Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

The Journey Begins: Kanazawa Daigaku @ Kindai

Assalamualaikum. OK, after weeks of procrastinating, now baru ada mood nak create new posting. Kikiki, gomen ne! While waiting for my Aztec Clay Mask to dry, sempat lah kot nak cerita sikit pasal my journey so far belajar kat Nihon ni. K jom!

Baik lah, harini genap minggu ketiga aku dekat sini. Let me try my best untuk cerita detik-detik nak datang ke sini hihi. Kita mulakan dengan cerita arrival dia dulu. 25 September, 7AM gurai aku dah sampai di Narita Airport. My flight was uncomfortable. I couldn't sleep well sebab runny nose oleh kerana AC yang strong. Aku memang jenis tak tahan sangat dengan AC ni. Jadinya bila dah sampai dekat Narita Airport tu memang penat and barai. But journey dia belum habis lagi. I still need to transit to Haneda Airport. So, bila dah sorang sorang ni aku jadi anxious af. I queued lah untuk go through immigration procedure but suddenly officers tahan aku kejap. Plus other students with Visa. Aku macam pening dah apa tengah jadi time tu. So I waited for 30 minutes baru lah officers panggil then tangkap gambar apa semua bla bla bla and ada this one time aku f*cked up sikit. Masa tu officer tanya pasal arubaito/part-time job tapi sebab kan aku ni dah barai sangat time tu, Nihongo memang terus ke laut. Officer tu tanya,

「アルバイトしたいんですか?」Ada nak buat part time job ke?

Tapi disebabkan aku tengah blur time tu, aku pergi jawab,

「ないです。」Takde. (Salah penggunaan ayat aku actually, takde yang aku sebut ni lebih merujuk kepada kewujudan sesuatu benda. Should have replied, したくないです instead which means, taknak.)

Jawab pun tak betul dah jadinya. Dah spoil satu benda kat situ sebab if aku nak buat arubaito/part-time job, aku kena isi this one borang so that diorang boleh bagi card ke dokumen apa entah untuk aku buat arubaito, in case if I wanted to lah. But time tu dah panik sangat, aku jawab je taknak. Later if aku nak arubaito ke, mendokusai sikit sebab kena gi jauh daripada Kanazawa untuk settle this stuff. So dah lepas immigration, terus rush untuk retrieve my luggages. Disebabkan transit aku ni dua airlines yang berbeza, aku kena retrieve luggages aku and check-in sekali lagi dekat Haneda Airport nanti. Aku pun pergi lah ke kaunter tiket bas and beli lah tiket harga dia dalam 3000円. Jam 0845, bas sampai and aku gerak ke Haneda Airport. Satu jam lebih je from Narita to Haneda. Sampai Haneda aku dah relax sikit tapi perut lapar gila. Aku pun jenjalan lah sekitar airport, saje nak tengok airport dia macam mana. Masa di Narita, aku takde masa nak jenjalan sebab takut leka then jadi lambat pula naik bas ke Haneda. Di Haneda Airport, airport dia agak simple dan mudah nak faham. Tak pening kepala. Ada juga usya makanan, snacks but in the end aku beli air Fanta perisa Peach je kat vending machine huhu. Next flight pula ke Komatsu Airport pada pukul 1300 so dalam 1200 tu aku dah pergi kaunter nak check-in. Selesai check-in, dalam pukul 1230 aku get ready nak boarding. Then pukul 1400, aku sampai di Komatsu Airport.

OK kat sini ada berita baik sikit nak cerita. Sebelum aku fly ke sini, aku dah contact siap siap dah dengan komuniti pelajar di Kanazawa. How? First aku tanya my UM bestfriend, Shamin sebab kebetulan kawan dia tu bekas pelajar Ambang Asuhan Jepun yang sekarang tengah belajar di Saitama Daigaku @ Saidai. Kawan kepada kawan Shamin ni pula bagi aku contact dengan kawan dia yang belajar di Kindai. Other than that, Chihiro; my Japanese friend yang pernah satu kelas and satu group assignment masa dia buat exchange program kat UM, share juga contact kawan dia yang belajar di Kindai. So sebelum datang sini, aku dah kenal dua orang pelajar Malaysia di Kanazawa. Jadinya, diorang dah ready nak tolong pick-up aku from airport and bawa ke Kindai. Alhamdulillah, aku tak perlu pergi sendiri ke Kindai by public transport. Kindai ada bagi dua pilihan sebenarnya untuk naik chartered bus, sama ada daripada Kansai Airport atau Komatsu Airport. From Kansai Airport was too expensive, and Komatsu Airport pula bertolak dalam pukul 1430 so aku risau aku tak sempat kejar. So bila sampai di Komatsu Airport, aku agak cuak sebab WiFi airport dia tak boleh diharap. Haa pulokkk dah acano aku nak contact diorang ni haa. Tapi kebetulan as soon as aku keluar je daripada airport, nampak muka diorang. Diorang pun drove me to Kindai. Ada singgah konbini sat untuk beli makanan sebab aku lapar yang amat.

Setibanya di Kindai, specifically dekat dorm/ryou, aku terus disapa dengan Nihonjin untuk diorang explain pasal registration. Ryou aku ni total penghuni dia 8 orang termasuk 2 resident advisor Nihonjin. Masa ni, aku sangat barai. Pelajar Malaysia ada lah sekali dengan aku, jadi translator. Sangat helpful sebab Nihonjin ni depa tibai explain rules and regulation and whatnot in Nihongo. Punya sakit kepala aku nak faham. Dia bawa lah ke tempat pembuangan sampah sebab dekat Nihon, pengasingan sampah tu sangat penting. Ada hari hari tertentu untuk buang sampah. For instance, sampah boleh dibakar atau moeyasu gomi seperti kertas, sisa makanan tu dibuang setiap hari Khamis dan Ahad. Tapi sampah akan dikutip pukul 0800, so better dibuang malam sebelum tu, unless kau rajin nak bangun pagi pergi buang sampah lol. Yang penting setiap rumah masing masing ada empat tong sampah and kau kena asingkan sampah ikut jenis jenis tertentu. Kalau tak asing, punishable by law ye. Sangat strict, tapi for a reason! Dah selesai dengan pengenalan kat ryou ni, budak Malaysia pun tanya lah if aku nak beli any barang keperluan tak. I said yes so aku terus gerak ke rumah sewa diorang then after that pergi ke AEON yang berdekatan. Selesai ber-kaimonosuru/shopping dengan diorang ni, balik semula ke rumah sewa diorang. Diorang pun masak lah, and ada juga pelajar Malaysia lain yang datang so berkenal-kenalan lah. Seronok, rasa dialu-alukan gittchew. Tapi aku tak makan sangat sebab gastrik dah menyerang. Mana taknya, last aku makan dalam pukul 0400 kot, tu pun dalam flight, sarapan Nasi Lemak. So aku makan sikit je then dalam pukul 2100, diorang hantar lah aku balik ke ryou. Ada juga diorang bagi aku cooking utensils sebab better guna asing lah especially if ada housemates yang masak butaniku/daging babi. Takut tercampur pula nanti haa. Sampai je kat ryou aku tengok dekat living room je dah ramai orang ada, aku greet lah semua, sempat jikoshoukai sikit. Masuk je bilik, aku rasa penat ya rabbbbbbb. It was a loooooong day. Tapi tak boleh tidur lagi sebab aku kena unpack semua barang aku and pasang cadar apa semua THEN study untuk Nihongo placement test esok paginya. Selesai unpack, kemas bilik, pergi mandi and study. But  pukul 0230 gurai aku give up, terus tidur.

Esok pagi 26 September tu aku bangun awal, dalam pukul 0630 sebab bilik aku dah cerah. Di Nihon pukul 0600 tu dah cerah ye and pukul 1700 dah start gelap. Bila dah siap aku turun bawah ke living room and berkenal-kenalan dengan housemates aku, only some of them lah. This time proper punya. Lepas tu aku gerak sekali dengan diorang ke placement test. Hari yang lain selepas tu bermula lah program orientasi. One word to describe, MEMENINGKAN. In my opinion, Nihon ni kalau nak melancong, okay lah best. Tapi kalau nak menetap sementara/terus kat sini, haaa bersedia lah dengan procedures dia yang macam-macam. Even sekarang dah minggu ketiga pun ada lagi benda aku tak settle. Masa orientasi, berlambak files diorang bagi. Banyak gila kertas aku dapat tapi rasa macam lowkey justified lah sebab diorang recycle. So aku kena settle benda macam exemption from National Pension, National Health Insurance, tempah Hanko untuk official purposes (depa tak sign, depa pakai benda ni untuk stamp dekat document), and banyak lagi yang aku malas nak senaraikan. Sangat rumit, dan leceh. Tapi sekarang ni aku dah settle most of them lah. Tentang hari orientasi dia, sangat berbeza ye dibandingkan dengan di UM. No cheers cikaboom bagai tu (although I do admit that it was actually fun), disini lebih kepada Life Orientation. Banyak lecture, contohnya macam pasal security issues. Polis sendiri akan datang bagi talk. Pasal disaster issues, orang yang specialised in that field sendiri akan bagi talk. But zenbu Nihongo de lah ye, semuanya dalam Bahasa Jepun. Tapi ada lah diorang bagi documents pasal related stuff in English. Overall, it was okay. Agak senyap lah. Tapi ini perspektif aku sebagai pelajar antarabangsa, tak tahu lah pelajar tempatan punya orientasi dia macam mana.

Weather? Sejuk. Berangin. Selalu hujan. Memang betul lah ada this one video tentang Kanazawa, dia bagitahu yang kalau pergi ke Kanazawa jangan pernah lupa bawa payung sebab sini memang humid dan sejuk. Sekarang baru musim luruh/aki ye tapi waktu pagi tu suhu boleh cecah 9°C atau 10°C. Kulit sampai kering, bibir merekah. Ni baru aki, aku tak tahu lah musim sejuk/fuyu nanti macam mana. Last year je salji was exceptionally thick sampai daigaku kena tutup dua hari. Bertabah lah dear self masa fuyu nanti. Benda lain yang penting juga adalah silica gel. Kasut aku jadi lembap and bila lembap lebih senang nak berbau so I put silica gel inside untuk at least serap lah kelembapan tu. Boleh order through online, sini beli dekat Amazon je.

So macam mana life disini so far? Hmm, aku happy lah dapat masuk daigaku ni. Sebabkan daigaku ni kokuritsu/universiti awam, banyak komuniti pelajar Malaysia kat sini sebab most of them tajaan JPA and JPA usually taja pelajar ke kokuritsu. Yang aku kenal so far lepasan Institut Bahasa Teikyo, Ambang Asuhan Jepun. Ada juga kenal pelajar tahap Sarjana. Diorang sangat baik, willing to help and guide. Ada juga haritu pergi majlis doa selamat sebab ada this one rakyat Malaysia baru pindah kat sini so dia ajak lah kitorang pergi rumah dia. Baca Yasin, and dapat juga lah merasa makanan Malaysia. Satay, sambal, and all. Sense of community tu strong. In terms of kelas pula, agak busy especially kelas Nihongo. Di UM kelas Nihongo dua kali seminggu je. But here kelas aku 7 kali seminggu sebab aku diletakkan di Pre-Intermediate class, and it's an intensive class. Sangat banyak shukudai dia tapi I'll work hard for it and make sure next semester aku boleh masuk Intermediate class.

Tapi aku suka cara schedule waktu kelas disini. Waktu kelas terbahagi pada 6 periods. Lebih kurang sama macam waktu kelas masa SMK dulu. Kelas paling awal pukul 0845, paling lambat pukul 1800. 1015-1030 waktu breakfast or coffee break, lunch hour pukul 1200-1300. Sangat bagus actually sebab kau tak perlu risau bila nak makan. Unlike in Malaysia, kalau kelas kau pack nak mati tanpa gap on that day, haa terpaksa lah kau berlapar. Last semester aku macam tu lah, by the time kelas ketiga yang berturut-turut, aku dah lemau. Yang penting waktu makan tu ada lah. Sini if kelas pukul 0845 and aku tak sempat breakfast sebelum tu, aku sempat makan pukul 1015. Untuk kelas yang bermula pukul 1030 pula, kadang sempat breakfast kadang tak. If tak sempat pun, pukul 1200 boleh terus lunch. Tentang makanan, ada cafe kat sini yang sediakan makanan Halal. So tak ada masalah, but kalau boleh masak sendiri lah ye. Jimat duit sikit. Nak masak ni hmmm... aku akan cuba ye. Nak taknak kena belajar juga! Makanan from home pun banyak dah habis so, no choice. Housemates total 6 orang. From Taiwan, Pakistan, Indonesia, Vietnam, and Japan of course. Semua satu kepala dengan aku and I'm so glad for that.

So far itu je kot yang aku nak cerita for now. At least that's what I can think of as now lah, dah procrastinate sangat sampai hilang ideas hahaha.

Second day in Kanazawa Daigaku, sangat suka lalu di
Acanthus Bridge ni ke kelas sebab view dia cantik!

Ryuugakusei intake Fall 2018.

Welcoming Party in my dorm, Sakigake.

Me at Kenrokuen Garden.


In Kanazawa Castle.

Masa majlis doa selamat the other day.

Fefeeling squad with other international students.

P/S: Aku sangat bersyukur dapat peluang untuk merasa belajar di luar negara. Keluar daripada zon selesa. Aku ingat lagi, masa umur 20. Masa tu aku betul-betul bertungkus lumus untuk apply belajar luar negara. Final year Diploma time tu. Aku research negara mana aku berminat nak sambung belajar. 3 countries caught my attention waktu tu; Japan, United Kingdom, dan Australia. I even contacted Malaysian students yang belajar di Jepun untuk tanya stuff like courses, how to sambung belajar disana and all. But waktu tu aku rasa kecewa sebab most of them are diligent students so biasanya ke Jepun ni under JPA. I wasn't smart enough untuk ditaja oleh JPA plus JPA biasanya taja students untuk aliran Sains but Sastera, rasanya tak kot. I was like tak apa lah, mungkin tiada rezeki. Other than that, I did get the offer to study BA Communication in University of Queensland, Australia and BA Business and Marketing in University of Lincoln, United Kingdom. But aku tak dapat cari biasiswa so in the end I had to decline those offers. Sedih sangat masa tu, especially bila mengenangkan penat lelah aku ulang-alik from UM to IDP Subang Jaya on my own untuk submit documents and all. But hey here I am now, in Japan. Walaupun bukan sebagai full-time student, but this is better than nothing. I feel so lucky, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment