Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Feseni Universiti Malaya 2015

Maka berakhirlah Feseni bagi kategori Tarian Tradisional dan Tarian Kreatif. Tak sangka ini merupakan tahun terakhir aku join Feseni. Tiba tiba rasa macam tak puas pula join Feseni hanya untuk dua tahun. Rasa emotional pun ada jugak haha, InsyaAllah jika ada rezeki sambung Degree di Universiti Malaya, aku join lagi tapi wakil untuk Kolej Kediaman yang keberapa aku tak pasti.

Aku dapat rasakan yang dunia tarian ni memang serasi dengan jiwa aku. Akhirnya aku dah tahu apa bakat aku, apa minat aku. Aku mungkin tidak dikurniakan suara yang sedap untuk menyanyi, tetapi sekurang kurangnya aku ada bakat dalam tarian walaupun ianya tarian yang berunsurkan ke-Melayuan. Tarian moden atau urban ke apa jadah itu umm kena belajar lah.

Feseni untuk tahun ni lebih mencabar daripada tahun lepas sebab aku senior. Tanggungjawab aku lebih besar daripada tahun lepas. Mungkin tahun lepas aku selalu disuap oleh senior, contohnya kalau tak faham je boleh terus direct tanya senior, diorang boleh latih aku sepanjang masa. Tahun ini berbeza, sebab aku sorang je senior lelaki. Aku yang bertanggungjawab menolong junior lelaki untuk master tarian yang diajar oleh koreografer. Pastu aku kena ada inisiatif sendiri untuk pastikan yang aku mahir tarian yang diajar. So semuanya diri sendiri kena buat.

Alhamdulillah, tahun ni tak rasa kekok sangat nak belajar sebab dah ada basic daripada join Feseni yang lepas. Walaupun tahun ni ada masalah daripada segi penari lelaki, but in the end survive jugak. Macam macam yang dilalui untuk mencari penari lelaki. Dah ajak yang itu last last dia tak boleh commit untuk hari pertandingan sebab ada projek katanya, ajak yang ini pada mulanya nak pastu quit pula esok harinya. Sampai dah desperate sangat, student Korea pun di ajak join. Tapi yang stay hanya empat orang so tahun ni tak ada lah koreografi yang kena couple couple, sayang betul.

Untuk Tarian Tradisional, Alhamdulillah dapat tempat Ketiga. Sangat tak sangka sebab aku rasa kolej lain punya tarian lebih hebat. Untuk Tarian Kreatif dapat tempat Kelima. Okay lah tu, daripada tak ada tempat langsung. Kemenangan ni semuanya hasil ajaran daripada koreografer. Bagi Tarian Tradisional, Kak Nana yang mengajar dibantu sekali oleh Abang Ipin dan Abang Fatih. Untuk Kreatif aku tak join lah disebabkan kekurangan penari lelaki. Mental dan fizikal memang kena kental lah sepanjang belajar dengan Kak Nana sebab dia seorang yang sangat tegas lagi garang. So faham faham je lah kalau ada step tak dapat atau menari tersalah step hahaha. Tapi semua itu juga lah yang membuatkan kita menari dengan perfect.

So umm yeah dengan rasminya berakhir lah penglibatan aku dalam Feseni hahaha. Macam macam lah jadi tahun ni. Daripada takut nak mengajar junior, terus reti. Mungkin aku belum ada lagi ciri ciri pengajar yang tegas, so mostly aku mengajar pun antara pasti dan tak pasti. Lepas ni kena develop ketegasan dalam mengajar (kalau ada rezeki masuk Feseni lagi lah siapa tahu tak Degree mungkin masa Master di UM nanti hehehe). Sampaikan mimpi mimpi pun ada jugak. Mimpi itu lah ini lah, mimpi macam macam pasal detik Feseni. Tapi bagus jugak, mimpi ni lah buat semua jadi alert untuk make sure masa Feseni nanti tak terjadi seperti apa yang jadi dalam mimpi aku haha.

For sure aku akan rindu pengalaman join Feseni ni. Sakit kaki, sakit badan, kulit kaki terkopek masa training, semua tu memang akan aku rindu kan. Detik detik masa rehearsal, sebelum bertanding paling tak boleh dilupakan. Masa tu lah rasa nak terberak lah, terkencing lah, terkentut lah semua jenis rasa ada sebab nervous nak perform depan audience yang sangat ramai. Yang peliknya, bila habis perform semua rasa tu hilang. So bila nervous ni dia mendatangkan pelbagai jenis rasa hahaha.

Okay lah, it's been fun Feseni, it's been fun Karya Kurshiah Dancer. Terima kasih.

Poster Feseni 2014/2015.

Setelah selesai practice malam terakhir sebelum bertanding.

Taken right after we were done with rehearsal
Tarian Tradisional.

Us acting cool, konon.

Gambar diambil sebelum perform. Terima kasih kepada
Kak Nana, dan Abang Ipin kerana mengajar kitorang.

Us, performing Zapin Putar Alam!

The girls performing their Tarian Kreatif called,
Layang Mas.

Ini pula gambar Team Kreatif dengan koreografer
mereka, Abang Sya.