Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Minggu Haluansiswa Universiti Malaya 2016/2017.

Hai, aku nak cerita pengalaman aku attend Minggu Haluansiswa Universiti Malaya 2016/2017. It’s gonna be a very long one, for sure. OK, so malam sebelum aku pergi mendaftar tu aku memang tidur lambat. Around 3 AM sebab ada BBQ Party by my friends, diorang buat kat aku kengkonon nya macam farewell gittew, and congratulating me also.

Dalam 6.50 AM dah gerak ke UM, memang tak cukup tidur lah, agak penat. Aku datang awal, sebab Azma, kawan aku yang dulunya satu group Ouch Krikk Krikk (now 2nd Year) bagitahu, datang awal supaya tak ada masalah habis saiz baju nanti. Dia merupakan Pemudahcara Mahasiswa or PM (basically macam fasilitator lah) untuk Kolej Kediaman Ketiga tahun ni, so dia share lah few tips. Aku pun datang awal, dalam 7.30 AM macam tu aku sampai di Padang Kawad Palapes then, naik bas from there gerak lah ke Kolej Kediaman Kelapan or also known as Kolej Kediaman Kinabalu. Kolej aku kali ni memang atas sikit daripada KK3 dulu, jauh di atas bukit (sesuai lah dengan nama lol). Dalam 8 AM siap dah mendaftar bilik. Masuk bilik, then PM bagitahu kitorang ada free time until 11 AM untuk kemas stuff dalam bilik. Parents pula kena turun dewan dalam pukul 9.50 AM untuk hadiri taklimat. Aku ambil katil bawah, tetapi terpaksa pindah katil atas sebab dapat roommate plus size. Katil single pula khas buat senior sahaja.

Then, bila dah settle semua, parents dah balik, bermula lah minggu orientasi. First day lagi aku dah sakit kepala sebab jadual aktiviti tersangat lah pack. Hanya balik bilik untuk mandi dan tidur sahaja. Selebihnya buat aktiviti seperti di kolej, Dewan Tunku Canselor (DTC), and berjalan ke Fakulti untuk sesi explore UM. Sepanjang MHSUM1617 ni, pelajar KK dibahagikan kepada cell or sel. Basically it’s like a group lah. Aku ditempatkan dalam Sel 9. Ada dalam 24 members tak silap. 10 lelaki, 14 perempuan. Lelaki tu dalam 7 orang Melayu, 3 orang Cina.

Pada mulanya aku rasa macam ah fuck gila lah semua aktiviti ni! Aku penat, aku nak tidur. Bila diajar pula cheers, dan choreography lagu tema MHSUM1617, which is Masih Di Sini by Bunkface btw, aku rasa macam malas sangat. Aku rasa apa diorang ajar ni tersangat lah cringy dan lame af. Setiap hari tidur lambat, dalam 2 jam je. Aktiviti habis paling awal dalam 12.30 AM, paling lambat dalam 1 AM. Then kena bangun at 4.30 AM dan mesti dah ada kat dewan tepat at 5 AM. Memang tiring gila. Disebabkan aku malas nak mandi pagi nanti, malam tu aku mandi kaw kaw. So bangun nanti tinggal sarung baju je and blah.

Cheers dan choreography ni memang menyampah nak learn pada mulanya, tetapi lama kelamaan aku jadi rasa suka pula nak belajar semua tu lebih lebih lagi lepas pergi DTC untuk sesi taklimat pasal macam macam topik lah. Bila sampai DTC, setiap KK akan show their own cheers, so bila dah berkumpul dalam tu, masing masing fight cheers siapa lagi gempak. Aku pun daripada rasa malas nak ambil kisah, jadi tercabar pula. So aku learn betul betul then fight cheers tu as semangat as I could masa di DTC. Memang seronok. Selain tu, DTC also equals to peluang curi/topup tidur haha. Disebabkan pelajar ramai tak cukup tidur, diorang memang ramai tersengguk sengguk dalam DTC tu. Aku banyak kali tidur, so ada sekali tu memang sepanjang taklimat tu aku tidur. Bangun je taklimat dah habis and I missed important information.

Moments aku paling suka sekali sepanjang minggu ni are; Majlis Perasmian Minggu Haluansiswa, Malam Ambang Kemerdekaan, which disambut di DTC AND Kolej Kediaman pada waktu malam before 31st August. KK kitorang semua segak berbaju tradisional masing masing. Only KK8 and KK10 je kot aku perasan pakai baju tradisional. Malam tu memang gempak, macam macam persembahan bertemakan kemerdekaan ada. Aku dengan kawan baru aku semua menggila melolong jerit excited. Memang sangat cantik view dalam DTC malam tu, bila ada performance semua keluarkan flashlight, ada juga letak flashlight dalam cawan plastik berwarna, or suluh flashlight dekat balloon. So nampak macam flashlight berwarna warni lah dalam DTC tu.

After that pulang lah ke KK8 untuk aktiviti di KK masing masing. KK kitorang buat Fashion Show, and Dede (Dee-dee), cellmate aku which is a Chinese guy, dia joined. Kitorang wakilkan dia, tapi dia tak ada baju tradisional dia sendiri so aku pinjamkan dia Baju Melayu aku. OK lah, dapat lah score 7-7-7 by judges. OK what, hit the jackpot tu! Lepas tu ada fireworks, kitorang tengok fireworks di langit sambil nyanyikan lagu kemerdekaan. Next, mesti lah Malam Penutup Minggu Haluansiswa. Malam ni lah malam pengakhir kepada minggu orientasi ni. Malam ni juga semua KK akan fight cheers secara habis habisan untuk tunjuk siapa punya cheers paling gempak. In the end KK1 menang. Setiap KK memang gempak cheers dia tapi yang paling aku suka is KK1 dan KK5 sebab diorang punya cheers ada shoutout dekat semua KK yang ada dalam UM ni. So memang gempak gila lah! Habis je malam ni, semua pulang ke KK untuk sesi terakhir bersama PM. Kitorang makan kek ramai ramai then ada sesi selfie. It was fun!

Selepas selesai menyambut Malam Ambang Kemerdekaan
di Kolej Kediaman Kelapan. #Sel9

Selepas selesai menyambut Malam Penutup
Minggu Haluansiswa. #Sel9

Now it’s over, I had a really cool experience. Sekali je tau kau experience benda ni sebab bukannya kau nak sambung Degree banyak kali kan? Lebih lebih lagi di UM.