Also thanks to the other three, Helmi, Asya, and Fatin. Seems like only these five that remembers my birthday haha. Aight night.



Diploma, CHECKED!

やった!21 October 2015, I finally graduated!!
Made it to the end. Alhamdulillah, officially done with Diploma and I’ve granted Diploma in Business Management. All the struggles, through ups and downs and I finally managed to survive this 2 years. さよなら to all the good and bad memories sepanjang belajar Diploma. Ouch Krikk Krikk, Fahera Ouch, I'm gonna miss you guys so much. Goodluck with whatever you're doing after this.


Alright, Level 1 complete! Next level, Bachelor’s Degree, InsyaAllah.








Minat.

Offer from UM for course Bachelor of Arts (English).
Hahaha mesti semua orang macam what the fuck gila dengan choice yang aku buat ni. Yes, I received an offer from University of Malaya untuk sambung Degree bagi course Sarjana Muda Sastera (English). Reason kenapa aku reject offer ni hmm boleh refer gambar di atas. Not that I hate English tho, I've always been passionate in learning English, I do love English and I kinda think that English is my forte (KINDA, I'm still struggling with grammatical errors and my vocab ain't that good yet), but this time, nope. I rejected it because, firstly, ni merupakan last choice aku actually masa isi permohonan. My first choice is, Media Studies. Aku minat nak belajar tentang media sebab aku rasa scope dia sangat meluas, and aku minat nak tahu the power of media. But I guess takde rezeki kot so dapat lah course ni.

Bila dapat course ni, terus rasa macam...
"Crap what do I do now? What am I gonna be when I graduated nanti? I mean, I can be a lecturer but teaching is DEFINITELY not my passion. I can be an English journalist, but am I confident enough to ensure that my audience minat dengan my content? I can be a writer, which is agak bullshit 'CAUSE AKU NAK WRITE STORY APA SIA?"

So, I did ask from my senpai(s), minta suggestion, advice. Aku tanya Farhan, senior aku yang currently studying in Bachelor of Science (Mathematics), rasanya. Ayat dia yang aku buat aku fikir betul betul is,
"Faiz, belajar ni kena ada minat. Kalau kita belajar satu benda tu tapi takde minat, takut tersangkut di tengah tengah."

Then, lama juga lah aku fikir masak masak nak reject atau nak accept offer ni. Aku fikir minat aku apa. Relate dengan apa aku dah belajar masa Diploma, ada ke tak minat masa belajar subjects dalam Diploma dulu. Kebetulan, aku ada apply kerja through Jobstreet and daripada situ aku tahu yang minat aku masih lagi ada dekat dunia business. Ye, aku masih minat dengan dunia business, aku tahu apa aku nak jadi bila dah graduate nanti. Aku minat dunia business tetapi lebih kepada marketing, tapi kalau nak meluas daripada tu pun aku tak kisah janji masih relate dengan business. Well, buat masa ni mungkin knowledge aku still sikit so vision tu belum lagi clear, I'm only 20 years old after all, I still got lots to learn. So, aku dah decide yang Degree nanti aku akan sambung business-related course, preferably major in Marketing.

So, antara Media Studies, English and Business, aku pilih Business. FOR NOW lah, mana tahu nanti bila dah expose dengan macam macam, aku tukar fikiran ke haha. I'm sorry Universiti Malaya. Memang betul betul wave goodbye la nampaknya, haha.

Sayonara, Universiti Malaya.

That's it. The journey of my Diploma study has come to the end. I don't really know much what to say, but I am so glad that it's finally over. IT'S OVER! Final exam was stressful. I didn't get enough sleep, I stayed up all night just to cover the whole chapters (in one night) that I spotted to be on the paper. Plus, I have this expectation, where I want to achieve a good pointer so even though I was soooo tired to study I had to get my shit together and study like hell.

The last day spent at Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah or Kolej Kediaman Ketiga was.... rather neutral. I didn't feel sad or sentimental whatever. It was like okay this is my last day here, pack all the things, make sure I don't leave any stuff. But yeah I did have a look at the 'scenery' of my residential college, just for, you know to enjoy it for the last time. I was like awwhhh this is where I did this, this is where I did that. Then when the time's up I just balik lah tunggu apa lagi hahaha, I DIDN'T EVEN SAY GOODBYE TO MY ROOMMATES, sorry.

Goodbye.

All right, it's been fun, studying in Universiti Malaya as a Diploma student.
It's been fun staying in KK3.
'Til next time, InsyaAllah.

2 Years in University of Malaya

Semalam merupakan kelas untuk Diploma yang paling terakhir, kelas perpisahan, kelas di mana tamatnya sudah pengajian Diploma aku. Selama dua tahun aku menjadi pelajar Diploma di UM ni, macam macam aku belajar, macam macam aku lalui. Tak sangka betapa singkatnya tempoh pengajian selama dua tahun ini. Semalam semua orang bagi ucapan masing masing untuk final speech. Aku pun terlibat tapi tak panjang speech aku. Habis kelas, semua bergambar dengan lecturer, semua minta maaf dengan lecturer, mohon berkat and so on. It feels like habis sekolah again.

Das it, I can't believe it that my Diploma in University of Malaya is coming to an end. Di sini lah aku belajar untuk berdikari, belajar untuk tinggal jauh (well tak berapa jauh) daripada parents, belajar untuk ada inisiatif sendiri dalam belajar, belajar buat assignments, reports, slides and stuff. UM merupakan universiti pertama yang mengajar aku, mendedahkan aku terhadap dunia universiti ni. Seriously, dunia universiti jauh bezanya daripada dunia sekolah. Bila kau menjadi pelajar universiti, semua tanggungjawab dah jatuh ke atas kau untuk macam mana kau manage, bawa diri kau selama kau jadi pelajar universiti. Mungkin dulu masa sekolah, balik sekolah je makanan dah tersedia bawah tudung saji, bangun pagi parents kejutkan, pergi sekolah pun parents kau bagi duit.

Dekat universiti, balik kelas makanan memang tersedia, tapi duit pun mesti disediakan jugak. Takde duit, jangan harap nak makan, terpaksa pinjam roommates atau paling tak pun minta sedekah Maggi daripada roommates. Nak bangun pergi kelas? Tak payah cakap, alarm tak bunyi sikit, lambat satu jam, alamatnya ponteng lah kau kelas yang kau lambat tu. Kalau dulu, kau bukan main power lagi lah cipta 'alasan' kat parents supaya diorang percaya and izinkan kau ponteng kelas. Tapi dekat universiti, takde siapa halang kau nak ponteng, kau nak ponteng ikut kau lah. Cuma hukuman dia tu kena get ready lah. Semuanya sendiri. Memang aku akui aku ni ada jugak ponteng kelas, sampai dapat warning letter pun ada. Reason? Sebab bangun lambat lol.

Aku masih ingat lagi detik detik first time nak masuk UM. Macam mana nervous nya aku dengan dunia baru, mana taknya aku tak pernah merasa boarding school. Malam tu tidur lambat, pukul 5am baru tidur, pukul 7am dah gerak UM nak check-in kolej. Malam sebelum tu packing bagai nak rak, barang warna biru bersepah hahaha since blue is my favourite colour. Siapa roommates aku? Kolej tu macam mana? Kolej tu ada hantu ke? Hahaha soalan biasa lah. Kolej Kediaman Kurshiah or Kolej Kediaman Ketiga; situ lah aku akan menetap untuk dua tahun. Selesai je check-in aku pun masuk bilik aku, E111. Sampai je aku tengok banyak gila lelaki yang lepak, rupanya macam gangster pun ada, ahli silat tegar pun ada. Aku terus jalan ke depan, pergi next room fikir aku mungkin salah bilik. Then, "EH ni E113." So, bilik aku tadi tu dah betul dah, cuma aku tak berani haha. Aku pun masuk lah sendiri, letak barang apa semua. Then semua lelaki dalam bilik aku tadi pun keluar. Rupanya yang lepak tadi tu kenalan one of my roommates. Masuk pula dua orang lelaki, seorang berbadan sedikit berisi dan seorang lelaki berambut panjang. Saat tu lah first time aku tengok roommates aku. Hassan, si rambut panjang. Pendiam orangnya, tak banyak cakap, wajahnya agak garang. Kalau siapa tak kenal dia, mesti fikir dia ni non-friendly orangnya. Umurnya 3 tahun lebih tua daripada aku. Afham, aka Husin 2.0 (muka sebijik macam classmate aku masa 4/5 Kreatif, Husin), sama baya dengan aku, we even share the same month of birthday! Hassan memang jarang ada kat bilik, so bonding aku lebih erat dengan si Afham. Dia pun talkative, friendly so memang bising bilik tu kitorang bersembang. Sebelum tidur pun bersembang jugak. Aku jadi rapat dengan dia sebab muka dia macam kawan sekolah aku, so terus tak rasa awkward. Lepas dah tahu rooommates apa semua, aku pun berkenalan lah dengan satu floor tu, dengan semua budak Diploma. Orientation day malas lah nak cerita, nothing interesting. First semester je budak Diploma in Business Management (KK3) gerak kelas sama sama, then semua dah tahu jalan, dah pandai pergi sendiri.

First day masuk kelas, semuanya masih baru nak berkenalan, geng pun belum ada lagi. Nasib baik aku sama course dengan Asya, which is my jiran since kecil, belajar sama since tadika hingga lah ke UM. Aku pun melekat dengan dia, dia bawa seorang kawan baru, Sabrina namanya tapi kitorang panggil dia Rai. Roommate dia rupanya. Then aku berkenalan dengan seorang perempuan ni lagi, Azma. Dia sama team dengan aku masa orientation day so aku kenal sikit sikit lah. Bam bam apa semua, TUP tercipta lah Ouch Krikk Krikk, geng kitorang sendiri. So, diorang lah geng aku selama aku belajar di UM ni. Member wajib dalam group assignment daripada first hingga lah akhir semester. Usually group assignment requires enam orang so dua orang lagi aku cari Hamid and Haikal, budak satu floor kolej dengan aku. Masa first semester, tak ber-geng dengan Ouch Krikk Krikk lagi, aku ada sekali team assignment dengan Hamid, Haikal, Hassan and lain lain lah. Semenjak tu, Hamid terus nak buat  group assignment dengan aku, sebab dia suka cara aku manage group tu, daripada segi report dan slide, aku ni lah yang tukang check grammar apa bagai semua. Bagi betulkan report dan slide supaya nampak perfect. So, aku gabungkan Hamid & Haikal dan Ouch Krikk Krikk to create a perfect hybrid of FAHERA OUCH.

Selama belajar Diploma ni, macam macam manis dan pahit aku rasa haha. Berjaga tengah malam sebab siapkan report. Tak tidur tu dah biasa dah, especially nak dekat exam. Study lah sampai dah habis jawab exam, balik tu baru topup tidur. Kena ejek itu perkara biasa. Memang dekat kelas, aku ni terkenal sikit among lelaki. Attitude aku ni satu bahan hiburan bagi diorang, so aku diejek apa bagai. Since kecil dah diejek, so what do you expect bila masuk universiti? Lol. Sejujurnya, kat UM ni aku tak pandai bergaul sangat. With boys especially. That's why geng aku tiga perempuan, and aku seorang lelaki. Diorang lah yang menerima aku seadanya, yang sanggup layan perangai aku. Hamid and Haikal pun secara tak langsung okay dengan attitude aku, sebab diorang kata attitude aku ni menghiburkan. So dekat kolej aku ada juga melibatkan diri dengan aktiviti kolej such as Captain Ball, Feseni, and Karnival Kebudayaan Kurshiah. Captain Ball tu aku tak tahan lama sebab aku rasa aku ni tak berapa pandai dalam sukan tu. Kalau suruh aku join Softball, for sure aku okay. Makanya, tarian lah yang menjadi minat aku selama ni UM ni. Since sekolah dah masuk Citrawarna, so daripada situ minat dah ada.

Habis first year, masuk pulak second year or final year. Second year lah tahun paling hambar, paling sedih. Geng masa first year semua dah pindah masuk rumah sewa, cuma aku je lah berseorangan di kolej. Memang most of the time aku alone je, dalam bilik pun tak bersembang. Terus kat bilik tu aku jadi paling senyap since roommates aku diorang masing masing dah sama course and dah rapat, cuma aku ni tak rapat dengan diorang so rasa awkward. Told ya, I'm pretty bad at socialising. Semuanya berseorangan. Most of the time aku berseorangan, dalam bilik seorang, pergi and balik kelas seorang, makan pun seorang. So umm yeah second year agak hambar jugak lah.

For sure I'm going to miss every memories that have been created in UM. Kolej Kediaman Kurshiah, Feseni, Ouch Krikk Krikk, Fahera Ouch dan semua kawan yang aku kenal kat sini. Thanks for an amazing journey, and wonderful memories. Also thanks to Madam Dina, Madam Nisa, Madam Lyla, Miss Azima, Madam Ashikin, Madam Suzanna, Madam Farinda, Madam Azhanni, Sir Fikri, Sir Vincent, Dr. Danial, and Dr. Rajes for teaching me throughout this 2 years.
Alright, InsyaAllah jika ada rezeki, mungkin aku akan sambung Degree di Universiti Malaya.

xx


For sure I'm going to miss you guys, Ouch Krikk Krikk!

UCB13, goodluck in whatever you guys are doing.

Feseni Universiti Malaya 2015

Maka berakhirlah Feseni bagi kategori Tarian Tradisional dan Tarian Kreatif. Tak sangka ini merupakan tahun terakhir aku join Feseni. Tiba tiba rasa macam tak puas pula join Feseni hanya untuk dua tahun. Rasa emotional pun ada jugak haha, InsyaAllah jika ada rezeki sambung Degree di Universiti Malaya, aku join lagi tapi wakil untuk Kolej Kediaman yang keberapa aku tak pasti.

Aku dapat rasakan yang dunia tarian ni memang serasi dengan jiwa aku. Akhirnya aku dah tahu apa bakat aku, apa minat aku. Aku mungkin tidak dikurniakan suara yang sedap untuk menyanyi, tetapi sekurang kurangnya aku ada bakat dalam tarian walaupun ianya tarian yang berunsurkan ke-Melayuan. Tarian moden atau urban ke apa jadah itu umm kena belajar lah.

Feseni untuk tahun ni lebih mencabar daripada tahun lepas sebab aku senior. Tanggungjawab aku lebih besar daripada tahun lepas. Mungkin tahun lepas aku selalu disuap oleh senior, contohnya kalau tak faham je boleh terus direct tanya senior, diorang boleh latih aku sepanjang masa. Tahun ini berbeza, sebab aku sorang je senior lelaki. Aku yang bertanggungjawab menolong junior lelaki untuk master tarian yang diajar oleh koreografer. Pastu aku kena ada inisiatif sendiri untuk pastikan yang aku mahir tarian yang diajar. So semuanya diri sendiri kena buat.

Alhamdulillah, tahun ni tak rasa kekok sangat nak belajar sebab dah ada basic daripada join Feseni yang lepas. Walaupun tahun ni ada masalah daripada segi penari lelaki, but in the end survive jugak. Macam macam yang dilalui untuk mencari penari lelaki. Dah ajak yang itu last last dia tak boleh commit untuk hari pertandingan sebab ada projek katanya, ajak yang ini pada mulanya nak pastu quit pula esok harinya. Sampai dah desperate sangat, student Korea pun di ajak join. Tapi yang stay hanya empat orang so tahun ni tak ada lah koreografi yang kena couple couple, sayang betul.

Untuk Tarian Tradisional, Alhamdulillah dapat tempat Ketiga. Sangat tak sangka sebab aku rasa kolej lain punya tarian lebih hebat. Untuk Tarian Kreatif dapat tempat Kelima. Okay lah tu, daripada tak ada tempat langsung. Kemenangan ni semuanya hasil ajaran daripada koreografer. Bagi Tarian Tradisional, Kak Nana yang mengajar dibantu sekali oleh Abang Ipin dan Abang Fatih. Untuk Kreatif aku tak join lah disebabkan kekurangan penari lelaki. Mental dan fizikal memang kena kental lah sepanjang belajar dengan Kak Nana sebab dia seorang yang sangat tegas lagi garang. So faham faham je lah kalau ada step tak dapat atau menari tersalah step hahaha. Tapi semua itu juga lah yang membuatkan kita menari dengan perfect.

So umm yeah dengan rasminya berakhir lah penglibatan aku dalam Feseni hahaha. Macam macam lah jadi tahun ni. Daripada takut nak mengajar junior, terus reti. Mungkin aku belum ada lagi ciri ciri pengajar yang tegas, so mostly aku mengajar pun antara pasti dan tak pasti. Lepas ni kena develop ketegasan dalam mengajar (kalau ada rezeki masuk Feseni lagi lah siapa tahu tak Degree mungkin masa Master di UM nanti hehehe). Sampaikan mimpi mimpi pun ada jugak. Mimpi itu lah ini lah, mimpi macam macam pasal detik Feseni. Tapi bagus jugak, mimpi ni lah buat semua jadi alert untuk make sure masa Feseni nanti tak terjadi seperti apa yang jadi dalam mimpi aku haha.

For sure aku akan rindu pengalaman join Feseni ni. Sakit kaki, sakit badan, kulit kaki terkopek masa training, semua tu memang akan aku rindu kan. Detik detik masa rehearsal, sebelum bertanding paling tak boleh dilupakan. Masa tu lah rasa nak terberak lah, terkencing lah, terkentut lah semua jenis rasa ada sebab nervous nak perform depan audience yang sangat ramai. Yang peliknya, bila habis perform semua rasa tu hilang. So bila nervous ni dia mendatangkan pelbagai jenis rasa hahaha.

Okay lah, it's been fun Feseni, it's been fun Karya Kurshiah Dancer. Terima kasih.

Poster Feseni 2014/2015.

Setelah selesai practice malam terakhir sebelum bertanding.

Taken right after we were done with rehearsal
Tarian Tradisional.

Us acting cool, konon.

Gambar diambil sebelum perform. Terima kasih kepada
Kak Nana, dan Abang Ipin kerana mengajar kitorang.

Us, performing Zapin Putar Alam!

The girls performing their Tarian Kreatif called,
Layang Mas.

Ini pula gambar Team Kreatif dengan koreografer
mereka, Abang Sya.

2014's coming to an end.

Oh hello!
2014 is coming to the end. Do I look like I'm ready to be 20 (unofficially) and say goodbye to my teenage era? No. Am I ready to be a young adult? HELL FOKKING NO. Also, I really need to renew my IC, it's been 7 years man pffft AAND get my driving license 'cuz gurl even dak umo tujoblas pun dah pandai bawak kete k0 ni tak malu ke???

Okay, let me just give ya a 'lil bit catch up of myself. I'm currently taking a break from studying Negotiation Skills subject. Yes, final exam of the Fifth Semester starts on 30th December and I'm sooooo not ready for it. It's the second last semester! Eeeekkkk, I'm almost done with my Diploma in UM.

Oh I've quit from joining the Feseni for my college. Yup, no moahhhh dancing. Due to the stress of focusing whether on dancing or studying, I've came up with the decision to just, quit. So, I won't be joining any college activities anymore.

"What a lifeless student you are!"
I know... pretty pathetic isn't it? But mehhh dah nak habis belajar dah pun, tak lama dah nak berambus drpd sini so takpe lah. But the pros is, I can focus more on my study! Takde lah stress tak hafal step ke menari tak betul ke apa, at least my stress tu jadi stress on study je. Well ada je stress pasal benda lain but pls i'm sick of stress over my terrible dancing skills and the need to catch up or I'll fucked up on the stage.

College? Hmm I'm still considering whether to quit college or nah. Reason? The fee. Yes, it's really expensive and I kinda feel bad lah to my parents. So, quitting college is still dalam umm apa orang kata, still tengah decide lagi lah. Kena consider jugak, facilities dalam UM (for doing assignment especially) is sooooo much better drpd kat rumah for example, printing/photocopy. Yeah nak print report, slide semua murah kat sini. B&W 10¢ per page so that's really cheap lah rather than kat area rumah ni dalam berapa sen tah per page, mahal lah drpd UM. Kena decide betul betul lah whether to stay or nah. To stay, or to quit, that is the question.

So umm yeah 2014 will end in 6 days. Nothing much happened during this year. It was just another normal year for me, I didn't set any resolution this year. I don't think I achieved anything much. I just hope that 2015 will be a better year for me (IT BETTER BE!).

Arrite that's all. xx

UPDATE (15/03/15): My friends persuaded me to join Feseni back and yeah I did but I only join Tarian Tradisional, and I'll be performing/competing in 4th April which is around two weeks from now I know right WTF I'm so scared but I want all of this to end cepat so um yeah ok.

Meragui kemampuan sendiri.

Salam. Salam Aidiladha. Yes, everyone's busy with their 'daging korban' and stuff, wearing baju melayu/baju kurung. And then there's me, laying on the bed lazily, shirtless and short pants, dengan tidak mandinya lagi, such a terrible person I am.

I don't know, seriously, I don't feel any raya vibe mehhh there's no more raya vibe to me anyway whatevs. But one thing is, I'm glad that it's holly molly holiday time plus mid semester break! So, I can chill for a week then back to UM and bish it's mid sem exam. WOT?! Nahhh I'll study later, when I'm in a good mood and not emo and shit.

So yeah imma post and tell ya a 'lil bit story about the progress of Fifth Semester in Universiti Malaya, which is the second last semester. I supposed to post this two days ago but I wasn't in a good mood so umm yeah here we go! Fifth Semester is kinda rough to me 'cause... okay let me tell ya, I'm a fucking senior now, not only to the junior of Diploma students, but also to the new members of Karya Kurshiah Dancer. I mean it's no big deal being a senior, but what bothers me (a lot, REALLY) is being a senior to the dancers. All my seniors (well not all, but some) yang atas me tu semua dah leave UM 'cause their time is up and they need to graduate. So there's only ONE senior left and he's on his last semester. I don't have trouble with senior perempuan, but senior lelaki, yes. I REALLY NEED THEM.

I was totally shocked when, Kak Nisa, my senior told me, "Faiz, nanti tolong ajar budak junior menari eh, Faiz dah senior sekarang.".
I was like whoaaaa hold on, whoa whoa wait what?!! WHADDAHAYL?! WHADDAEVENHECK?! I mean, bish I'm still a new dancer to KKD and now I have to teach the juniors? I, I don't think I am ready for disshit. Nuh uh, not at all. So, there you go, panic attack hit me like a big blue bus bam just like that and bam all this anxiety came to me. I was so afraid (still) if I can't teach them, if I flop semua omg ahhhhhh I need help. The other day, we were recruiting the new dancers. So, we kinda held a small gathering/meeting with the new dancers and tell them a little bit about Karya Kurshiah Dancer, then Feseni and some types of tarian semua. They seem interested, the amount of boys who came was also kinda okay lah. Yes, I had trouble talking to the boys 'cause you know I'm an awkward little duck. Okay after the meeting is done I was like pheww it's coming, the training session is coming omg what am I supposed to do? I still lack the dancing skills, how am I supposed to teach them. And, the most scary thing is, I AM THE ONLY SENIOR LELAKI yang akan join Feseni 2015. Yang lain semua junior, omagahhh I am so nervous as I don't know what's gonna happen. Will us be okay omg!!! Now, all those responsibilities fell on me, I am now a senior, I needa get muh shit togetha! Phew, I gotta try my best spread the ARTPOP vibe not ARTFLOP.

Other than that, yes that lonely feeling came back. Idk, it feels like berseorangan di UM. Pergi kelas, balik kelas, dalam bilik, seorang. Tak ada geng. I don't know how to make friends lah, I don't even know how I make friends last year. Kenapa this year macam susah sangat? I can be awkward sometimes but HEY once I am comfortable with you, I can be loud and annoying as fewk. Apa lagi eh... ah yes, this semester I feel lembik. Like I supposed to study hard kot, but bila buat assignment semua rasa lembik. I don't know why, but it feels like masa Form 5 dulu where I have that 'idgaf mood about studying' and feel so meh-meh. I need to stand up and start studying after this. Haih all I can do now is to stop being so pessimistic.

Alright mom's calling, gotta eat. Bye y'all.

Goodbye Fourth Semester.

Hey guys, Semester 4 telah pun berakhir! God, I can't believe that I only got two semesters left or less than a year, then I am done with my Diploma! I can't wait to graduate, but that also means that I gotta say goodbye to all the friends that I've known, my residential college, Universiti Malaya ahhh time flies so fast. So you know, I could say 4th Semester is errr semester yang agak difficult lah. I didn't mean it academically, but more to terms of trying to fit in with new friends, new roommates to be exact.

So second year ni, aku dah duduk dengan roommates baru. Kawan kawan semua dah tak ada, semua dah moved to rumah sewa. I was having a really really hard time to fit in, to be comfortable with my new roommates. The first day I checked into the college for second year, I was like, "Okay it's a new year, your final year, be happy with your new roommates, treat them right, be nice, be friendly with them!"

The first week, it's kinda awkward really, I mean I don't really know them much. It's TOTALLY different than first year. Masa first year, you gotta be friend with orang yang kau betul betul tak kenal. So dekat situ memang kita rasa macam nak approach tu senang lah, sebab kita tak kenal dia, dia pun takde gang lagi so nak taknak dia akan pilih untuk berkenalan dengan kita. Second year ni different, sebab kita dah memang kenal dia, cuma tak rapat je. This is where it becomes difficult, sebab kita nak KENA rapat dengan dia. Everyone dah ada gang masing masing so kita rasa macam agak awkward lah nak approach yang dah kenal dengan kita tapi tak rapat. Ahh you guys won't be able to understand this but yeah whatever.

So after the second week, I started to feel the difference of second year ni. To be honest, UM HAMBAR! Budak Degree cuti, junior ada lah but heyyy I tak kenal diorang sangat. So, after two weeks dekat kolej I started to feel lonely, empty, bored sebab after kau balik kelas kau balik sorang sorang, pergi kelas pun sorang sorang, so rasa macam Ya Allah lifeless nya, apa nak buat doh camni?! Ye lah, floor pun dah kena conquer dengan junior kan, diorang pun kau tak rapat so dengan siapa kau nak bersembang? Roommates? Eh wait, dengan roommates pun masih awkward lagi, so dengan siapa?!! Jawapannya, diam je lah. Pergi kelas, balik kelas, tidur, esok ulang benda sama. Memang rasa sangat bosan!

Dalam minggu ketiga, keempat, aku decide untuk ulang alik je daripada rumah. Memang penat, kau kena naik Bas RapidKL U88, ke UM, ambil masa dua jam or dua jam setengah kalau jam teruk plus kena gerak dua jam awal sebelum kelas, for example kelas pukul 1, pukul 11 tu dah kena tunggu bas dah. Kalau kelas pukul 9? Ye, subuh lagi kau pergi gerak tunggu bas dah. Penat memang penat tapi... duduk dekat rumah lebih seronok. Sampai satu masa aku dalam dilema tau nak quit kolej sebab aku rasa macam dah suka sangat duduk rumah. Tapi lama kelamaan, aku rasa macam nak duduk kolej pula sebab hambar semua ni sementara je. Budak Degree habis cuti nanti, UM akan ada balik lah segala aktiviti. Diorang masuk September ni which is masa aku Semester 5 lah! So, selepas fikir masak masak, aku decide nak stay je dekat kolej sehingga habis pengajian. Come to think of it, aku ni actually lucky sebab hanya TIGA ORANG sahaja senior lelaki yang bertuah dapat stay kolej. Three people out of all the others. Be grateful lah babe, bukan senang nak dapat stay kolej. Yang lain pun ada join jugak aktiviti but still unlucky.

Aku ada lah jugak balik kolej sometimes, tidur jugak kolej cuma dalam satu malam camtu lah then terus start tidur rumah balik. Tapi dua minggu terakhir ni aku memang stay kolej sebab aku rasa macam, "Faiz, you better stay kat kolej je lah. So what if kau rasa susah nak fit it dengan diorang, just fit the fuck in lah dude, you'll get through it okay!"

And yeah slowly aku dah rasa macam okay dah dengan diorang. Takpe lah slowly lah lama lama okay lah. So umm yeah, sem break for a week then I better get my ass ready for the 5th Semester 'cause I've seen the subjects I'll be taking. Ada Financial Accounting weh, AHHHH THE NIGHTMARE has come back! I never like Accounting. I never like anything that involve difficult calculation like goddamnit I fucking hate numbers, duit takpe lewls.

Arrite, that's all. See ya later.

xx

Took this right after the last paper yesterday.

Malaysia Mourns. Remembering MH17.



22th August 2014.

The day where all Malaysians share the same sadness, paying respect to the victims of MH17 tragedy.

Betapa pedihnya hati aku melihat keluarga mangsa mangsa MH17 menangis di saat ketibaan jenazah di airport. Aku yang tak terlibat dalam tragedi ni pun dah rasa sangat sebak, sangat pilu, apatah lagi mereka yang terpaksa menanggung keperitan ni. Ya Allah, kau berikan lah kekuatan kepada mereka untuk menempuhi satu dugaan yang besar dalam hidup mereka. Berikan lah mereka ketenangan, berikan lah mereka kesenangan untuk memahami dugaan ni.

Bersemadilah dengan aman dan tenang wahai mangsa mangsa MH17....
Al-Fatihah.

Semester baru bakal bermula....

Good morning. Hai.

Dua hari bulan Julai, menunjukkan yang cuti semester aku bakal berakhir dalam masa empat hari. Sedih. Tak sanggup nak hadap beban assignment semula, yang dah lama ditinggalkan selama satu bulan lebih. Kalau boleh taknak hadap dah sampai bila bila. Stress, pressure, dealing with assignments and the group members themselves. Ahhhh Semester 4 short sem lagi, ahhhhh sumpah benci gila.

"So, apa je jadi sepanjang cuti kau ni Faiz?"
Hmm not much, aku ada pergi Hari Sukan sekolah lama aku, kumpul semua alumni, reunite dengan kawan kawan lama, it was fun, not bad.

"Takkan tu je? How about your books?"
LOL, to be honest I didn't read those books sangat, The Diary of A Young Girl aku baca sikit, The Fault In Our Stars, pembalut plastik dia pun aku tak bukak lagi. Focus more on World of Warcraft then books lol.

Bila cuti dah nak habis ni aku spend less on games but more on anime, bukan buku ye, anime. WoW aku dah bosan sebab... entah rasa sunyi je main sorang, sebab tu layan anime, for now, aku marathon Fairy Tail daripada episod 1 sampai lah sekarang ni, episod 78, dalam masa empat hari lol. Mungkin aku terlampau bosan ber-imaginasi based on words. Aku rasa seronok bila layan anime ni, aku rasa macam aku lari daripada dunia realiti kejap, then masuk ke dunia yang penuh dengan magic or mahō dalam istilah bahasa Jepun nya. Pastu aku rasa macam dapat imagine benda benda camtu sebelum tidur. Rasa lebih seronok daripada emo sebelum tidur haha.

So umm yeah, basically cuti aku macam tu lah. IC pun tak renew lagi. Rambut dah panjang, kena trim ni.
Harini ini, Ramadan yang ke-3, mula Ahad ni, sambung Ramadan di kolej tersayang, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya. Hmm bukak puasa dengan siapa, sahur pun entah dengan siapa, harap harap roommates baru aku nanti okay je.

*sigh*
Kenapa aku rasa malas sangat nak balik UM ni....

Break for a month.

Hello, jam menunjukkan 3.15 pagi and yes aku tak boleh nak tidur sekarang. Sepatutnya aku plan nak tidur pukul 12 lebih tadi, aku dah mandi air panas siap siap supaya nak tidur tu sedap je tapi dah cuba lelap kan mata, tak boleh pulak. So, aku on lah lappy, aku main World of Warcraft jap sebab rasa bosan tak boleh nak tidur. Aku tak tahu nak buat quest apa sebab Aimi tak boleh on untuk tolong aku, sebab esok dia nak balik PD dah, so aku try lah pergi Duskwood dengan Warlock (Level 32) aku, dengan harapan at least dapat lah rare item untuk Priest (Level 23) aku, and aku target nak dapat, Thunderwood. Satu jam aku cuba, hampeh. Log off.

Okay, tengok lah title, for sure lah post aku ni tentang semester break. Ye, semester break dah lama mula, ini hari ketiga, eh tak, hari keempat aku cuti sem. Cuti sebulan, cuti yang aku dah lama tunggu sejak awal semester dibuka lagi. Mana taknya, cuti Semester Dua lepas, tiga minggu tau, tapi aku cuti satu minggu je sebab lagi dua minggu aku dah korbankan untuk Feseni (which was great!). Buka je Semester Tiga, aku rasa tak puas sangat. Rasa menunggu sangat cuti sem haha. Anyway, Semester Tiga was hectic, chaotic and stressful as fuck. Short semester memang betul betul satu disaster tahu tak?! Walaupun dua subjek je which are Business Research and Management Information System, tapi assignments nya sangat lah membebankan kepala otak. Sampai aku tak tidur semata mata buat assignment, and then pergi kelas terus esok pagi tu. Ini baru Diploma, belum lagi Degree, Master, PhD. Pening kepala I uolls.

Setelah bertarung dengan segala kecelaruan di Semester Tiga, akhirnya tamat juga. Lepas habis je jawab paper Business Research which is the final paper after MIS, rasa macam lega sangat. Rasa macam kau dah tahan ketut daripada pagi sampai petang and akhirnya kau dapat lepaskan juga kentut tu, bahagia kan? Maka secara rasminya tamat sudah first year aku as Diploma student dekat Universiti Malaya. So, secara rasminya juga, tamat lah tempoh penginapan student Diploma di mana mana Kolej Kediaman diorang. But wait, no no no, belum tamat lagi bagi aku. Alhamdulillah, Feseni dah selamatkan aku. Disebabkan aku bergiat dalam Feseni, aku diberi peluang lagi untuk stay di Kolej Kediaman Ketiga, Tuanku Kurshiah sampai habis pengajian. Yes, dapat masuk Feseni 2015 which will be the last time for me to join it. Tapi, bagi kawan aku yang lain, kebanyakannya permohonan diorang ditolak sebab ada yang tak aktif langsung, and ada yang tak cukup aktif. Cuma ada tiga je student Diploma yang tawarannya diluluskan untuk stay di KK3. Lepas ni aku tak sure lah roommate baru aku siapa. Rasa awkward lah pulak bila dapat roommate baru nanti. Tapi aku rasa sedih juga lah dekat kawan kawan aku yang tak dapat stay kolej, lepas ni jumpa dekat kelas je lah. Takde siapa dah nak datang bilik aku pastu sembang sembang dengan aku nanti. And kemungkinan juga bilik aku akan ditukar nanti, daripada first floor mungkin naik ke second, third? Aku tak sure tapi yang penting floor atas semua budak Degree. Kalau dah satu floor dengan budak Degree memang for sure lah aku terperuk dalam bilik je. Sebab... awkward level sejuta rasanya nak bergaul dengan senior. Whatever... let’s see what’s gonna happen bila buka Semester Empat nanti. Oh shit, Semester Empat pun short sem jugak. Ahhhhhhhh apa ni!?

Apa plan aku cuti sem ni? Nope, jangan cakap pasal kerja, PLEASE LAH. Aku taknak kerja, sebab cuti ni aku dah lama tunggu, aku betul betul nak duduk rumah je and rehat and main WoW and baca buku yang dah aku belanja sakan pakai BB1M haritu. Plan aku hmmm... okay nak renew IC aku yang hodoh, yang gambar aku masih lagi Darjah Enam tu lol. Then main WoW and baca buku lah. Buku yang aku target nak baca dalam cuti sem ni is, “The Diary of a Young Girl” and “The Fault in Our Stars”. First book ni aku tengah baca, ia mengisahkan pasal Anne Frank yang hidup dalam zaman pemerintahan Hitler dengan undang undang anti-Yahudi dia tu. Second book pula, aku cuma boleh kata buku tu pasal love story, that’s all. Oh movie buku ni dah nak release dah, dalam bulan June juga lah. So umm yeah itu je lah aku buat dalam cuti sem ni, duduk rumah je. Ada lah keluar lepak sikit, but most of the time duduk rumah je.

Okay aku rasa aku nak pergi tidur sekarang, bye.

Feseni Universiti Malaya 2014

Hai. Assalamualaikum.
Okay actually benda ni dah berlepas tiga hari yang lalu tau. Tapi sekarang ni baru ada idea nak post pasal topik ni. Okay, 29 and 30 Mac, aku baru je perform/compete untuk Feseni UM 2014 dalam kategori Tarian Tradisional and Tarian Kreatif. It was fun, agak nervous, I quite enjoyed it. Aku ingat lagi, dulu aku pernah post pasal betapa stress and tension nya aku bila masuk menari ni (sekarang aku delete dah post tu). Aku tak pernah yakin dengan diri aku sendiri, aku tak pernah rasa motivated and optimisitic langsung bila training. Asyik down je bila tengok senior menari hebat. Yang kita ni practice bukan main susah, tapi menari masih macam cibai. Tapi akhirnya aku berjaya melepasi fasa tu jugak. So, Alhamdulillah, Tarian Tradisional dapat tempat ke-5 dan Tarian Kreatif dapat tempat ke-4. Tak sangka langsung at least dapat tempat, sebab aku menari memang tak expect pun nak menang. Masuk hanya untuk cari pengalaman. Happy jugak lah. Umm okay aku semakin ketandusan idea nak cakap apa lagi ni haa... hmm...

Oh ye, masa training tu banyak sangat ups and downs dia. Aku ingat lagi, bila kena marah dengan senior, kena marah dengan choreographer, rasa macam nak melalak kat situ jugak. Ada pernah sekali ni, aku tak mampu tahan sangat emosi aku bila kena marah dengan senior, aku cabut lari pergi toilet, pastu menangis dalam tu, agak lama jugak lah. Tapi segala teguran, segala marah tu lah yang menguatkan aku, memperbaiki skill tarian aku. So, it was the best experience ever. InsyaAllah kalau takde apa apa masalah, next year boleh kot try masuk lagi. Okbye.

Poster Feseni 2013/2014.

Selepas selesai rehearsal Tarian Tradisional.

Karya Kurshiah Dancers in action!

That's me, paling kiri sekali in the picture!

Us, performing Zapin Sebat.

Kostum untuk kategori Tarian Tradisional, kitorang perform
Zapin Sebat dan Tarian Asli Sarawak.

Us performing Tarian Gamelan.

Kostum kitorang untuk Tarian Gamelan bagi kategori Tarian Kreatif.

Here's the video.
Zapin Ros Kalas & Asli Sarawak
Tarian Gamelan