Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Sebulan di Okinawa 🌺

ハイサイ!Haisai!
Uwau bersarang betul blog aku ni. Lama gila tak buat new post. Last time post pun masa belajar dekat Kindai. Itu pun post pasal Fall Semester je. Spring Semester, sampai lah dah balik ke Malaysia, sampai lah dah habis lagi satu semester dekat UM, langsung tak update apa apa hahaha. Disebabkan aku bosan diwaktu Perintah Kawalan Pergerakan ni, aku nak cerita pasal Okinawa. Tapi sebelum tu, aku nak update sikit dulu apa jadi sebelum aku pergi Okinawa.

"How was Kindai?"
Pengalaman ryuugaku (studying abroad) yang takkan aku lupakan. I made new friends from all over the world. I learned a lot. Bahasa Jepun aku pun level up mendadak. Sangat lah mendadak sampaikan aku sempat ambil Japanese Language Proficiency Test (JLPT) dekat Jepun dan aku lepas untuk level N3 or Intermediate.

"Apa jadi lepas balik Kindai?"
Well… aku kena extend lagi satu tahun sebab thesis. Sebab aku pergi masa final year kan. Sebenarnya boleh je aku buat thesis dekat Jepun tapi dalam pertengahan Fall Semester macam tu aku dah decide yang aku tak nak ryuugaku aku ni terlampau busy sangat, so aku decide untuk sambung buat thesis bila aku balik Malaysia je. Sekarang ni aku tengah final semester di UM dan semester depan akan mula internship lepas tu insyaAllah akan convocation pada Oktober 2021.

Baik lah that was some of the updates lol. Now onto the main part which is:
OKINAWA DE INTANSHIPPU WO SHIMASHITA.

So, macam mana aku boleh dapat offer ni? Last semester, Dr. Nasrudin was contacted by pihak Okinawa and diorang offer internship sebulan kat sana but Bahasa Jepun kena at least level N3. Apparently, as of that time, dalam batch aku, aku sorang je yang dah ada JLPT N3 so aku pun apply lah. Sejujurnya application process dia agak nerve-racking sebab aku kena go through tiga interview. Yang interview aku ada dua company; satu recruitment company sebab diorang ni lah yang bertanggungjawab untuk cari company mana yang sesuai untuk aku kerja. Satu lagi company yang aku kerja tu. OK, bila aku dah submit borang permohonan, selepas berbalas e-mail for few days dengan recruitment company, diorang schedule untuk first interview.

First interview session via Skype, aku nervous gila nak mampus lol. And yes the whole interview was in Japanese lah. Habis je interview, aku expect aku tak lepas sebab penggunaan keigo aku agak lemah. Keigo tu basically bahasa hormat lah yang kau gunakan dalam situasi formal. Tak macam English dan Bahasa Melayu, bahasa hormat tu tak berapa ketara sangat beza dia. Bahasa Jepun ni pulak when it comes to keigo, kau kena learn a whole new vocabulary for that. So memang susah, even orang Jepun sendiri pun struggle dengan penggunaan keigo. Apatah lagi aku yang menggunakan Bahasa Jepun ni sebagai bahasa ketiga lol.

Tup tup, aku lepas the interview. Recruitment company kata aku ni ada personaliti yang bagus sebab agak chatty dan ceria waktu interview. So, diorang cadangkan aku untuk buat internship dekat Hiramatsu Ginoza. Diorang rasa aku ni sesuai untuk internship for service and hospitality punya industry. I said yes to that and diorang schedule second interview session dengan aku. Second interview ni basically a practice lah. Diorang tanya soalan yang diorang rasa mungkin ditanya oleh Hiramatsu Ginoza. Saje nak bagi aku bersedia sikit lah just in case. Lebih daripada 10 soalan jugak lah diorang tanya. Habis je second interview tu, rasa penat gila sebab kaw kaw kena bantai soalan bertubi tubi in Japanese huhu.

Then, third interview dengan general manager of Hiramatsu Ginoza, which was rather... short? Aku punya lah prepare possible answers bagai nak rak tapi general manager dia turned out to be someone yang very chill lol. Dia tanya soalan tak banyak sangat pun pastu terus proceed dengan explanation pasal tempat kerja, environment, accommodation etc. Tapi still, aku pening kepala sikit lah time tu sebab dia guna Bahasa Jepun yang level dia agak tinggi. Aku struggle nak faham sikit.

So aku fly ke Okinawa on 11th February melalui transit kat Singapore (sebab tak ada direct flight ke Okinawa lagi time tu). First few days di Okinawa aku menetap di Naha sebab ada macam orientation day lah by the recruitment company. Untuk hari orientasi, recruitment company buat Japanese Business course which aku diajar macam mana nak jawab phone calls, penggunaan keigo, and other business etiquettes mengikut standard orang Jepun. Agak tmi jugak lah haritu but macam macam lah aku belajar. Last day hari orientasi baru lah recruitment company bawak aku ke Ginoza, tempat aku akan stay dan kerja untuk sebulan.

Ginoza ni hmm... kampung sekampung kampungnya. Two hours away from Naha, jauh daripada bandar. Kawasan apartment aku duduk memang tak ada apa except dikelilingi ladang tebu hahaha. Tapi yang seronoknya at least aku dapat satu rumah untuk aku sorang. Rumah yang diorang bagi aku sangat lah luas tapi yang spoilnya adalah most of the time aku memang alone.

Untuk kerja pulak, nasib baik lah staff semua baik. Kadang aku struggle jugak nak faham Bahasa Jepun diorang tapi if aku tak faham certain words, diorang memang tak pernah berat mulut nak explain in easy Japanese. First few days aku asyik sakit kepala hahaha sebab otak kerja keras sangat kot untuk translate. But in the end, improve teroxx jugak lah aku punya Bahasa Jepun. Tak sangka aku boleh survive kat Jepun with no friends, no English. Sejujurnya aku tak rasa kekok pun masa sebulan dekat Okinawa. Tak macam mula mula aku datang Kanazawa. First few weeks was tough sebab aku struggle dengan new environment.

Aku rasa paling untung sebab staff baik dan caring kot. Sebab kan kawasan tempat aku kerja tu memang kampung, waktu malam memang gelap habis. So kalau nak balik sorang sorang waktu malam tu memang bahaya. Dan tak ada public transport ya. Jadi, pergi balik kerja tu memang staff akan hantar. Ada jugak lah staff tanya aku kalau cuti nak pergi jenjalan tak and aku bagitahu lah kat diorang tempat yang aku nak pergi, and they actually bawak aku pergi jenjalan ke tempat aku nak tu. Dekat Okinawa ni kereta sangat penting, if tak ada kereta memang susah nak travel. That’s why ada staff sanggup bawa aku jenjalan. Not only that, the whole trip diorang bayarkan. Sumpah terharu.

So yeah overall it was fun, little bit challenging but semuanya worth it hehe.


13 Januari: Celebrate habisnya hari orientasi dengan staff
recruitment company and other interns.

14 Januari: Lepas habis visit Hiramatsu Ginoza and sempat
jenjalan area Ginoza jap.

20 Januari: Harini lah staff tempat kerja bawak jenjalan. Salah
satu tempatnya ialah Churaumi Aquarium.

2 Februari: Hari Heiwa Gakushu, kiranya macam Peace Study
trip lah. Ini dekat Peace Memorial Park.

2 Februari: Habis pergi Peace Memorial Park, kita pergi
Ryukyu Glass Village.

Nervous tau nak buat gelas sendiri haha time ni
tengah takut terpegang gelas yang tengah panas.

11 Februari: Hari pembentangan tentang pengalaman
internship. Time ni company intern yang lain pun turut hadir.

Dapat lah souvenir (which is gelas yang aku buat masa Heiwa
Gakushu haritu) and sijil tamat internship.

Interns dengan company masing masing.

Bergambar dengan other interns and our pose ni kononnya
nak rawr macam Shisa; an Okinawan mythology.

Dengan staff recruitment company. They were
so nice and I felt like being with a family.

11 Februari: Uwau muka aku masuk dalam Ryukyu Shimpo,
suratkhabar di Okinawa.