Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Feseni Universiti Malaya 2017

Alhamdulillah, selesai bertanding bagi Tarian Kreatif dan secara rasminya berakhir sudah lah Feseni 2017 bagi aku. Mungkin tidak bagi yang masih bertanding untuk kategori lain, tapi bagi aku, perjuangan dah pun habis untuk tahun ni. Yang penting, aku lega tak terkata bila dah perform segala step tarian setelah penat lelah belajar memakan masa berbulan-bulan.

Biar aku cerita untuk kategori Tarian Tradisional Kebangsaan dulu. Tahun ni aku bawa Zapin Pekajang daripada Johor dan Inang Kalambuai. Apa aku rasa? Firstly, walaupun rasa kecewa sebab perform di Auditorium KPS, rasa nervous tu masih lagi ada. Sangat lah nervous bila dapat tahu kitorang dapat giliran terakhir. Ya Allah, sakit dada ni, sebab risau sampai terjejas nak bernafas while waiting for our giliran, otak pun dah fikir kan macam-macam. Secondly, rasa sedih sebab tahun ni tak dapat placing pun. Which I admit mungkin salah kitorang sendiri yang kurang berlatih sebab secara jujurnya training kolej kitorang pun agak relax dan tak tough macam dulu. Tambah lagi dengan komitmen penari yang most of the time tak pernah nak cukup. Mesti ada je rompong, by rompong I mean pasangan tak pernah nak complete. Yang pastinya, bukan salah Kak Nana sebagai pendidik kitorang, tapi salah kitorang sebab tak mampu nak perfect kan didikan yang telah diberi. I’m sure if kitorang buat betul-betul, memang for sure at least boleh dapat placing. Masa nak pulangkan baju apa semua dekat Kak Nana pun, boleh nampak muka dia kecewa. Dia dah lah ajar dua kolej, and both kolej tak dapat placing. I felt guilty gila. So yeah, hasil yang dapat tu setimpal lah dengan usaha yang telah kitorang berikan. Usaha lebih dapat lah lebih. Kurang usaha, susah lah nak dapat hasil yang bagus, ye idok?

Keputusan Feseni 2017 bagi kategori Tarian Tradisional Kebangsaan adalah:

  • Tempat Pertama: KK5
  • Tempat Kedua: KK9
  • Tempat Ketiga: KK4
  • Tempat Kedua: KK1
  • Tempat Kelima: KK2

Moment paling tak boleh blah bila kitorang perform after Kolej Kediaman Ke-9. Malu sangat bila lagu inang diorang sama dengan lagu inang kitorang. To make it even worst, inang diorang tu rampaian kedua and bila dah habis performance diorang, kitorang mulakan persembahan kitorang dengan inang and menggunakan lagu yang sama. Bila kitorang start tu, penonton semua berbisik-bisik sebab lagu kitorang sama so diorang mesti compare.

Anyway, it’s okay lah Faiz. Masih ada peluang untuk masuk next time. Cuma wakil kolej kediaman berapa, itu tak pasti. Tahniah Kolej Kediaman Ke-5, Kolej Kediaman Ke-4, and also the rest! Kenapa aku ucapkan tahniah terutamanya pada 5th dan 4th, well sebab 5th aku suka lagu yang dibawa tahun ni. Very catchy, “Manis manis manis~” dan juga sebab they really had superb dancers in their team. Untuk 4th, sebab my first year friends wakil for that kolej and the way they dance memang seragam, cantik, memang nice lah basically. Well dengar cerita sebab diorang memang trained hard pun since last year kot. Even before cuti Semester 1 pun dah banyak training. Unlike us, kitorang bulan lepas baru nak ada perkampungan. Honest thoughts about Team Tradisional bagi KK8 tahun ni, we could have done more. Itu je. Kitorang ada masalah yang menyebabkan, macam mana eh nak describe, yang menyebabkan kitorang ada satu limit ni. Haa wujudnya satu limitation yang menyebabkan kitorang tak dapat nak buat lebih hebat. Tak mengapa lah. Next year, improve. Siapa manager dan choreographer Swadansa Kinabalu yang seterusnya? Aku tak tahu.

Seterusnya pula, cerita bagi kategori Tarian Kreatif. Untuk Tarian Kreatif, tahun ni aku bawa Tarian Belotah yang berasal daripada Perak. Basically tarian pesawah. Apa aku rasa? Kecewa. Jujur daripada dalam hati aku, aku sangat kecewa dengan Tarian Kreatif. Satu, sebab tak ada koreografer. Eh, siapa koreograf macam tu? Senior. Bukannya kolej tak mampu bayar, mampu je cuma si senior ini kata tak payah, dia nak koreograf kan sendiri. Aku tak nak lah kecam dia sangat cuma aku kecewa bila dia overestimate kemampuan dia sendiri. In the end, the result hanya lah suam-suam kuku. Lagu yang provided pun bermasalah sampai menjejaskan aku untuk menari sebab tak mampu nak tangkap beat yang betul sebab lagu tidak di-edit secara professional. Step yang diberikan juga hanya lah biasa dan, tidak ada elemen ‘Wow!’. Step dia hanya lah sekadar step untuk memenuhi tarian. Dengan erti kata lain, Tarian Kreatif tahun ni basically hanya sekadar masuk. Bukannya ada matlamat untuk menang, sebab step diberikan pun last minute so step tu jadi step tangkap muat, step diberi cuma untuk siapkan tarian je. Kostum masa bertanding pun sangat lah hambar lagi memalukan. Seriously, masa kat Auditorium KPS tu aku rasa nak menyorok sebab aku sendiri pun malu dengan pakaian yang aku pakai. Sangat lah basic, compared to Kolej Kediaman yang lain. Ada dengar juga daripada mulut-mulut koreografer yang kata Tarian Kreatif kitorang teruk, sampai kata lebih baik tak payah hantar langsung. So, kalau koreografer luar sana yang memang dah tahu pasal benda-benda seni ni pun dah cakap macam tu, memang betul lah apa yang aku fikir ni.

Keputusan Feseni 2017 bagi kategori Tarian Kreatif adalah:

  • Tempat Pertama: KK9
  • Tempat Kedua: KK3
  • Tempat Ketiga: KK10
  • Tempat Keempat: KK12(B)
  • Tempat Kelima: KK5

So yeah, aku cuma nak nasihat, sebelum kau terima satu tanggungjawab besar tu, make sure kau tahu kemampuan kau yang sebenarnya dulu. Kalau mampu baru terima, kalau tak mampu jangan terima. Apa-apa pun aku tetap acknowledge keberanian dia dalam menyahut cabaran ni. Sebab cikai macam mana pun cara dia manage, choreograph Tarian Kreatif ni, akhirnya dia siap juga. Dia selesaikan juga apa yang dia dah mulakan. Bukan mudah okay nak koreograf sesuatu tarian tu, nak fikir pola lantai lagi lah and so on. Cuma tu lah, hasilnya lah yang menjadi kayu ukur. Also, terima kasih juga dekat dia sebab pernah belanja aku nasi kukus. Haha, it means a lot since, entah lah, tapi kalau masa Feseni mesti aku akan kena gastric (a lot more than usual), memang since first year lagi. Atiqah lah biasanya penyelamat aku, dia lah akan provide ubat gastric hahaha. Anyway, ada satu hari tu aku memang lapar and duit takde sebab tak cash out lagi, so si senior ni juga lah yang belanja aku nasi kukus. That was so kind of him, thanks again. OK kesimpulannya, dua kategori aku masuk, dua-dua juga lah tak dapat placing. On the bright side, I learned something, and I made new friends. I enjoyed my time dancing with Swadansa Kinabalu and Kinabitara. Semua pun okay dengan aku, especially bila aku ni menggila dengan perangai sarcastic aku.

OK lah, kita jumpa lagi pada tahun seterusnya jika ada rezeki, InsyaAllah! Dan aku mengharapkan yang lebih baik daripada tahun ni. xx

Taken masa Malam Preview di Kolej.
Team Swadansa Kinabalu.

Ini pula team Kinabitara.

Pagi rehearsal bagi Tarian Tradisional.

*bad quality*
Lepas habis rehearsal.

Dah siap make-up apa semua, sebelum bergerak ke KPS.

While waiting for our turn.

Dah siap make-up untuk bertanding Tarian Kreatif.

Kinabitara in action.

Thank God, I look like I was enjoying this dance eventhough
dalam hati memang menahan malu hahaha.

Lepas umum result, sebelum balik kolej, bergambar dulu!

P/S: Terima kasih kepada Mak dan Abah yang memang since Feseni 2014 lagi dah datang tengok Faiz perform! Sangat hargai sokongan yang diberikan. Naikkan semangat juga lah bila nak perform tu knowing that we are trying to impress someone kan. Selalu juga invite my friends datang tengok, but so far yang pernah datang pun only Farah, and Aimi (Feseni 2015). This year diorang tak datang lah. Actually, ada lah terasa juga bila diorang taknak datang tu. Said busy lah apa lah, but bila check out Stories dekat Instagram, update lepak mamak lah and so on. So... you know... y'all do you.