Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Being a Degree Student at Universiti Malaya.

So this is going to be an update about me studying at UM until now. Of course lah panjang postnya haha. Okay, so far it’s been good, kinda tiring because of busy with classes, and assignments. Recently I went to a lot of projek kolej punya interview, I registered dalam tujuh lah but dropped tiga, atas sebab sebab tertentu like isu kewangan (some projects even required me to pay thousands and I bukan orang kaya fosho lah cannot afford), komitmen, and all, so yeah. Alright, in terms of makan, emm not too many choices lah since Food Court UM dah tutup and replaced with parking lot, but still ada je banyak other places to eat. For breakfast and lunch, memang no problem since you can always go to fakulti lain, and tapau. Usually tapau dekat Fakulti Pendidikan, and Fakulti Sastera & Sains Sosial sebab dekat dengan kelas lol. Dinner on the other hand is umm, a little bit payah. Yes some faculties got their own café, but mostly tak open until night so bila malam have to depend on café dekat kolej kediaman (KK). Now, of course lah different KKs, different kinds of cafés. Like my KK, got three cafés, dua masakan Mamak/India and satu lagi masakan Melayu. For masakan Melayu, okay je sedap je but nak tunggu order tu siap memang sangat lama. For masakan Mamak/India, I only tried twice, hmmm boleh lah sedap jugak lah. Setakat ni dah try makan dekat KK1, KK4, KK7, KK10, and KK12. KK7 and KK12 memang got more choices of food lah rather than my KK. KK3 baru je open their own café so later nak try KK3 pulak, ihikz my old residential college.

OK next, kita cakap pulak pasal bagaimana rasanya jadi degree student dekat UM and a little bit update on studying EA Studies. Honestly, I do feel a bit insecure with all the other degree students. Why? Okay let me tell you eh, mostly freshies UM ni from PASUM (Pusat Asasi Sains UM) or Asasi lain, Kolej Matrikulasi, and STPM. Yang lain tu ada juga from STAM and Diploma, dua ni rasanya kuantiti tak banyak sangat compared to the rest tu. What I notice was, STAM and Diploma macam minority sikit. During orientasi lagi perasan dah bila ada taklimat ke apa, the host will ask,

“Siapa kat sini from (insert level of education)?!”

They will only ask whether you’re from Asasi, Matriks, and STPM je. Yang lain semua jarang ask. Sama lah bila orang tanya kita ni lepasan mana. Mesti diorang akan guess selain daripada Diploma. Tak lah rasa kecewa, cuma rasa macam hey my level of education tak recognized ke kat sini. So bila freshies mostly lepasan tiga ni, of course lah diorang younger than me. Asasi, and Matriks mesti lah umur diorang 19. For STPM or STAM pulak, 20. Diploma students, ada umur 20, or 21 which is my age. Ni cakap pasal yang jenis sambung study terus lah, ada je freshies older than me, yang jenis sambung belajar lambat. Macam aku pun, study lambat setahun, sebab dah graduate last year, this year baru sambung. So back to rasa insecure tu. Okay rasa insecure lah sebab diorang younger than me dah dapat sambung degree. Aku 21 baru nak sambung, late by 2 years if ikut standard Asasi, and 1 year if ikut standard STPM. Also, rasa insecure with diorang punya pandai. PASUM/Asasi/Matriks dah confirm confirm mostly lepasan SPM with straight As, plus Bs je dalam result. The rest pula, like STPM/STAM/Diploma, pointer semua tinggi tinggi. I’m not saying I’m stupid but rasa macam wow I feel small compared to them. Tapi bila fikir fikir balik, it doesn’t matter sebab setiap orang pandai dia lain lain. Lagi lagi bila dah jadi Degree student kat sini, semuanya tak kira lah pandai ke kurang pandai ke, automatically jadi equal balik. Mungkin kau pandai, mungkin aku kurang pandai, tapi in the end kita dua sama je jadi degree student jugak dekat sini. Kau layak sambung sini, aku pun layak sambung sini. Now kita dua ada same goal, nak graduate as a Degree student of UM.

Then kita move on pulak kepada topik seterusnya, studying BA in East Asia Studies. Memang tak dapat dinafikan yang course ni agak minor jugak, tak ramai yang tahu. Aduh sudah lah lepasan Diploma ni minor, tambah lagi dengan study course yang minor jugak hahaha. Okay, bila orang tanya aku study apa, mostly will be like,

"Haa? Study pasal apa tu?"

Dia punya reaction tu tak macam bila kita kata kita ni study Business ke, Sains ke, Media ke, sebab tiga ni course yang mostly orang dah tahu tau study pasal apa and akan jadi apa. Okay so far study East Asia ni ada mixed feelings lah haha. Can be boring sometimes, can be fun sometimes. Yang aku tahu, kelas aku paling enjoy sekali, kelas Bahasa Jepun. Seronok belajar new language, lagi lagi aku sendiri memang minat dengan bahasa ni, so memang rasa motivated. Yang lain pulak dia rasa macam can be boring, can be okay. This semester aku banyak belajar sejarah tentang tamadun di negara Asia Timur ni. Sejarah je mesti nak kata boring kan? Hahaha, tak jugak. Depends lah on what chapter yang kita belajar. Lecturer pun memainkan peranan yang penting tau, if cara dia mengajar tu passive, boleh jadi bosan jugak. Ye, aku ada lecturer yang cara mengajar dia sangat bosan, asyik rasa nak tidur je dalam kelas. But over all, I enjoy this course!


Now, set goal dalam kepala, nak genggam Ijazah Sarjana Muda with Honours bila graduate nanti. Tak kira lah kau study apa pun, semua orang ada satu goal kan which is to graduate with excellent result. Alright that's all. All the best for my 3.5 years at Universiti Malaya! ;)