Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Minat.

Offer from UM for course Bachelor of Arts (English).
Hahaha mesti semua orang macam what the fuck gila dengan choice yang aku buat ni. Yes, I received an offer from University of Malaya untuk sambung Degree bagi course Sarjana Muda Sastera (English). Reason kenapa aku reject offer ni hmm boleh refer gambar di atas. Not that I hate English tho, I've always been passionate in learning English, I do love English and I kinda think that English is my forte (KINDA, I'm still struggling with grammatical errors and my vocab ain't that good yet), but this time, nope. I rejected it because, firstly, ni merupakan last choice aku actually masa isi permohonan. My first choice is, Media Studies. Aku minat nak belajar tentang media sebab aku rasa scope dia sangat meluas, and aku minat nak tahu the power of media. But I guess takde rezeki kot so dapat lah course ni.

Bila dapat course ni, terus rasa macam...
"Crap what do I do now? What am I gonna be when I graduated nanti? I mean, I can be a lecturer but teaching is DEFINITELY not my passion. I can be an English journalist, but am I confident enough to ensure that my audience minat dengan my content? I can be a writer, which is agak bullshit 'CAUSE AKU NAK WRITE STORY APA SIA?"

So, I did ask from my senpai(s), minta suggestion, advice. Aku tanya Farhan, senior aku yang currently studying in Bachelor of Science (Mathematics), rasanya. Ayat dia yang aku buat aku fikir betul betul is,
"Faiz, belajar ni kena ada minat. Kalau kita belajar satu benda tu tapi takde minat, takut tersangkut di tengah tengah."

Then, lama juga lah aku fikir masak masak nak reject atau nak accept offer ni. Aku fikir minat aku apa. Relate dengan apa aku dah belajar masa Diploma, ada ke tak minat masa belajar subjects dalam Diploma dulu. Kebetulan, aku ada apply kerja through Jobstreet and daripada situ aku tahu yang minat aku masih lagi ada dekat dunia business. Ye, aku masih minat dengan dunia business, aku tahu apa aku nak jadi bila dah graduate nanti. Aku minat dunia business tetapi lebih kepada marketing, tapi kalau nak meluas daripada tu pun aku tak kisah janji masih relate dengan business. Well, buat masa ni mungkin knowledge aku still sikit so vision tu belum lagi clear, I'm only 20 years old after all, I still got lots to learn. So, aku dah decide yang Degree nanti aku akan sambung business-related course, preferably major in Marketing.

So, antara Media Studies, English and Business, aku pilih Business. FOR NOW lah, mana tahu nanti bila dah expose dengan macam macam, aku tukar fikiran ke haha. I'm sorry Universiti Malaya. Memang betul betul wave goodbye la nampaknya, haha.

Sayonara, Universiti Malaya.

That's it. The journey of my Diploma study has come to the end. I don't really know much what to say, but I am so glad that it's finally over. IT'S OVER! Final exam was stressful. I didn't get enough sleep, I stayed up all night just to cover the whole chapters (in one night) that I spotted to be on the paper. Plus, I have this expectation, where I want to achieve a good pointer so even though I was soooo tired to study I had to get my shit together and study like hell.

The last day spent at Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah or Kolej Kediaman Ketiga was.... rather neutral. I didn't feel sad or sentimental whatever. It was like okay this is my last day here, pack all the things, make sure I don't leave any stuff. But yeah I did have a look at the 'scenery' of my residential college, just for, you know to enjoy it for the last time. I was like awwhhh this is where I did this, this is where I did that. Then when the time's up I just balik lah tunggu apa lagi hahaha, I DIDN'T EVEN SAY GOODBYE TO MY ROOMMATES, sorry.

Goodbye.

All right, it's been fun, studying in Universiti Malaya as a Diploma student.
It's been fun staying in KK3.
'Til next time, InsyaAllah.

2 Years in University of Malaya

Semalam merupakan kelas untuk Diploma yang paling terakhir, kelas perpisahan, kelas di mana tamatnya sudah pengajian Diploma aku. Selama dua tahun aku menjadi pelajar Diploma di UM ni, macam macam aku belajar, macam macam aku lalui. Tak sangka betapa singkatnya tempoh pengajian selama dua tahun ini. Semalam semua orang bagi ucapan masing masing untuk final speech. Aku pun terlibat tapi tak panjang speech aku. Habis kelas, semua bergambar dengan lecturer, semua minta maaf dengan lecturer, mohon berkat and so on. It feels like habis sekolah again.

Das it, I can't believe it that my Diploma in University of Malaya is coming to an end. Di sini lah aku belajar untuk berdikari, belajar untuk tinggal jauh (well tak berapa jauh) daripada parents, belajar untuk ada inisiatif sendiri dalam belajar, belajar buat assignments, reports, slides and stuff. UM merupakan universiti pertama yang mengajar aku, mendedahkan aku terhadap dunia universiti ni. Seriously, dunia universiti jauh bezanya daripada dunia sekolah. Bila kau menjadi pelajar universiti, semua tanggungjawab dah jatuh ke atas kau untuk macam mana kau manage, bawa diri kau selama kau jadi pelajar universiti. Mungkin dulu masa sekolah, balik sekolah je makanan dah tersedia bawah tudung saji, bangun pagi parents kejutkan, pergi sekolah pun parents kau bagi duit.

Dekat universiti, balik kelas makanan memang tersedia, tapi duit pun mesti disediakan jugak. Takde duit, jangan harap nak makan, terpaksa pinjam roommates atau paling tak pun minta sedekah Maggi daripada roommates. Nak bangun pergi kelas? Tak payah cakap, alarm tak bunyi sikit, lambat satu jam, alamatnya ponteng lah kau kelas yang kau lambat tu. Kalau dulu, kau bukan main power lagi lah cipta 'alasan' kat parents supaya diorang percaya and izinkan kau ponteng kelas. Tapi dekat universiti, takde siapa halang kau nak ponteng, kau nak ponteng ikut kau lah. Cuma hukuman dia tu kena get ready lah. Semuanya sendiri. Memang aku akui aku ni ada jugak ponteng kelas, sampai dapat warning letter pun ada. Reason? Sebab bangun lambat lol.

Aku masih ingat lagi detik detik first time nak masuk UM. Macam mana nervous nya aku dengan dunia baru, mana taknya aku tak pernah merasa boarding school. Malam tu tidur lambat, pukul 5am baru tidur, pukul 7am dah gerak UM nak check-in kolej. Malam sebelum tu packing bagai nak rak, barang warna biru bersepah hahaha since blue is my favourite colour. Siapa roommates aku? Kolej tu macam mana? Kolej tu ada hantu ke? Hahaha soalan biasa lah. Kolej Kediaman Kurshiah or Kolej Kediaman Ketiga; situ lah aku akan menetap untuk dua tahun. Selesai je check-in aku pun masuk bilik aku, E111. Sampai je aku tengok banyak gila lelaki yang lepak, rupanya macam gangster pun ada, ahli silat tegar pun ada. Aku terus jalan ke depan, pergi next room fikir aku mungkin salah bilik. Then, "EH ni E113." So, bilik aku tadi tu dah betul dah, cuma aku tak berani haha. Aku pun masuk lah sendiri, letak barang apa semua. Then semua lelaki dalam bilik aku tadi pun keluar. Rupanya yang lepak tadi tu kenalan one of my roommates. Masuk pula dua orang lelaki, seorang berbadan sedikit berisi dan seorang lelaki berambut panjang. Saat tu lah first time aku tengok roommates aku. Hassan, si rambut panjang. Pendiam orangnya, tak banyak cakap, wajahnya agak garang. Kalau siapa tak kenal dia, mesti fikir dia ni non-friendly orangnya. Umurnya 3 tahun lebih tua daripada aku. Afham, aka Husin 2.0 (muka sebijik macam classmate aku masa 4/5 Kreatif, Husin), sama baya dengan aku, we even share the same month of birthday! Hassan memang jarang ada kat bilik, so bonding aku lebih erat dengan si Afham. Dia pun talkative, friendly so memang bising bilik tu kitorang bersembang. Sebelum tidur pun bersembang jugak. Aku jadi rapat dengan dia sebab muka dia macam kawan sekolah aku, so terus tak rasa awkward. Lepas dah tahu rooommates apa semua, aku pun berkenalan lah dengan satu floor tu, dengan semua budak Diploma. Orientation day malas lah nak cerita, nothing interesting. First semester je budak Diploma in Business Management (KK3) gerak kelas sama sama, then semua dah tahu jalan, dah pandai pergi sendiri.

First day masuk kelas, semuanya masih baru nak berkenalan, geng pun belum ada lagi. Nasib baik aku sama course dengan Asya, which is my jiran since kecil, belajar sama since tadika hingga lah ke UM. Aku pun melekat dengan dia, dia bawa seorang kawan baru, Sabrina namanya tapi kitorang panggil dia Rai. Roommate dia rupanya. Then aku berkenalan dengan seorang perempuan ni lagi, Azma. Dia sama team dengan aku masa orientation day so aku kenal sikit sikit lah. Bam bam apa semua, TUP tercipta lah Ouch Krikk Krikk, geng kitorang sendiri. So, diorang lah geng aku selama aku belajar di UM ni. Member wajib dalam group assignment daripada first hingga lah akhir semester. Usually group assignment requires enam orang so dua orang lagi aku cari Hamid and Haikal, budak satu floor kolej dengan aku. Masa first semester, tak ber-geng dengan Ouch Krikk Krikk lagi, aku ada sekali team assignment dengan Hamid, Haikal, Hassan and lain lain lah. Semenjak tu, Hamid terus nak buat  group assignment dengan aku, sebab dia suka cara aku manage group tu, daripada segi report dan slide, aku ni lah yang tukang check grammar apa bagai semua. Bagi betulkan report dan slide supaya nampak perfect. So, aku gabungkan Hamid & Haikal dan Ouch Krikk Krikk to create a perfect hybrid of FAHERA OUCH.

Selama belajar Diploma ni, macam macam manis dan pahit aku rasa haha. Berjaga tengah malam sebab siapkan report. Tak tidur tu dah biasa dah, especially nak dekat exam. Study lah sampai dah habis jawab exam, balik tu baru topup tidur. Kena ejek itu perkara biasa. Memang dekat kelas, aku ni terkenal sikit among lelaki. Attitude aku ni satu bahan hiburan bagi diorang, so aku diejek apa bagai. Since kecil dah diejek, so what do you expect bila masuk universiti? Lol. Sejujurnya, kat UM ni aku tak pandai bergaul sangat. With boys especially. That's why geng aku tiga perempuan, and aku seorang lelaki. Diorang lah yang menerima aku seadanya, yang sanggup layan perangai aku. Hamid and Haikal pun secara tak langsung okay dengan attitude aku, sebab diorang kata attitude aku ni menghiburkan. So dekat kolej aku ada juga melibatkan diri dengan aktiviti kolej such as Captain Ball, Feseni, and Karnival Kebudayaan Kurshiah. Captain Ball tu aku tak tahan lama sebab aku rasa aku ni tak berapa pandai dalam sukan tu. Kalau suruh aku join Softball, for sure aku okay. Makanya, tarian lah yang menjadi minat aku selama ni UM ni. Since sekolah dah masuk Citrawarna, so daripada situ minat dah ada.

Habis first year, masuk pulak second year or final year. Second year lah tahun paling hambar, paling sedih. Geng masa first year semua dah pindah masuk rumah sewa, cuma aku je lah berseorangan di kolej. Memang most of the time aku alone je, dalam bilik pun tak bersembang. Terus kat bilik tu aku jadi paling senyap since roommates aku diorang masing masing dah sama course and dah rapat, cuma aku ni tak rapat dengan diorang so rasa awkward. Told ya, I'm pretty bad at socialising. Semuanya berseorangan. Most of the time aku berseorangan, dalam bilik seorang, pergi and balik kelas seorang, makan pun seorang. So umm yeah second year agak hambar jugak lah.

For sure I'm going to miss every memories that have been created in UM. Kolej Kediaman Kurshiah, Feseni, Ouch Krikk Krikk, Fahera Ouch dan semua kawan yang aku kenal kat sini. Thanks for an amazing journey, and wonderful memories. Also thanks to Madam Dina, Madam Nisa, Madam Lyla, Miss Azima, Madam Ashikin, Madam Suzanna, Madam Farinda, Madam Azhanni, Sir Fikri, Sir Vincent, Dr. Danial, and Dr. Rajes for teaching me throughout this 2 years.
Alright, InsyaAllah jika ada rezeki, mungkin aku akan sambung Degree di Universiti Malaya.

xx


For sure I'm going to miss you guys, Ouch Krikk Krikk!

UCB13, goodluck in whatever you guys are doing.

Feseni Universiti Malaya 2015

Maka berakhirlah Feseni bagi kategori Tarian Tradisional dan Tarian Kreatif. Tak sangka ini merupakan tahun terakhir aku join Feseni. Tiba tiba rasa macam tak puas pula join Feseni hanya untuk dua tahun. Rasa emotional pun ada jugak haha, InsyaAllah jika ada rezeki sambung Degree di Universiti Malaya, aku join lagi tapi wakil untuk Kolej Kediaman yang keberapa aku tak pasti.

Aku dapat rasakan yang dunia tarian ni memang serasi dengan jiwa aku. Akhirnya aku dah tahu apa bakat aku, apa minat aku. Aku mungkin tidak dikurniakan suara yang sedap untuk menyanyi, tetapi sekurang kurangnya aku ada bakat dalam tarian walaupun ianya tarian yang berunsurkan ke-Melayuan. Tarian moden atau urban ke apa jadah itu umm kena belajar lah.

Feseni untuk tahun ni lebih mencabar daripada tahun lepas sebab aku senior. Tanggungjawab aku lebih besar daripada tahun lepas. Mungkin tahun lepas aku selalu disuap oleh senior, contohnya kalau tak faham je boleh terus direct tanya senior, diorang boleh latih aku sepanjang masa. Tahun ini berbeza, sebab aku sorang je senior lelaki. Aku yang bertanggungjawab menolong junior lelaki untuk master tarian yang diajar oleh koreografer. Pastu aku kena ada inisiatif sendiri untuk pastikan yang aku mahir tarian yang diajar. So semuanya diri sendiri kena buat.

Alhamdulillah, tahun ni tak rasa kekok sangat nak belajar sebab dah ada basic daripada join Feseni yang lepas. Walaupun tahun ni ada masalah daripada segi penari lelaki, but in the end survive jugak. Macam macam yang dilalui untuk mencari penari lelaki. Dah ajak yang itu last last dia tak boleh commit untuk hari pertandingan sebab ada projek katanya, ajak yang ini pada mulanya nak pastu quit pula esok harinya. Sampai dah desperate sangat, student Korea pun di ajak join. Tapi yang stay hanya empat orang so tahun ni tak ada lah koreografi yang kena couple couple, sayang betul.

Untuk Tarian Tradisional, Alhamdulillah dapat tempat Ketiga. Sangat tak sangka sebab aku rasa kolej lain punya tarian lebih hebat. Untuk Tarian Kreatif dapat tempat Kelima. Okay lah tu, daripada tak ada tempat langsung. Kemenangan ni semuanya hasil ajaran daripada koreografer. Bagi Tarian Tradisional, Kak Nana yang mengajar dibantu sekali oleh Abang Ipin dan Abang Fatih. Untuk Kreatif aku tak join lah disebabkan kekurangan penari lelaki. Mental dan fizikal memang kena kental lah sepanjang belajar dengan Kak Nana sebab dia seorang yang sangat tegas lagi garang. So faham faham je lah kalau ada step tak dapat atau menari tersalah step hahaha. Tapi semua itu juga lah yang membuatkan kita menari dengan perfect.

So umm yeah dengan rasminya berakhir lah penglibatan aku dalam Feseni hahaha. Macam macam lah jadi tahun ni. Daripada takut nak mengajar junior, terus reti. Mungkin aku belum ada lagi ciri ciri pengajar yang tegas, so mostly aku mengajar pun antara pasti dan tak pasti. Lepas ni kena develop ketegasan dalam mengajar (kalau ada rezeki masuk Feseni lagi lah siapa tahu tak Degree mungkin masa Master di UM nanti hehehe). Sampaikan mimpi mimpi pun ada jugak. Mimpi itu lah ini lah, mimpi macam macam pasal detik Feseni. Tapi bagus jugak, mimpi ni lah buat semua jadi alert untuk make sure masa Feseni nanti tak terjadi seperti apa yang jadi dalam mimpi aku haha.

For sure aku akan rindu pengalaman join Feseni ni. Sakit kaki, sakit badan, kulit kaki terkopek masa training, semua tu memang akan aku rindu kan. Detik detik masa rehearsal, sebelum bertanding paling tak boleh dilupakan. Masa tu lah rasa nak terberak lah, terkencing lah, terkentut lah semua jenis rasa ada sebab nervous nak perform depan audience yang sangat ramai. Yang peliknya, bila habis perform semua rasa tu hilang. So bila nervous ni dia mendatangkan pelbagai jenis rasa hahaha.

Okay lah, it's been fun Feseni, it's been fun Karya Kurshiah Dancer. Terima kasih.

Poster Feseni 2014/2015.

Setelah selesai practice malam terakhir sebelum bertanding.

Taken right after we were done with rehearsal
Tarian Tradisional.

Us acting cool, konon.

Gambar diambil sebelum perform. Terima kasih kepada
Kak Nana, dan Abang Ipin kerana mengajar kitorang.

Us, performing Zapin Putar Alam!

The girls performing their Tarian Kreatif called,
Layang Mas.

Ini pula gambar Team Kreatif dengan koreografer
mereka, Abang Sya.

2014's coming to an end.

Oh hello!
2014 is coming to the end. Do I look like I'm ready to be 20 (unofficially) and say goodbye to my teenage era? No. Am I ready to be a young adult? HELL FOKKING NO. Also, I really need to renew my IC, it's been 7 years man pffft AAND get my driving license 'cuz gurl even dak umo tujoblas pun dah pandai bawak kete k0 ni tak malu ke???

Okay, let me just give ya a 'lil bit catch up of myself. I'm currently taking a break from studying Negotiation Skills subject. Yes, final exam of the Fifth Semester starts on 30th December and I'm sooooo not ready for it. It's the second last semester! Eeeekkkk, I'm almost done with my Diploma in UM.

Oh I've quit from joining the Feseni for my college. Yup, no moahhhh dancing. Due to the stress of focusing whether on dancing or studying, I've came up with the decision to just, quit. So, I won't be joining any college activities anymore.

"What a lifeless student you are!"
I know... pretty pathetic isn't it? But mehhh dah nak habis belajar dah pun, tak lama dah nak berambus drpd sini so takpe lah. But the pros is, I can focus more on my study! Takde lah stress tak hafal step ke menari tak betul ke apa, at least my stress tu jadi stress on study je. Well ada je stress pasal benda lain but pls i'm sick of stress over my terrible dancing skills and the need to catch up or I'll fucked up on the stage.

College? Hmm I'm still considering whether to quit college or nah. Reason? The fee. Yes, it's really expensive and I kinda feel bad lah to my parents. So, quitting college is still dalam umm apa orang kata, still tengah decide lagi lah. Kena consider jugak, facilities dalam UM (for doing assignment especially) is sooooo much better drpd kat rumah for example, printing/photocopy. Yeah nak print report, slide semua murah kat sini. B&W 10¢ per page so that's really cheap lah rather than kat area rumah ni dalam berapa sen tah per page, mahal lah drpd UM. Kena decide betul betul lah whether to stay or nah. To stay, or to quit, that is the question.

So umm yeah 2014 will end in 6 days. Nothing much happened during this year. It was just another normal year for me, I didn't set any resolution this year. I don't think I achieved anything much. I just hope that 2015 will be a better year for me (IT BETTER BE!).

Arrite that's all. xx

UPDATE (15/03/15): My friends persuaded me to join Feseni back and yeah I did but I only join Tarian Tradisional, and I'll be performing/competing in 4th April which is around two weeks from now I know right WTF I'm so scared but I want all of this to end cepat so um yeah ok.

Meragui kemampuan sendiri.

Salam. Salam Aidiladha. Yes, everyone's busy with their 'daging korban' and stuff, wearing baju melayu/baju kurung. And then there's me, laying on the bed lazily, shirtless and short pants, dengan tidak mandinya lagi, such a terrible person I am.

I don't know, seriously, I don't feel any raya vibe mehhh there's no more raya vibe to me anyway whatevs. But one thing is, I'm glad that it's holly molly holiday time plus mid semester break! So, I can chill for a week then back to UM and bish it's mid sem exam. WOT?! Nahhh I'll study later, when I'm in a good mood and not emo and shit.

So yeah imma post and tell ya a 'lil bit story about the progress of Fifth Semester in Universiti Malaya, which is the second last semester. I supposed to post this two days ago but I wasn't in a good mood so umm yeah here we go! Fifth Semester is kinda rough to me 'cause... okay let me tell ya, I'm a fucking senior now, not only to the junior of Diploma students, but also to the new members of Karya Kurshiah Dancer. I mean it's no big deal being a senior, but what bothers me (a lot, REALLY) is being a senior to the dancers. All my seniors (well not all, but some) yang atas me tu semua dah leave UM 'cause their time is up and they need to graduate. So there's only ONE senior left and he's on his last semester. I don't have trouble with senior perempuan, but senior lelaki, yes. I REALLY NEED THEM.

I was totally shocked when, Kak Nisa, my senior told me, "Faiz, nanti tolong ajar budak junior menari eh, Faiz dah senior sekarang.".
I was like whoaaaa hold on, whoa whoa wait what?!! WHADDAHAYL?! WHADDAEVENHECK?! I mean, bish I'm still a new dancer to KKD and now I have to teach the juniors? I, I don't think I am ready for disshit. Nuh uh, not at all. So, there you go, panic attack hit me like a big blue bus bam just like that and bam all this anxiety came to me. I was so afraid (still) if I can't teach them, if I flop semua omg ahhhhhh I need help. The other day, we were recruiting the new dancers. So, we kinda held a small gathering/meeting with the new dancers and tell them a little bit about Karya Kurshiah Dancer, then Feseni and some types of tarian semua. They seem interested, the amount of boys who came was also kinda okay lah. Yes, I had trouble talking to the boys 'cause you know I'm an awkward little duck. Okay after the meeting is done I was like pheww it's coming, the training session is coming omg what am I supposed to do? I still lack the dancing skills, how am I supposed to teach them. And, the most scary thing is, I AM THE ONLY SENIOR LELAKI yang akan join Feseni 2015. Yang lain semua junior, omagahhh I am so nervous as I don't know what's gonna happen. Will us be okay omg!!! Now, all those responsibilities fell on me, I am now a senior, I needa get muh shit togetha! Phew, I gotta try my best spread the ARTPOP vibe not ARTFLOP.

Other than that, yes that lonely feeling came back. Idk, it feels like berseorangan di UM. Pergi kelas, balik kelas, dalam bilik, seorang. Tak ada geng. I don't know how to make friends lah, I don't even know how I make friends last year. Kenapa this year macam susah sangat? I can be awkward sometimes but HEY once I am comfortable with you, I can be loud and annoying as fewk. Apa lagi eh... ah yes, this semester I feel lembik. Like I supposed to study hard kot, but bila buat assignment semua rasa lembik. I don't know why, but it feels like masa Form 5 dulu where I have that 'idgaf mood about studying' and feel so meh-meh. I need to stand up and start studying after this. Haih all I can do now is to stop being so pessimistic.

Alright mom's calling, gotta eat. Bye y'all.

Goodbye Fourth Semester.

Hey guys, Semester 4 telah pun berakhir! God, I can't believe that I only got two semesters left or less than a year, then I am done with my Diploma! I can't wait to graduate, but that also means that I gotta say goodbye to all the friends that I've known, my residential college, Universiti Malaya ahhh time flies so fast. So you know, I could say 4th Semester is errr semester yang agak difficult lah. I didn't mean it academically, but more to terms of trying to fit in with new friends, new roommates to be exact.

So second year ni, aku dah duduk dengan roommates baru. Kawan kawan semua dah tak ada, semua dah moved to rumah sewa. I was having a really really hard time to fit in, to be comfortable with my new roommates. The first day I checked into the college for second year, I was like, "Okay it's a new year, your final year, be happy with your new roommates, treat them right, be nice, be friendly with them!"

The first week, it's kinda awkward really, I mean I don't really know them much. It's TOTALLY different than first year. Masa first year, you gotta be friend with orang yang kau betul betul tak kenal. So dekat situ memang kita rasa macam nak approach tu senang lah, sebab kita tak kenal dia, dia pun takde gang lagi so nak taknak dia akan pilih untuk berkenalan dengan kita. Second year ni different, sebab kita dah memang kenal dia, cuma tak rapat je. This is where it becomes difficult, sebab kita nak KENA rapat dengan dia. Everyone dah ada gang masing masing so kita rasa macam agak awkward lah nak approach yang dah kenal dengan kita tapi tak rapat. Ahh you guys won't be able to understand this but yeah whatever.

So after the second week, I started to feel the difference of second year ni. To be honest, UM HAMBAR! Budak Degree cuti, junior ada lah but heyyy I tak kenal diorang sangat. So, after two weeks dekat kolej I started to feel lonely, empty, bored sebab after kau balik kelas kau balik sorang sorang, pergi kelas pun sorang sorang, so rasa macam Ya Allah lifeless nya, apa nak buat doh camni?! Ye lah, floor pun dah kena conquer dengan junior kan, diorang pun kau tak rapat so dengan siapa kau nak bersembang? Roommates? Eh wait, dengan roommates pun masih awkward lagi, so dengan siapa?!! Jawapannya, diam je lah. Pergi kelas, balik kelas, tidur, esok ulang benda sama. Memang rasa sangat bosan!

Dalam minggu ketiga, keempat, aku decide untuk ulang alik je daripada rumah. Memang penat, kau kena naik Bas RapidKL U88, ke UM, ambil masa dua jam or dua jam setengah kalau jam teruk plus kena gerak dua jam awal sebelum kelas, for example kelas pukul 1, pukul 11 tu dah kena tunggu bas dah. Kalau kelas pukul 9? Ye, subuh lagi kau pergi gerak tunggu bas dah. Penat memang penat tapi... duduk dekat rumah lebih seronok. Sampai satu masa aku dalam dilema tau nak quit kolej sebab aku rasa macam dah suka sangat duduk rumah. Tapi lama kelamaan, aku rasa macam nak duduk kolej pula sebab hambar semua ni sementara je. Budak Degree habis cuti nanti, UM akan ada balik lah segala aktiviti. Diorang masuk September ni which is masa aku Semester 5 lah! So, selepas fikir masak masak, aku decide nak stay je dekat kolej sehingga habis pengajian. Come to think of it, aku ni actually lucky sebab hanya TIGA ORANG sahaja senior lelaki yang bertuah dapat stay kolej. Three people out of all the others. Be grateful lah babe, bukan senang nak dapat stay kolej. Yang lain pun ada join jugak aktiviti but still unlucky.

Aku ada lah jugak balik kolej sometimes, tidur jugak kolej cuma dalam satu malam camtu lah then terus start tidur rumah balik. Tapi dua minggu terakhir ni aku memang stay kolej sebab aku rasa macam, "Faiz, you better stay kat kolej je lah. So what if kau rasa susah nak fit it dengan diorang, just fit the fuck in lah dude, you'll get through it okay!"

And yeah slowly aku dah rasa macam okay dah dengan diorang. Takpe lah slowly lah lama lama okay lah. So umm yeah, sem break for a week then I better get my ass ready for the 5th Semester 'cause I've seen the subjects I'll be taking. Ada Financial Accounting weh, AHHHH THE NIGHTMARE has come back! I never like Accounting. I never like anything that involve difficult calculation like goddamnit I fucking hate numbers, duit takpe lewls.

Arrite, that's all. See ya later.

xx

Took this right after the last paper yesterday.

Malaysia Mourns. Remembering MH17.



22th August 2014.

The day where all Malaysians share the same sadness, paying respect to the victims of MH17 tragedy.

Betapa pedihnya hati aku melihat keluarga mangsa mangsa MH17 menangis di saat ketibaan jenazah di airport. Aku yang tak terlibat dalam tragedi ni pun dah rasa sangat sebak, sangat pilu, apatah lagi mereka yang terpaksa menanggung keperitan ni. Ya Allah, kau berikan lah kekuatan kepada mereka untuk menempuhi satu dugaan yang besar dalam hidup mereka. Berikan lah mereka ketenangan, berikan lah mereka kesenangan untuk memahami dugaan ni.

Bersemadilah dengan aman dan tenang wahai mangsa mangsa MH17....
Al-Fatihah.

Semester baru bakal bermula....

Good morning. Hai.

Dua hari bulan Julai, menunjukkan yang cuti semester aku bakal berakhir dalam masa empat hari. Sedih. Tak sanggup nak hadap beban assignment semula, yang dah lama ditinggalkan selama satu bulan lebih. Kalau boleh taknak hadap dah sampai bila bila. Stress, pressure, dealing with assignments and the group members themselves. Ahhhh Semester 4 short sem lagi, ahhhhh sumpah benci gila.

"So, apa je jadi sepanjang cuti kau ni Faiz?"
Hmm not much, aku ada pergi Hari Sukan sekolah lama aku, kumpul semua alumni, reunite dengan kawan kawan lama, it was fun, not bad.

"Takkan tu je? How about your books?"
LOL, to be honest I didn't read those books sangat, The Diary of A Young Girl aku baca sikit, The Fault In Our Stars, pembalut plastik dia pun aku tak bukak lagi. Focus more on World of Warcraft then books lol.

Bila cuti dah nak habis ni aku spend less on games but more on anime, bukan buku ye, anime. WoW aku dah bosan sebab... entah rasa sunyi je main sorang, sebab tu layan anime, for now, aku marathon Fairy Tail daripada episod 1 sampai lah sekarang ni, episod 78, dalam masa empat hari lol. Mungkin aku terlampau bosan ber-imaginasi based on words. Aku rasa seronok bila layan anime ni, aku rasa macam aku lari daripada dunia realiti kejap, then masuk ke dunia yang penuh dengan magic or mahō dalam istilah bahasa Jepun nya. Pastu aku rasa macam dapat imagine benda benda camtu sebelum tidur. Rasa lebih seronok daripada emo sebelum tidur haha.

So umm yeah, basically cuti aku macam tu lah. IC pun tak renew lagi. Rambut dah panjang, kena trim ni.
Harini ini, Ramadan yang ke-3, mula Ahad ni, sambung Ramadan di kolej tersayang, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya. Hmm bukak puasa dengan siapa, sahur pun entah dengan siapa, harap harap roommates baru aku nanti okay je.

*sigh*
Kenapa aku rasa malas sangat nak balik UM ni....

Break for a month.

Hello, jam menunjukkan 3.15 pagi and yes aku tak boleh nak tidur sekarang. Sepatutnya aku plan nak tidur pukul 12 lebih tadi, aku dah mandi air panas siap siap supaya nak tidur tu sedap je tapi dah cuba lelap kan mata, tak boleh pulak. So, aku on lah lappy, aku main World of Warcraft jap sebab rasa bosan tak boleh nak tidur. Aku tak tahu nak buat quest apa sebab Aimi tak boleh on untuk tolong aku, sebab esok dia nak balik PD dah, so aku try lah pergi Duskwood dengan Warlock (Level 32) aku, dengan harapan at least dapat lah rare item untuk Priest (Level 23) aku, and aku target nak dapat, Thunderwood. Satu jam aku cuba, hampeh. Log off.

Okay, tengok lah title, for sure lah post aku ni tentang semester break. Ye, semester break dah lama mula, ini hari ketiga, eh tak, hari keempat aku cuti sem. Cuti sebulan, cuti yang aku dah lama tunggu sejak awal semester dibuka lagi. Mana taknya, cuti Semester Dua lepas, tiga minggu tau, tapi aku cuti satu minggu je sebab lagi dua minggu aku dah korbankan untuk Feseni (which was great!). Buka je Semester Tiga, aku rasa tak puas sangat. Rasa menunggu sangat cuti sem haha. Anyway, Semester Tiga was hectic, chaotic and stressful as fuck. Short semester memang betul betul satu disaster tahu tak?! Walaupun dua subjek je which are Business Research and Management Information System, tapi assignments nya sangat lah membebankan kepala otak. Sampai aku tak tidur semata mata buat assignment, and then pergi kelas terus esok pagi tu. Ini baru Diploma, belum lagi Degree, Master, PhD. Pening kepala I uolls.

Setelah bertarung dengan segala kecelaruan di Semester Tiga, akhirnya tamat juga. Lepas habis je jawab paper Business Research which is the final paper after MIS, rasa macam lega sangat. Rasa macam kau dah tahan ketut daripada pagi sampai petang and akhirnya kau dapat lepaskan juga kentut tu, bahagia kan? Maka secara rasminya tamat sudah first year aku as Diploma student dekat Universiti Malaya. So, secara rasminya juga, tamat lah tempoh penginapan student Diploma di mana mana Kolej Kediaman diorang. But wait, no no no, belum tamat lagi bagi aku. Alhamdulillah, Feseni dah selamatkan aku. Disebabkan aku bergiat dalam Feseni, aku diberi peluang lagi untuk stay di Kolej Kediaman Ketiga, Tuanku Kurshiah sampai habis pengajian. Yes, dapat masuk Feseni 2015 which will be the last time for me to join it. Tapi, bagi kawan aku yang lain, kebanyakannya permohonan diorang ditolak sebab ada yang tak aktif langsung, and ada yang tak cukup aktif. Cuma ada tiga je student Diploma yang tawarannya diluluskan untuk stay di KK3. Lepas ni aku tak sure lah roommate baru aku siapa. Rasa awkward lah pulak bila dapat roommate baru nanti. Tapi aku rasa sedih juga lah dekat kawan kawan aku yang tak dapat stay kolej, lepas ni jumpa dekat kelas je lah. Takde siapa dah nak datang bilik aku pastu sembang sembang dengan aku nanti. And kemungkinan juga bilik aku akan ditukar nanti, daripada first floor mungkin naik ke second, third? Aku tak sure tapi yang penting floor atas semua budak Degree. Kalau dah satu floor dengan budak Degree memang for sure lah aku terperuk dalam bilik je. Sebab... awkward level sejuta rasanya nak bergaul dengan senior. Whatever... let’s see what’s gonna happen bila buka Semester Empat nanti. Oh shit, Semester Empat pun short sem jugak. Ahhhhhhhh apa ni!?

Apa plan aku cuti sem ni? Nope, jangan cakap pasal kerja, PLEASE LAH. Aku taknak kerja, sebab cuti ni aku dah lama tunggu, aku betul betul nak duduk rumah je and rehat and main WoW and baca buku yang dah aku belanja sakan pakai BB1M haritu. Plan aku hmmm... okay nak renew IC aku yang hodoh, yang gambar aku masih lagi Darjah Enam tu lol. Then main WoW and baca buku lah. Buku yang aku target nak baca dalam cuti sem ni is, “The Diary of a Young Girl” and “The Fault in Our Stars”. First book ni aku tengah baca, ia mengisahkan pasal Anne Frank yang hidup dalam zaman pemerintahan Hitler dengan undang undang anti-Yahudi dia tu. Second book pula, aku cuma boleh kata buku tu pasal love story, that’s all. Oh movie buku ni dah nak release dah, dalam bulan June juga lah. So umm yeah itu je lah aku buat dalam cuti sem ni, duduk rumah je. Ada lah keluar lepak sikit, but most of the time duduk rumah je.

Okay aku rasa aku nak pergi tidur sekarang, bye.

Feseni Universiti Malaya 2014

Hai. Assalamualaikum.
Okay actually benda ni dah berlepas tiga hari yang lalu tau. Tapi sekarang ni baru ada idea nak post pasal topik ni. Okay, 29 and 30 Mac, aku baru je perform/compete untuk Feseni UM 2014 dalam kategori Tarian Tradisional and Tarian Kreatif. It was fun, agak nervous, I quite enjoyed it. Aku ingat lagi, dulu aku pernah post pasal betapa stress and tension nya aku bila masuk menari ni (sekarang aku delete dah post tu). Aku tak pernah yakin dengan diri aku sendiri, aku tak pernah rasa motivated and optimisitic langsung bila training. Asyik down je bila tengok senior menari hebat. Yang kita ni practice bukan main susah, tapi menari masih macam cibai. Tapi akhirnya aku berjaya melepasi fasa tu jugak. So, Alhamdulillah, Tarian Tradisional dapat tempat ke-5 dan Tarian Kreatif dapat tempat ke-4. Tak sangka langsung at least dapat tempat, sebab aku menari memang tak expect pun nak menang. Masuk hanya untuk cari pengalaman. Happy jugak lah. Umm okay aku semakin ketandusan idea nak cakap apa lagi ni haa... hmm...

Oh ye, masa training tu banyak sangat ups and downs dia. Aku ingat lagi, bila kena marah dengan senior, kena marah dengan choreographer, rasa macam nak melalak kat situ jugak. Ada pernah sekali ni, aku tak mampu tahan sangat emosi aku bila kena marah dengan senior, aku cabut lari pergi toilet, pastu menangis dalam tu, agak lama jugak lah. Tapi segala teguran, segala marah tu lah yang menguatkan aku, memperbaiki skill tarian aku. So, it was the best experience ever. InsyaAllah kalau takde apa apa masalah, next year boleh kot try masuk lagi. Okbye.

Poster Feseni 2013/2014.

Selepas selesai rehearsal Tarian Tradisional.

Karya Kurshiah Dancers in action!

That's me, paling kiri sekali in the picture!

Us, performing Zapin Sebat.

Kostum untuk kategori Tarian Tradisional, kitorang perform
Zapin Sebat dan Tarian Asli Sarawak.

Us performing Tarian Gamelan.

Kostum kitorang untuk Tarian Gamelan bagi kategori Tarian Kreatif.

Here's the video.
Zapin Ros Kalas & Asli Sarawak
Tarian Gamelan

Semester break!

Hey goiiiss! Yes, finally the moment that i've been waiting for, semester break! Finally i can relax for two weeks, without worrying about anything, assignments or whatsoever except the Semester 1's final exam result. Okay, final exam was... hard and stressful as fuck. Especially Accounts paper which was on 28 October (two days ago). I don't even know what have i done, what i have answered, just hoping for the best. Hopefully the result won't be too unacceptable? Or i'd might kill myself lol.

Okay so you know what will i do during this semester break? WoW of course, omg yes finally. I've been longing to play the games ahhh, oh did i tell you guys that i am back on WoW? LOL apparently i can't control myself, the urge to play the games so yeah i made a 'great' decision i think.

Kay that's all just ignore this post okay, i'm currently having a fever so my English is kinda terrible right now. Well my English is already terrible it's just now it's more terrible since my brain can't function well due to the omg kay enough stop bye.

xx

The University Life

Hard. Hectic. Tiring. Loads of assignments. Task. Not enough sleep. Eyebag.
I still can't find and feel the 'fun' of it bye.

Well i didn't expect this to happen...

Aloha Sprinklerinos! (Louise's tagline tho)
Hello everyone, you guys remember tak i told you i'll be off to Kolej Professional MARA Indera Mahkota, Pahang this 3rd July, and i told you all the bits and bops of what i'm gonna do there, what's so special about it, what course i'm gonna take there and bla bla bla. Well, NOT ANYMORE. I should have update this long time ago but i was so lazy so i decided to umm tangguh? Yes, well, ummm okay, at 5th June, i went to Klinik Kesihatan Sungai Buloh to do some medical check ups for KPM. But balik je dari check up tu i received a message from Universiti Malaya, saying that my permohonan tu study there telah diluluskan. Well at first i was like WHOOAAAAA hold on hold on, WHAAAT?! Yes, i applied for Business Management dekat sana, just as a backup plan je. Tak tahu pulak boleh dapat. So i told my parents and they were like happy semua, and yes they told me to ambil UM instead of KPM. At first i was like in dilemma to choose whether to take English as Communication (KPM) or Business Management (UM) so i asked my friends, minta pendapat and they told me to prefer UM 'cause UM is the top 1 University in Malaysia and 33 in Asia ahaks.  So UM is more costly than KPM but my parents nak sangat so ikut je lah, lagipun dekat je, dekat KL so weekend senang balik hehe. Lagipun diorang kata nanti kalau dekat Pahang apa apa jadi susah sikit, and nak pergi sana kena spend money yang agak banyak so okay yes i chose UM over KPM. It's okay, i'll try my best untuk mencintai course Business hehe. Oh yeah, i'll be off to UM this 6th July which is this Saturday, if KPM esok dah pergi. So yeaay i'm so excited, i'm hoping for the best, wish me luck! ;)
Barang semua dah beli dah, now tinggal packing je. Oh yes, i'm gonna spend 2 years there instead of 3 years dekat KPM. So, much faster lah tempoh belajar weeee.

Boiii xx.

There you go, surat tawaran.

P/S: By the way, yes i do have geng dekat sana which is my own neighbours/friends since kecil, and they are Fatin and Asya. Yeaay, Fatin ambil Human Resource Management while Asya sama course dengan aku. Isn't it exciting?! Kenal dari kecik, sekolah sama, membesar bersama, belajar dekat Uni pun sama sama weee.

A little catch up.

Well, hello everyone. How are you doing? Fine, great? Okay, lovely. Well, i don't really know what kind of topic should i talk about 'cause there's nothing great much happened to me lately. Ummm, oh yeah, Insyaallah i'll be furthering my studies in KPM (Kolej Professional MARA) at Pahang. I know it's kinda far, but yeah better travel far for studies than nothing. Oh TESL? Forget about it, UPU didn't accept my permohonan and most of my friends also tak dapat jugak so i can say the odds aren't really in our favor. It's okay though, actually KPM ni just as a backup plan je, in case tak dapat UPU. But it turned up okay pulak, dapat course bagus. Okay, IPTS yep, mahal? Nope, not really, if you study hard. What do i mean by that? Well, masuk KPM ni pretty much boleh jimat duit, boleh tak jimat pun ada. First, diorang kinda tanggung kau tau, dapat biasiswa and stuff, plus elaun bulanan which is kinda okay. BUT, yep there must be the buts, rules and conditions you have to follow, since diorang dah tanggung engkau, kau kena dapat pointer cantik punya, if you don't, well bayar balik ah! Amboi, orang dah tanggung taknak belajar betul betul pulak. And, this is a really golden opportunity sebab tak ramai dapat, only a few yang lucky je dapat wee. So.. yeah, study hard, get good pointers, Insyaallah boleh further up to luar negara, well, for me, UK of course, i've always wanted to go to Europe. But from what i selalu perhatikan, most of DEC seniors, semua pergi New Zealand. Hmmm okay then, if dapat pergi New Zealand pun okay jugak, at least luar negara, at least kau merasa belajar di negeri orang. Umm yeah, since KPM only offer Diploma, Degree tu you have to ambil dekat IPTA biasa lah. I think it's okay lah kot. Oh yeah, forgot to tell you what course i'm gonna take, well i'm gonna take DEC or Diploma in English Communication. Well, i prefer this one than TESL. Why? Because to me, TESL is more to teaching, you know your chance to be a teacher tu besar tau, especially lelaki 'cause you know there aren't many male teachers out there so aku taknak lah pulak jadi cikgu one day, eventhough it's an honorable job. It's just really not my cup of tea. Umm DEC ni dia ada learn sikit IT in it, marketing, business and macam macam lagi lah so i think career path in taking DEC ni lagi luas kot. Most of my friends ada continue Form 6, ada yang masuk college but not under MARA, and yeah semua dah berpecah lah. Apa lagi haaa, yeah i did mohon dekat Universiti Malaya untuk ambil course Business (I don't want to but my mom forced me to -__-") and i think tak dapat kot, it's okay then. Umm, and my mom just now suruh buat rayuan for Politeknik pulak, dia kata maybe dapat course okay ke, okay i'm gonna buat rayuan, ikut je lah cakap dia. But IF, dapat course yang tak best, well memang aku tolak. I kinda hate my mom for not understanding me tau, dia kata if dapat Poli dekat, mudah lah sikit nak ambil/hantar ke apa. I was like what the fuck, what's the point of dapat tempat dekat tapi ambil course yang kau sendiri tak minat? Ugh. I really hope dapat KPM now. That's all guys.


P/S: Apart from depressing and all the self hating, i think i'm fine for now bye you don't really have to read this actually but yeah whatevs.

2013. Still nothing special so far.

Hello peeps. Omg lama gila aku dah tak post dekat sini kan. Dah 2013, dah lepas New Year, dah lepas kerja, pun still tak post apa apa jugak. Well, now i got free time to post, soooo here we go. Okay 2013. So far, nothing special. It's really a bad start actually. First, kawan semua dah kerja... So, disebabkan nak duit, aku join Bella kerja Popular. Mula mula, it was okay, the kerja was not that hard, first week sakit kaki, that's really normal. Then bila dah second week, semua jadi macam shit. Not gonna tell ya what it is, but serious macam shit. So bertahan kerja kat situ dalam sebulan je. Then ca alif but. Ummm, so here i am, menganggur menanam anggur. Ha ha ha ~
Duduk rumah tak buat apa pun, but seronok jugak lah sebab at least bahagia sebentar, dari gangguan emosi segala yang ada haha. Kawan kawan pulak semua dah busy, semua dah buat hal masing masing, soooo hilang ke-akrab-an tu. Rindu kawan actually. Semua dah pergi situ sana kan, susah nak menggila semua. Yep, bersendiriaaaan lah jawabnya.
Apa lagi nak cerita, yeaaaaah 21 March 2013. Result SPM keluar. Takut? Tak takut, takut, tak takut entah lah. Tunggu dan lihat. UPU dah isi, PLKN bulan 8. Err apa mengarut ni hmmm. That's all. Bye.

What am i doing now?

Assalamualaikum, well hello? Check out your calendar peeps, it's 21.12.2012. End of the world? Nahhhh, what an epic fail dear Mayans. Okay, latest news about me? SPM is over, i am no longer a high chool-er, and i'll be 18 next year. Finally, an ultimate freedom. I can watch any movies that i like. So i just wanna tell you guys, errr i mean to those who can read this post lah... errr takde siapa pun tahu blog aku soooo takpe cakap je lah sorang sorang. Okay, it's 3am and aku tetiba bosan... and 'lil bit emo actually, so idea nak post a new post tu banyak. So i just wanna tell you guys apa yang aku buat setakat ni. Maklum lah, dah graduate, dah free dari sekolah kan. Okay, aku tak buat apa pun cuti, it's really a boring holiday for me. Bangun tidur, makan, online, tengok tv, tidur something like that lah. PLKN? I haven't receive any news or letters from them... yet! Dah check kat website, takde pape pun. I'm just hoping that they will put me in Group 1 lah. Cuti ni tak kerja, duduk rumah je lah. Keluar rumah pun jarang. Kerja nanti bulan 1 lah kot, next year. Dengan kawan kawan pulak dah macam renggang sikit sebab dah jarang jumpa kan. So yeah, that's all i can tell for now. Bye.

Eyyyy PLKN :|

Assalamualaikum everyone. Okay sihat tak ni? Alhamdulillah kalau anda semua sihat. Saya? Oh entahlah. Okay lama dah tak update blog, al maklum lah dah tak berapa pandai sangat nak share cerita. Hahaha iyo lah tu kan, hmm haha kay kay lek lek. Okay check calendar jap, wahh dah 1 Ogos lah. Kejapnya masa berlalu, rasa macam baru semalam je celebrate New Year dengan kawan kawan. Okay lolololololo apa apa je lah. Just wanna inform you guys. Haaa ni haaa, nampak tak aku dapat masuk apa ni? Cer tengok! :

'Congrats' Muhammad Faiz!

Haaa, nampak tak permainan dia macam mana? Haaa entahlah. Tak boleh nak kata apa. Hanya mampu tunggu dah lihat sahaja. Harap harap penempatan dia tu tak lah jauh. Sabah, Sarawak? No no no. Harap harap kat sana aku okay okay je lah. AMIN.

The Last Day of 2011 :)

Hello everyone! And Happy New Year. Say hello to 2012. Okay today aku nak cerita about my Last Day of 2011. Yeah, time flies so fast. Kejap je aku dah jadi 17. Goodbye 2011 and 16! Okay camni, aku tak pernah nak plan pon nak celebrate New Year until Helmy told me that ada event yang gempak dekat The Strand Kota Damansara. I was like, what's the name of the event and what's so special about it? The name is Mystical Eve and Helmy kata, ada Shawn Lee and Dennis Lau. Diorang gonna perform on that day lah. Whoaa, cool! Why not kita join that event kan.

Then, Helmy terlampau excited nak jumpa his idol, which is Shawn Lee the Malaysian Beatboxer. Dia asyik tweet je dengan Shawn Lee, itu lah ini lah. Eh? Excited nampak :P
So, kitorang pon pergi lah itu event, Aqil and Aqilah pon join sekali 'cause diorang kata ada Mizz Nina, Reza Salleh, Najwa Mahiaddin and manymore, i couldn't remember lah guest yang lain siapa. So, 5pm kitorang pergi. Cehh, early birds ah ni :D
Sampai je dekat sana, we saw Mizz Nina, and Aqil, Aqilah was like, excited gilaa, jerit semua sebab nampak dia. Yeah, diorang minat Mizz Nina, what can i say kan. Diorang tengok je Mizz Nina tu, puji puji dia semua. Aku and Helmy relax je.

Okay it's 7pm and the event pon dah start, masa opening, Reza Salleh yang perform dulu. Gilaa lah, his voice awesome, lagu dia sedap. Then, turn Najwa Mahiaddin pulak perform. Whoaaa, her voice memang gila gempak! Habis je dia perform, Mizz Nina datang. OMG! Dia memang cool. Lagu dia semua buat kitorang dance and jump and scream and blah blah blah. Aqil and Aqilah is damn lucky sebab Mizz Nina bagi mic dekat diorang. Woooooo! xD

Then, Shawn Lee punya turn pulak. OMFG! He's awesome, his beatbox was so gempaaaaaak! Helmy excited tak ingat dunia, hahaha. Mula mula, ada speaker problem so beatbox dia doesn't sounds right lah. After dia tukar mic, HEBAT terus! Then dia collaborate with Dennis Lau. Helmy introduced him to me. Masa dulu aku takde lah minat sangat dengan dia, but after dia perform, what can i say man, HE'S AWESOME and I'M IN LOVE WITH HIS ELECTRIC VIOLIN!!! xD

Paling hebat moment is when Helmy dapat handshake dengan Shawn Lee and Dennis Lau, only Helmy je yang dapat. See? Lucky gila rite? Yeah i know. Habis je performance tu, kitorang semua nak balik dah, tired already. Masa nak balik tu, we saw Shawn Lee nak balik jugak, Helmy pon terus pergi dekat dia, nak mintak tangkap gambar but too bad dia kena rush to Cyberview. So tak boleh, dia kata next time lah. Tiba tiba, aku dapat tahu yang tweet aku pasal Mystical Eve, keluar dekat big screen, WHOAAA!! Aqil pon sama jugak! Aku pon Hi-5 lah dengan dia. Semua happy, semua lucky. Masa otw home, Dennis Lau RT my tweets + mention and same goes to Shawn Lee lah. Helmy pon dapat jugak. Hebat tak? Yeah i know :P

Pastu, aku sleepover rumah Helmy sebab dia kata nak suruh upload video yang aku record on that event lah. That's all. So yeah, it's the best day ever in 2011! xD

Mont' Kiara International School Dance Fanatics 2011

Yoooooooo! Hello everyone and yeah, it's already December now. Aku rasa still sempat lagi nak say, HELLO DECEMBER! Hahahaha, yeah nampaknya 2011 dah nak habis. Hadoi, kejap je doh nak 2012 plus next year SPM! Madafaka -.-

Okay okay, aku bukannya nak cerita pasal 2011, 2012 and semua tu. Aku nak cerita pasal Dance Fanatics 2011 dekat MKIS! Yeah, mula mula aku dapat tahu benda ni dari Atikah Saifudin lah. Dia ada cerita kat aku yang Aqilah Aida ada buat persembahan kat sekolah dia. Aku pon macam, whoaaa mesti gempak. Then, tak lama kemudian, Atikah ajak aku teman dia, aku pon macam excited lah! Okay, sebelum pergi sekolah Aqilah tu, dia kata suruh tunggu dia kat Mcdonald Kota Damansara dulu. Dia suruh tunggu pukul 4, nanti dia datang. Aku pon ingat nak gerak Mcd dalam pukul 2. Sebab haritu aku nak belanja Atikah double cheese burger + lepak lama sikit :P

Okay, masa haritu aku tak tidur. Sebab tak boleh nak tidur + tak ngantuk. So, aku berjaga je lah sampai ke pagi. Aku dengan adik aku pulak tu sama sama berjaga sebab sama sama tak ngantuk. Haha, masa pagi tu aku ingat nak jogging dengan adik aku tapi tengok tengok, cancel sebab malas! Hahaha, pagi pagi tu aku and adik aku gerak ah ke kedai nak beli nasi lemak. Aku beli dua pulak sebab lapar gila. Okay balik rumah, tibai sampai perut kembung and bla bla bla. Berjaga lah sampai pukul 9, masa tu baring baring kat katil. Last last, terlelap pulak sampai pukul 2! WTF!!? Aku dah lambat ni nak pergi Mcd. Terus rush ke bilik air, mandi siap semua. Sampai Mcd pukul 2.50 pm. Fuuuh, sempat lagi Mcvalue Lunch ni, orang pon tak ramai. Dah order semua aku pon tunggu lah si Atikah. Tunggu punya tunggu, Helmy pulak yang sampai sebab Aqilah ajak dia sekali. So, aku lepak je lah dengan dia. Tunggu jugak si Atikah ni, mana dia. Tiba tiba dia call, dia kata, "You i sampai Mcd pukul 4 tau?" and bla bla bla. Lahai, sampai pukul 4 pulak. Aku pon tunggu lah sampai Fries dia pon dah sejuk and lembik. Terserempak pulak dengan Erwansha, Izyan and Fatiha dekat Mcd ada lah sikit borak dengan diorang. Okay, dalam pukul 4, Aqilah pon sampai dengan kawan dia sekali, Dini Danial and Shafiq Azri. Tapi yang peliknya, Atikah ni tak sampai sampai jugak. Hadoi, tunggu punya tunggu, sampai jugak. Aku ambil dia kat luar, ajak dia makan double cheese burger dia. Habis makan baru gerak kat sekolah Aqilah. Kena naik cab lah! Aqilah baik ah, dia bayar kan tambang cab. Thanks! :D

Sampai kat sekolah, Aqilah terus cakap, "Guys, English please!", aku pon macam, okay get ready lah nak speaking lepas ni. Masuk masuk je, student situ pandang kitorang semua. Aku pon macam, buat cool je. Then, Aqilah bawak kitorang jalan jalan kat sekolah dia. Seriously aku cakap, sekolah dia gila awesome! Hahaha, student pon lawa lawa, okay gatal jap. Cehhh! Okay, pastu Aqilah and Atikah ni dahaga lah pulak, diorang pon pergi stop dekat satu vending machine. Aku and Helmy pergi toilet, ada business kejap. Hahaha, keluar je dari toilet, Atikah and Aqilah tu menjerit jerit happy semacam. Aku pon tanya lah kenapa kan, then diorang masukkan duit and tekan tekan semua, pastu vending machine tu pon menjalankan tugasnya! Aku tengok pon macam, gila awesome style vending machine. Hahaha, batak kejap :P

Okay sudah sudah lah dengan batak tu, hahaha. Pastu, Aqilah suruh duduk dekat kantin, 'cause dia ada meeting untuk perfomance malam tu. Kitorang pon tunggu lah dari pukul 5 pm sampai 6.30 pm. Masa menunggu tu gila bosan lah. Aku ajak lah Helmy and Atikah jalan jalan kat sekolah. Well, memang gempak lah! Tengok tu, tengok ni, bercerita lagi dengan si Atikah. Pasal kucing lah, pasal hantu lah, hahahaha.

Sampai lah pukul 6.30 tunggu, Aqilah pon datang, dengan bau perfume dia, bau hairspray dia, makeup dia lagi. Aqilah pon kata, suruh tunggu lagi 30 minit, sebab dia start pukul 7.00 pm. Tunggu je lah sambil tangkap gambar semua. Tepat pukul 7.00 pm, semua gerak ke satu tempat ni, macam Theater lah. Aku, Helmy and Atikah dapat duduk tempat second paling depan. Untung laaaah! Persembahan tu pon start, pehhh! Opening dia gila gempak! Dia punya themes macam creepy creepy sikit. Antara nama persembahan dia is:

- The West and East Side
- Dance Fanatics
- Ba Dag E-A K-Pop inspired dance
- Jazzway - A Broadway Jazz Dance
- The Victim
- Mambo Jambo
- Breathe Me
- Sacudiendo las Caderas
- Alter Ego
- My Reflection
- Bale Afro
- Hopeless Love
- Cats
- The Oceania Project

Fuuuuuuh, banyak kan? Tapi best ohh! Semua menari gempak gila! Belly dance ada, KPOP inspired dance ada and macam macam lagi. Habis je persembahan, semua balik. Masa balik tu, ada kawan Aqilah, her name is Kate Ngooi. Pehhh! Gila lawa tapi kesian kat dia, kaki dia injured. Yang lucky nya, Shafiq and Helmy dapat tangkap gambar dengan dia. Aku pon nak join, tapi malu ah doh. So tak join lah, padahal dalam hati rasa jealous dengan dua mamat ni. Haaaaaih -.-

Tiba tiba, Aqilah kata mom dia tinggalkan dia. And dia tak ingat dia letak duit dia kat mana sebab dia nak support Aku, Helmy and Atikah balik naik cab. Aku pon cuak lah, dah lah ada rm5 je dalam wallet. So kitorang decide untuk share share je lah duit naik cab. Nasib baik cukup! Masa balik tu, semua kumpul dekat Mcd lah, tunggu parents masing masing. Aku tunggu ayah Helmy nak ambik pukul 10 lebih. Gila lah, masa tunggu tu sejuk tak terkata, menggigil satu badan. Atikah, Aqilah, Dini and Shafiq semua dah balik. And finally, ayah Helmy sampai tapi this time dengan kereta kawan ayah dia. Aku pon jadi takut nak tumpang. Ye lah, naik kereta ayah dia pon aku rasa seram, ni kan pulak naik kereta KAWAN ayah dia. Helmy kata, naik je. Masuk masuk je, okay sejuk gilaaaaaaaaaaaa! Menggigil! Helmy pon cakap, "Masa aku kerja Metrojaya lagi sejuk!". Okay Helmy, aku faham penderitaan kau :P

Kawan ayah dia hantar sampai ke rumah Helmy, aku pon turun then aku cakap lah, takpe lah aku balik jalan kaki je lah. Helmy kata takpe, tumpang je. Aku pon join je lah, bapak dia hantar sampai ke rumah aku. Turun dari kereta, aku terus lari nak bagi badan panas sikit, sebab satu badan aku still sejuk kott. Sampai sampai rumah je, online kejap, then terus TIDUR! :D

- THE END OF THE STORY -