Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Feseni Universiti Malaya 2018

Poster Feseni 2018

OMG, ini TAHUN KEEMPAT aku join Feseni!

"Faiz, kau tak bosan ke join Feseni setiap tahun?"

Hahaha, tak bosan pun cuma setiap tahun ada new challenges. Aku rasa tahun ni cabaran dia yang paling besar. Compared to tahun kedua join Feseni, aku ingat kan waktu tu cabaran paling susah dah sebab kena manage penari lelaki. But no, this time lagi besar tanggungjawab aku! Tahun keempat ni aku diberi tanggungjawab sebagai pengurus Tarian Tradisional Kolej Kediaman Kinabalu. Jadi, aku lah yang kena cari penari, cari koreografer, allocate bajet costume, and manage semua penari. Duit costume pun aku terpaksa dahulukan RM1000 tau! Sebab nak tunggu UM bayar dekat costume designer memang lambat lah. Honestly, memang serabut gila jadi manager ni sebab kau nak kena deal dengan macam macam.

Tahun ni aku struggle cari koreografer sebab bajet yang diberikan oleh Kolej sangat sikit. RM2000 maximum, RM1000 untuk bayaran coaching selama 10 hari, dan RM1000 lagi untuk costume. Untuk koreografer, aku tak boleh nak recruit Kak Nana lagi sebab dia busy lepas kahwin and now pregnant dah. Kalau ambil dia pun, nanti selalu kena ulang alik daripada Perak ke UM, so takut ada masalah komitmen. But cari punya cari, I recruited Kak Dalila, graduan daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Compared to Kak Nana, she's definitely more of a calm person sikit. Untuk costume pula, thanks to one of the dancers, dapat lah jumpa someone yang willing to sewakan costume kepada kitorang dengan harga serendah RM1000. Designer lain rasanya tak ada weh bagi sewa costume murah (but baju letops letops) macam ni. Selain tu, ada juga struggles yang lain. Tahun ni ada perkampungan Feseni tapi, masa seminggu perkampungan tu coach takde langsung sebab dia ada hal kena pergi Bangkok, Thailand. Lepas tu, most of our dancers tak ada sebab kena pergi buat show di China. Ingatkan masa perkampungan lah nak bonding, nak belajar step, but nope that didn't happen. Aku jadi clueless gila sebab tak tahu nak buat apa. Kalau ada step at least boleh lah belajar step. So what I did was belajar asas joget je, itu pun sangat hambar sebab aku lemah dalam joget so tak boleh nak ajar sangat. Senang cerita perkampungan aku tu semua sia sia, patutnya aku stay rumah je, tak ada lah bazir duit belanja makan dekat UM.

So, our training started after perkampungan lah, tu pun struggle sebab banyak rompong. Ada yang busy itu ini so jarang full. Kecewa juga lah. Then, 12 hari nak bertanding, ada pula quit last minute. But cari punya cari, jumpa juga. Basically this year memang such a mess lah. Pada mulanya kitorang nak bawa Zapin Suara Siam dan Joget, but zapin tu ditukar dengan Zapin Johor sebab takut ianya bukan zapin yang pure tradisional. Nanti kena disqualified pula. So in the end kitorang bawa Zapin Johor dan Joget.

Yang seronoknya, tahun ni aku menari di DTC! Ya Allah dia punya puas tu, tak terkata weh. Dapat menari dekat venue besar memang rasa macam ahhhhhhh finally dream came true. Tapi, untuk Tarian Tradisional, kitorang hanya dapat menang Busana & Tatarias Terbaik je. Tiada placing. Lepas aku tengok semula video, rampaian kedua iaitu Joget, kitorang memang hancur. Perempuan mostly tiada masalah sebab kesemuanya pelajar jurusan tari, well, one of them actually Diploma Tari tapi masuk UM ni dia tukar jurusan. Untuk lelaki pula, dua orang pernah bawa Joget (one of them pelajar jurusan tari), tiga orang baru belajar, including me. Aku pernah belajar Joget je, yang asas, tapi ni first time perform untuk Feseni. Bahagian Zapin Johor memang agak decent, tapi start je Joget, oh Lord... kelaut. Tidak seragam tu semestinya, spacing mostly out. Jujur aku akui ni semua sebab tak train dengan betul betul. Sebab kitorang ni siapkan koreografi dalam masa dua minggu je, so memang tangkap muat. Even salah satu penari lelaki tu, up until competition day pun pergerakannya masih lemah. Salah aku juga sebab tak tegas dalam uruskan latihan. Attitude penari pun one of the factors juga sebab, especially, majoriti penari perempuan taknak stay up late. Compared to penari kolej lain, diorang menari sampai tengah pagi, sebab diorang betul betul usaha untuk dapatkan keseragaman, posture, spacing, chemisty antara penari etc.

Kalau lah koreografi dah siap semasa perkampungan, and FIXED, memang aku rasa kitorang boleh dapat placing. Sebab banyak masa untuk latihan sesama sendiri. But benda dah jadi... In the end, keputusannya adalah:
  • Tempat Pertama: KK9A
  • Tempat Kedua: KK5
  • Tempat Ketiga: KK2
  • Tempat Keempat: KK1
  • Tempat Kelima: KK4

Compared to Tarian Kreatif, aku rasa lebih seronok. Mungkin sebab penari lebih ramai, dan aku rasa lebih erat dengan kebanyakan penari Tarian Kreatif. Bonding antara penari Tarian Kreatif memang lebih strong lah sebab penari dia pun yang dari tahun lepas, plus few new dancers. Tahun ni kitorang menari tarian yang dipanggil Sengalang Burong, dia satu apresiasi untuk satu festival kaum Iban, Gawai Burong. Tarian ni dikoreografkan oleh Syafiq, graduan Universiti Malaya dalam jurusan tari. Dia koreografkan KK9 tahun lepas. Pada mulanya, aku nak recruit dia untuk Tarian Tradisional, tapi ada masalah daripada segi nak allocate kostum, so aku minta dia ajar Tarian Kreatif instead.

Syafiq ni tak terlampau tegas, tak terlampau baik. Tapi once dia dah tegas, suasana latihan terus berubah lol. He was a good coach lah. I enjoyed learning the choreography from him. Atas jasa dia juga, kitorang dapat TEMPAT KETIGA!!! Aku memang tak sangka langsung but I guess our hard work paid off lah. Sebab latihan Tarian Kreatif ni latihan biasanya sampai pagi buta tau. Despite few dancers buat attitude, but mostly go on je with the latihan. Usaha lebih, hasil lebih lah kan. So keputusannya:
  • Tempat Pertama: KK9
  • Tempat Kedua: KK10
  • Tempat Ketiga: KK8
  • Tempat Keempat: KK2
  • Tempat Kelima: KK1

Overall, aku okay je dengan competition tahun ni. Ini mungkin tahun terakhir aku join Feseni. Sebab tahun depan dah final year, mungkin tak boleh commit dah sebab sibuk dengan tesis. Wow, kejap je dah 4 tahun berlalu. Aku ni daripada menari hanya untuk Citrawarna, yang kosong entah apa tak tahu, sampai lah ke sekarang. Di antara Tarian Tradisional dan Tarian Kreatif, minat aku lebih mendalam pada Tarian Tradisional. Aku puas dapat menari kesemua 4 jenis asas Tarian Tradisional di pentas Feseni. 
  1. 1st Year (Diploma) - Zapin Sebat & Asli (KK3, En Afzan)
  2. 2nd Year (Diploma) - Zapin Putar Alam & Inang (KK3, Kak Nana)
  3. 3rd Year (1st Year Degree) - Inang & Zapin Pekajang (KK8, Kak Nana)
  4. 4th Year (2nd Year Degree) - Zapin Johor & Joget (KK8, Kak Dalila)

Walaupun aku kecewa sikit tahun ni sebab Mak dan Abah tak datang tengok, tapi aku okay je. Memang rasa down sikit tapi tetap kena bertanding. Aku baru nak diorang merasa tengok aku perform dekat venue yang besar, siap boleh nampak muka kat TV lagi. Tapi haih... Lagi satu, aku sangat bengang dengan pihak kolej sebab lambat bagi T-shirt Feseni. Kau bayangkan, hari rehearsal semua penari kolej lain hadir dengan T-shirt Feseni diorang sendiri, dengan bangganya tunjuk diorang represent kolej mana, but us? Pakai T-shirt hitam yang tak matching pun semua. Sedih! Selain tu, aku kecewa juga dengan attitude beberapa penari yang sangat angkuh, dan tak profesional. Dalam tarian ni, kita menari as a team, bukan menari hanya untuk diri sendiri. Especially Tarian Kreatif, walaupun Syafiq tu sebaya aku tapi aku bersikap profesional dengan dia. Aku tak melawan, buat muka apabila ditegur, dicaci dia. Sebab sewaktu latihan, dia adalah cikgu dan aku adalah murid. Dia yang curahkan ilmu tarian kat aku, dan aku kena hormat dia. Itu baru profesional, baru lah matang!

Apa apa pun, dalam banyak banyak tahun aku masuk Feseni, tahun pertama juga aku paling suka. Waktu tu, memang rasa macam bersama family sangat. Waktu tu aku baru berusia 18/19 tahun. Senior semua umur 20 lebih. Diorang lah yang rajin mengajar aku secara detail. Habis latihan pun, ada round-table, buat tuition lagi untuk aku. Stay another 30 minutes or 1 hour. Kalau tak ada latihan pun, keluar jalan jalan or makan sama sama. Aku rindu moment macam tu. So bila menari tu aku rasa seronok sangat sebab bonding antara penari strong. So, menari bukannya setakat ingat step, dan betul posture je. Bonding tu pun penting juga.

Terima kasih Swadansa Kinabalu, Kinabitara. I had fun. Adakah aku akan menari lagi di Feseni akan datang? InsyaAllah. Jika aku nak menari pun, I'm very certain that I will definitely menari untuk kolej lain. Kolej ni aku rasa lack passion dalam benda ni. Aku tawar hati.

Dancers untuk Swadansa Kinabalu batch 2017/2018.


Kak Dalila and her boyfriend, Abang Romo.
He helped a lot too especially with Joget.

Thanks Azwar, and Hadi sudi datang support. Tiga orang ni je
lah lelaki untuk Pengajian Asia Timur batch 2016/2017. I danced
together with Azwar last year. This year dia tak boleh join sebab
tak duduk kolej dah.



My homies from KD, Syafiah and Farah came as well!!!

With Shamin, one of my very best friends. Been knowing him
since first semester lagi. He danced for KK4, and honestly
diorang sangat seragam.

Right after the show, but some of the dancers
were nowhere to be found.

Dancers untuk Kinabitara batch 2017/2018.




Thank you very much Syafiq for your guidance.

Atiqah, thank you very much for coming!
Though I really wished to dance with you
this year, tapi...

Thanks Nisa, and Hamizah sebab datang!!!

Second day pun Hadi datang, tapi Azwar got a meeting for
GNC that night, so he couldn't make it.

Tarian Tradisional Kebangsaan: Busana & Tatarias Terbaik
Tarian Kreatif: Tempat Ketiga