Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Program Pertukaran Pelajar

Program pertukaran pelajar; ataupun student exchange program di mana pelajar di hantar ke luar negara untuk merasai pengalaman belajar di sesuatu negara buat suatu tempoh yang singkat. Amboi bagi definition kemain. So, student exchange program ni lain lah compared than kau study oversea full time sebab waktu pengajian dia hanya lah selama satu semester (< 6 bulan) atau dua semester (1 tahun). Also, kau juga akan jadi pelajar untuk dua universiti.

Haaa dua hari lepas aku baru hantar coursemates aku pergi student exchange program di 青山学院大学 (Aoyama Gakuin Daigaku) di Tokyo, Jepun. Untung diorang dapat pergi sana untuk intake Fall/Winter. Dapat lah korang merasa salji kat sana nanti. Honestly, bukan senang tau proses untuk apply student exchange program ni. Haa meh sini aku nak cerita camne proses permohonan student exchange program kat Universiti Malaya ni. Aku cerita proses je eh, aku taknak go into detail sangat regarding requirements, rules, budget apa semua.

OK, fakulti kitorang; Fakulti Sastera dan Sains Sosial memang sangat rajin hantar student pergi exchange program. First proses yang aku go through masa tu adalah isi borang outbound program. Fakulti kitorang galakkan student pergi outbound program dulu, baru lah pergi exchange program. Katanya siapa yang pergi outbound ni, chances nak diterima pergi exchange program lagi besar. So outbound program ni, dia lebih kurang sama macam exchange program, cuma lagiiii pendek. About 3 weeks or less je dan biasanya dilakukan masa cuti semester. Kawan aku ada pergi dah ke Thailand, and Indonesia. Fakulti kitorang juga akan taja diorang masa kat sana, tapi mula-mula kena guna duit sendiri lah pastu baru claim dekat Bendahari Universiti Malaya bila dah balik nanti. So what we did was, kena cari kumpulan seramai 10 orang, digalakkan ambil berlainan jabatan. Negara yang kitorang pilih masa tu, Vietnam. Ahli kumpulan pun termasuk daripada Jabatan Pengajian Asia Timur, dan Jabatan Antropologi & Sosiologi. Pastu kena rangkakan proposal untuk outbound program tu, termasuk lah belanjawan, dan jadual aktiviti masa kat sana. Dah selesai isi permohonan outbound program, kitorang isi permohonan exchange program pula.

This is the part where it got way more complicated. Of course lah kena isi borang yang mintak macam-macam. Documents and all, you know normal stuff. Paling penting sekali English requirement tu haa. Kat sini aku habis banyak duit untuk re-print borang banyak kali sebab ada salah itu ini sikit, kena re-print balik. Banyak naik turun pejabat International Student Centre aka ISC sebab nak update pasal hal ni. Yang paling habis banyak duit sekali dekat ujian pemeriksaan kesihatan. I spent RM170 for this sebab nak kan result yang cepat. Kiranya harini buat, esok tu dah boleh ambil. Boleh je nak murah, pergi dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya, tapi kena tunggu weeks, even a month untuk dapatkan result. Mana sempat sebab nak kena catch up dengan dateline permohonan universiti sana. Masa ni ISC offer aku dekat 岡山大学 (Okayama Daigaku). Anyway, lepas settle medical check-up datang lah pula hal lain yang berkaitan dengan kewangan juga. Macam coursemate aku, universiti yang diorang nak pergi tu demand dalam bank account diorang at least ada RM10, 000. While us kena ada at least RM7, 000 - RM8, 000. Kiranya diorang nak ensure lah if anything happens kat sana, takde lah masalah duit.

Then, coursemate aku yang ke Aoyama tu settle dah dengan permohonan diorang. Tunggu nak buat Visa je. While us yang Okayama ni pula, stuck. Sebab apa? English requirement kitorang. Diorang tak terima MUET. Okayama demand IELTS juga. Time tu aku memang frust dah. If tahu tak terima MUET, why ISC offer us to that university? Aoyama chill je ambil MUET. Okayama ni pula mengada-ngada taknak. So disebabkan diorang tak accept our MUET, permohonan tak diterima. Nak apply universiti lain dah tak sempat sebab dateline untuk intake Fall/Winter dah tutup. Basically... dengan pedihnya we have to accept the fact that we spent our money, literally for nothing. Memang aku sedih gila sebab duit spent bukan sikit tau, beratus. Kecewa dia tak terkata. Tak lama lepas tu, ISC ada call balik. They offered us to 세종대학교 (Sejong Daehakgyo), Korea. Aku tolak, sebab aku major Japan Studies, tak logic pula nak study related subjects in Korea. I'm more concern of the environment, and exposure actually. So I rejected the offer.

In the end, coursemates aku yang ke Aoyama, fly dah pun. Us yang Okayama ni, tak ada rezeki. Takpe lah Faiz, mungkin ada hikmah kenapa Allah tak bagi kau pergi untuk Semester 3 ni. Mungkin Dia rasa it's too soon for you. Aku redha je walaupun kecewa. Maybe next time, untuk intake Spring/Summer pula during Semester 4, InsyaAllah. Hopefully that time it will happen, amin.

All the best Hadi kat Jepun. Study leklok.
ちゃんと勉強して、気をつけてね!