Faiz. Penutur bahasa rojak profesional. Used to be an introvert, but now slowly becoming an ambivert.

Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya.

ハロー ヽ(・∀・)ノ
I’m currently enjoying my semester break which is going to end in about two weeks. Next week, 3rd of September, Freshies UM akan mula menghadap Minggu Haluansiswa, all the best lah untuk korang hahaha. To my friends yang jadi Pemudahcara Mahasiswa, jaga freshies kita baik-baik eh, takmo lah terlampau taksub dengan senioriti. Jangan terikut-ikut dengan satu IPTA tu yang duk buli freshies, kita student UM tak main lah nak buat benda-benda camtu LOL. Kepada Freshies UM, especially freshies from Jabatan Pengajian Asia Timur, ようこそ!Welcome!

Alright, memandangkan sekarang ni season new intake untuk pelajar Sarjana Muda/Bachelor's Degree/Undergraduate untuk seluruh IPTA di Malaysia, aku saje lah nak buat post ni untuk berikan sedikit penerangan tentang course yang aku tengah study dekat UM ni iaitu Pengajian Asia Timur ataupun East Asian Studies. Patutnya aku post ni awal-awal lagi so that freshies boleh read post aku ni untuk earn extra informations hahaha. Sorry, ごめんね!Alhamdulillah, cukup dah setahun aku study kat UM as an undergraduate student. Haritu ada buat post pasal Semester 1, tapi Semester 2 tak pun sebab time tu malas, and bila dah procrastinate, ideas semua dah hilang hahaha.

OK, apa itu Pengajian Asia Timur?


  1. Pengajian Asia Timur ni adalah pengajian wilayah, dibawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (Arts and Social Sciences) or simply FSSS. FSSS ni ada 12 Jabatan. Jabatan tu basically courses yang ditawarkan under sesuatu fakulti tu lah.
  2. Course ni macam mana? Tbh, course ni kau kena banyak membaca. Basically kau akan study tentang tiga negara di Asia Timur iaitu Jepun, China, dan Korea. Kau akan study bahasa, sejarah, politik, budaya, ekonomi, dasar kerajaan/government policy, benda related with hubungan diplomatik etc. Dan juga, kalau merujuk kepada MQA, course ni field dia dalam kategori Political Science. OK, bagi pelajar tahun pertama, kitorang didedahkan dulu dengan sejarah tentang tiga negara ni, kiranya macam baru nak kenal-kenal lah latar bekalang tiga negara ni.
  3. Course ni ada TIGA major; Japan, Korea, and China Studies. So masa semester pertama, freshies kena decide nak pilih major mana. For me, I chose to major in Japan Studies so I have to learn 日本語 (Nihongo) ataupun Bahasa Jepun, setiap semester. Subjek bahasa ni wajib ambil sampai Semester 4 which is by that time kau dah level 2B (1A being the most basic, 3B being the most advance). Starting from 2015, waktu belajar kelas bahasa dah dikurangkan actually. Senpai kitorang yang sebelum ni diorang belajar kelas bahasa tiga kali seminggu and diorang wajib ambil sampai level paling advance. While us now, kelas dikurangkan kepada dua kali seminggu dan wajib ambil sampai 2B je, level seterusnya optional. So, Semester 5 tu up to you lah, sama ada nak continue ataupun ganti dengan subjek elektif yang lain. But aku nak study sampai 3B, alang-alang tu study lah sampai habis. TAPI, kena make sure tak fail subjek bahasa sebab if fail, tak boleh proceed to next level hence kena repeat and bila dah repeat, kena extend sekaligus memusnahkan peluang kau untuk dapat First Class Degree. Kenapa kena extend pula? Sebabnya, satu level subjek bahasa hanya dibuka untuk satu semester je. For example, 1A dibuka semasa Semester 1 (starting September) je, so if kau fail masa Semester 1, kau kena ambil masa Semester 3 (starting September next year), kena study dengan freshies yang time tu tengah Semester 1. Tak pasal-pasal kau kena tunggu setahun.
  4. Susah tak belajar bahasa? Susah. Kalau kau pemalas. Luckily, I learned Nihongo waaaay back before aku sambung belajar. So bila masuk kelas tu I can read basic Japanese writings already. Tapi jangan risau, if tiada basic pun boleh je sebab Sensei/Seonsaengnim/Lăoshī akan ajar daripada basic. Cuma if dah tahu basic, kau akan rasa macam kau faster than your other classmates lah hahaha gittuh. So, in my case yang majoring in Japan Studies ni, sensei akan mula dengan ajar Hiragana dulu, kemudian Katakana, then baru ajar grammar, sentence structure, vocabulary, etc. Tapi masa Semester 2, dah mula berjinak-jinak dengan Kanji. Kanji ni susah sikit, aku pun masih struggle sampai sekarang. Tapi tu lah, kena selalu rajin surround yourself with the language. Jangan hanya belajar setakat dalam kelas, kena ada initiatif sendiri. For me, I mostly watch Japanese YouTubers (since now dah kurang layan anime, J-Drama) untuk biasakan diri dengan bunyi pertuturan, so boleh lah imitate the way they talk, the slang they use, untuk kita apply masa bercakap supaya bunyi lebih native and less textbook-ish. Selain tu, aku follow akaun Twitter berita-berita Jepun, so bila dia popped on my timeline, terbiasa lah dengan membaca Japanese writings.
  5. How's it like studying this course? So far aku dah ambil subjek JPLA 1A & 1B, Introduction to East Asia, Culture and Society of Japan, China, and Korea (tak termasuk subjek universiti, dan subjek fakulti). Susah tak? Some of them were difficult but I managed to ace it somehow. Tapi bila fikirkan balik, study mana je tak susah hahaha. Kalau rajin study, buat notes, things will be easier, InsyaAllah. Study lah juga dengan classmates lain, jangan tamak dan terlampau competitive sampai kedekut notes, and study sorang je sebab kau nak kau sorang je perform hahaha. Lecturers pun semua okay je so far. If you treat them with respect, they will always be there to help you.
  6. Also, it is important to take note that kau juga berpeluang terlibat dalam program pertukaran pelajar ke China, Jepun, and Korea untuk satu semester (< 6 bulan) or dua semester (1 tahun). Dengan syarat, CGPA kena 3.0 above. Honestly, aku sepatutnya pergi 岡山大学 (Okayama Daigaku/University) semester depan tapi disebabkan ada masalah dengan universiti tu, I lost the opportunity. Aku sepatutnya pergi dengan tiga orang classmates aku, but haih luck wasn't on our side. Tak dapat nak merasa Fall/Winter. Tapi, aku ditawarkan juga untuk pergi ke Sejong University, Korea. But I rejected the offer sebab I'm majoring in Japan Studies, takkan nak pergi Korea pula? Exposure dia lain and takut tak related with my studies. It's okay, maybe next time, during Spring/Summer intake, InsyaAllah jika ada rezeki. Some of my classmates majoring in Korea Studies are already having their orientation week in Korea right now, while my Japan Studies classmates pula akan fly next week. Tapi takpe lah, janji dah merasa pergi Jepun during winter, kita pergi season lain pula ye?
  7. Sometimes, FSSS ni juga akan terlibat dengan program sama ada inbound ataupun outbound. Inbound tu student daripada other countries yang akan datang ke UM, while outbound pula student UM akan ke other countries. For me, I have experienced both inbound and outbound program. For my inbound experience (bukannya real inbound sangat pun, tolong sikit sikit je), my friend; Yori and I managed students daripada Soka University of Japan yang datang ke UM, dan visit our jabatan untuk buat aktiviti dengan kitorang. Tapi kebiasaannya, inbound program ni diuruskan oleh Global Network Club iaitu satu club under FSSS. For outbound, I went to Japan for a week untuk join nuclear conference. Untuk outbound yang aku join ni, dia diurus fully under Jabatan Pengajian Asia Timur, instead of faculty.
  8. Nanti nak kerja apa bila dah graduate? Banyak je peluang actually. Kau boleh je kerja dekat companies yang related dengan negara kau major tu. For me, aku berpeluang untuk kerja kat Japanese companies. Kau ada advantage sikit sebab dah earn language skills kan, so make use of that. For those yang majoring in China Studies, dalam Malaysia pun korang ada advantage dah sebab korang dah belajar Mandarin, salah satu bahasa yang agak high demand (dalam bidang pekerjaan) kat negara kita ni other than Bahasa Melayu, and English. Other than that, boleh juga kerja kedutaan, pegawai tadbir diplomatik, dan jadi guru bahasa atau penterjemah if language skills korang tu advance enough. Regarding guru bahasa and perterjemah ni tricky sikit. Sebab language courses di Jabatan Pengajian Asia Timur ni level dia lebih rendah compared to Fakulti Bahasa dan Linguistik. Of course lah sebab, kitorang bukannya belajar bahasa SAHAJA. Kursus bahasa tu hanya lah subjek elektif. Jabatan pengajian juga tak arrange language proficiency test, yang itu kena ambil sendiri. So, if you think that once you graduate you'll be able to speak like a native... well it depends on your usaha lah. You DEFINITELY CANNOT rely 100% dekat kelas. If you want to speak like a native, kena banyak self-study. Then kalau rasa dah confident, baru lah ambil language proficiency test untuk level advance so that you're qualified enough to be a perterjemah or guru bahasa. But in the end, pekerjaan tak limited to these few examples that I gave only. It depends on how you market yourself kat dunia pekerjaan juga.

So yeah, that is all yang aku boleh cerita so far. Kalau ada new informations lagi, I will update this post. For those yang stumbled upon this post, I'm pretty sure you guys mesti ada baca post daripada blog lain dulu like Sis Cherry (I actually talked to her before sambung UM, dia ni seonbae daripada Korea Studies yang dah graduate lama dah), and Cik Petite (senpai daripada Japan Studies which until now aku belum tahu lagi dia ni siapa hahaha). Alright, bye bye! じゃね!

Update:
Wow! Tak sangka ramai jugak orang baca this post sampai my lecturer pun found out about my blog hahaha. OK, some answers to frequently asked questions.

"Bahasa apa yang digunakan semasa sesi pembelajaran?"
Ianya bergantung kepada pensyarah ya. Sama ada Bahasa Melayu atau English. Untuk kelas bahasa, tengok guru bahasa masing-masing. In my case, guru bahasa mix Bahasa Melayu/English/Bahasa Jepun. Tapi bila masuk Tahun Kedua, guru bahasa akan cuba ajar fully in Bahasa Jepun. Contohnya, kalau kita tak faham certain grammar tu, guru bahasa akan still terangkan dalam Bahasa Jepun, but lebih menggunakan Bahasa Jepun yang lebih simple untuk senang faham. Kalau bersembang pun, kadang fully in Bahasa Jepun but Bahasa Jepun simple, ikut kemampuan kita lah.

"Kalau saya dapat pointer sekian sekian dan MUET sekian sekian, saya layak ke untuk mohon course ni?"
Okay soalan ni paling banyak sekali dapat. Jawapan aku ialah, tolong rujuk pada website UM. Kat situ dah tunjuk kelayakan dengan sangat jelas lagi terperinci ya. Pointer berapa, MUET berapa semua dah senaraikan. Untuk MUET, ya wajib ambil MUET kalau nak apply course ni.

"Kalau saya ambil course ni nanti saya nak kerja apa?"
Soalan kedua paling famous dan aku tak ada jawapan fixed untuk soalan ni sebab lain orang lain career path dia nak pilih. Ada senior dan kawan kawan aku yang kerja dekat kedutaan, ada juga yang kerja bank, ada yang kerja sebagai cikgu dan sebagainya. So career path tu bukan hanya ada satu jalan je. Bergantung kepada korang sendiri lah kerja apa yang korang nak. Basically, macam B. Ed. TESL lah, adakah confirm siapa yang ambil TESL ni memang akan jadi cikgu SAHAJA? Tak jugak. Ada je yang ambil TESL but end up working at media companies. So aku tak boleh nak jawab soalan ni sebab aku tak nak korang nampak skop pekerjaan tu sempit.

That's all from me, bye~!


Psss! I've graduated and here's the update!

46 comments:

  1. thanks for the info. program ni ada temuduga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, tak ada. Mohon je macam biasa.

      Delete
  2. Course ni ambil masa berapa tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.5 tahun (7 semester), termasuk internship pada semester ke 7.

      Delete
  3. Replies
    1. Bergantung kepada lecturer, ada yang ajar in English, ada yang ajar dalam Bahasa Melayu.

      Delete
    2. Untuk exam, soalannya dwibahasa. But, biasanya kitorang akan tanya lecturer dulu boleh ke, nak jawab dalam Bahasa Melayu kalau taknak jawab in English. Tapi, kalau lecturer bukan local kitorang memang akan jawab in English.

      Delete
  4. Hello. 😊 course ni popular x? Ramai org minta x? Agak2 1 class brp org? Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata popular macam mainstream course such as Business Admin tu tak lah sebab if I’m not mistaken, kat UM je yang offer course ni pada peringkat Degree. Satu kelas dalam 20-30 lebih orang biasanya.

      Delete
    2. Thank you for your reply! Saya masih ada soalan berkaitan course ni;;
      1. Assignments untuk course ni challenging tak? For example, kena tak tulis a whole essay in Japanese ?
      2. Antara Japan, Korea and China, mana Satu yang paling ramai org pilih? Like, ada tak limit bilangan orang utk setiap major? (I'm so sorry if this sounds dumb ><)
      Thank you once again.

      Delete
    3. @Baekja,

      1. Challenging kalau tak rajin study sebab nanti blur. Whole essay in Japanese tu hanya untuk subjek bahasa sahaja. Tapi short essay je biasanya.

      2. Dia tengok batch juga. Untuk batch I, ramai pilih Jepun. Limit tu rasanya tak ada.

      Delete
  5. Asm. Satu batch berapa org intake? Berapa anggaran CGPA utk dapat masuk course ini. Saya dari diploma. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.
      Kalau batch saya, termasuk 1st intake (Sept '16) dan 2nd intake (Feb '17), jumlahnya 32 orang. CGPA kena 3.00 ke atas.

      Delete
    2. Kalau pointer STPM 3.25 boleh dapat ke? tq

      Delete
    3. @Azrinah Ali,
      Dah lepas requirement dah tu, InsyaAllah boleh dapat.

      Delete
  6. hi. nak tanya. kalau masuk pengajian asia tenggara kan. boleh tak tetap nak amik subjek belajar bahasa korea japan semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, itu saya tak boleh nak jawab sebab lain jabatan/pengajian lain procedure.

      Delete
  7. Hi nak tanya kalau nk ambik course ni apa starter pack untuk lepasan spm? I mean apa course yg kitorang kena ambik dulu kat asasi sbelum masuk um selain stpm. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, itu tak pasti lah sebab I lepasan Diploma. But ada je my friends yang lepasan Matriks Perakaunan, Asasi TESL, Asasi Perniagaan.

      Delete
  8. Assalammualaikum.maaf.Nk tanya,dulu letak course ni pada pilihan keberape??

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum.maaf ganggu.pengajian asia tenggara tu cm ne?hampir sama ke ngn course asia timur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Asia Timur dia cover Jepun, Korea, dan China. Untuk Asia Tenggara, dia cover Filipina, Myanmar/Burma, Thailand, dan Vietnam. Belajar lain wilayah lah basically.

      Delete
  10. kos ni kena dapat band 3 ke?

    ReplyDelete
  11. Kalau tak keberatan, boleh tak nak alamat e-mail? Nak tanya banyak lagi pasal kos ni. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan boleh tanya melalui mesej Facebook saya :)

      Delete
  12. Saya masih student stpm, rasa nak ambik course ni sbb dah ade skill language japanese. Kalau result spm english A but math not credit. :(
    Course ny ada pengiraan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. いいなぁ!Boleh refer website UM untuk requirements tapi saya rasa layak dah tu. Nope tak ada calculation, lebih kepada reading.

      Delete
    2. Maaf nak bertanya, kalau pengajian asia tenggara macam mana?

      Delete
  13. Hi..nak tanya klau berminat nak amik course ni kan, klau saya sblum ni amik diploma in business administration boleh ke ??

    ReplyDelete
  14. Salam and hi, nak tanya kalau lepasan diploma business studies boleh ambik tak course ni? Thanks :)

    ReplyDelete
  15. Salam...course ni sama dgn southeast asia studies ke?

    ReplyDelete
  16. Salam, klau saya diploma dari u lain boleh masuk ke course ni?

    ReplyDelete
  17. Thank you so much. This is so helpful.

    ReplyDelete
  18. Apa pekerjaan utk kos ni yee?

    ReplyDelete
  19. Nak tanya.. course ni boleh ke lepas spm mohon.. Atau at least mesti ade stpm..

    ReplyDelete
  20. Klau STPM pointer 3.00 agk2 boleh dpt x?😅 Sbb pointer sy cukup2 makan je 😅😅

    ReplyDelete
  21. Minat lh
    Ramai tak ambil course nie takut susah dapat?

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum. maaf menganggu. saya nak tanya pasal pengajian asia timur boleh

    1) bahasa apa yang digunakan semasa sesi pembelajaran

    2) \saya dpt 4.00 stpm tapi muet saya band 3 saje. agaknya cerah tak peluang untuk dpt course ni

    3) 3) course ni boleh dpt jadi tutor tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1)Bahasa ikut kpd kelas..sama ada bm/english.. n kalau kelas bahasa akan mix contoh Jepun+english utk permulaan sem bagi kls bahasa
      2) requirement muet lps dh tu
      3)boleh

      Delete
  23. Assalamualaikum. Saya tengah berbelah bahagi antara course ni atau undang-undang.. boleh saya tahu pekerjaan yang paling terjamin untuk lepasan course ini? terima kasih :)

    ReplyDelete
  24. THANK YOU SO MUCH SENIOR.....BULAN DEPAN NAK MASUK DH COURSE NI....ECITED TAMBAH GAKUT

    ReplyDelete
  25. Thankyou bro.. Sebb aq baca blog kau ni lah 2 thun lps..rn aq dh smbung course ni kt um.. otw sem 2 dh

    ReplyDelete